BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 15 April 2011

T e k a d B i a r M u k t a m a d


11 April 2011 ( Isnin ) lalu 'beliau' telah hubungi saya ... tatkala itu saya sedang berada di bumi JB menghadiri satu mesyuarat. 'Beliau' yang saya maksudkan adalah merupakan salah seorang daripada boss, boss, boss saya ... ekekkee ... berapa ramai punya boss daa ... Saya sangka ada tugasan yang belum saya bereskan hingga beliau menelefon saya ... Namun tatkala saya bertanya apa hajat sebenar, beliau teragak² untuk memberi respon ... Cuma beliau bertanya sama ada saya akan hadir ke mesyuarat atau tidak pada keesokan harinya memandangkan saya masih berada di JB ketika itu. Saya hanya katakan "Ya". Perbualan telefon ditamatkan segera dengan meninggalkan persoalan serta kepelikan di fikiran saya. Bagaikan ada 'telepathy' dan menyedari kemusykilan saya, kiriman sms menyusul dalam kekotak mesej ... Mesej daripada beliau ..!

Wahh, rerupanya beliau 'tertarik' dengan salah satu posting pada dinding FB saya. Dan, tiada saya sangka beliau serius ingin mengetahui lanjut berkenaannya. Ayyamakkk ... susah mau cakap nihhh ... Menjelang petang dan seusai mesyuarat baru saya jawab mesej itu. Respon beliau, "Tidak mengapa mulakan daripada yang kecil; kerana daripada yang kecil itulah permulaan kepada sesuatu yang besar. Kita bincang lanjut esok lepas mesyuarat ..."

Sebagaimana yang dijanjikan, usai mesyuarat rasmi, disusuli pula dengan mesyuarat tidak rasmi dengan 'beliau'. Ringkas cerita, selepas diskusi +-1 jam inilah resolusinya;

1. Semakin tinggi jawatan, maka semakin tinggi tanggungjawab; dan semakin besarrr (besar punye!) risiko yang akan ditempuh;
2. Ketinggian serta kebesaran jawatan seharusnya mengundang cuak; cuak andai tidak dapat melaksana tanggungjawab dengan sempurna. Itulah pemimpin sebenar bagi saya!
3. Gadaian prinsip ..??!
4. Merangka pelan
5. Apa yang penting ... kerjasama!

Esok hari Sabtu 16 April 2011 ... saya akan mulakan misi K A M I meninjau lokasi ... go, go, go I N A ..!

0 ulasan: