BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 25 Disember 2011

N Y O N Y A dan B U N G A




Dari minggu ke minggu hasrat hati untuk ke nursery tertangguh tangguhh tangguhhh. Aktiviti gardening dah bagaikan terabai walaupun pepohon di laman seciput alam masih segar menghijau serta bersiram ikut dannn ... hheee. Kasihan kamu ... sudah mula cekeding dan mengurus tiada berbaja. Kesidang walaupun masih belum putus berbunga, tetapi jelas semakin kurang produktivitinya. Kemuning juga walaupun hampir setiap kali selepas hujan mula melebat berputik bunga, tapi saiz kelopak bebunganya jelas mengecil. Akar dani juga masih belum berbunga untuk pusingan baharu walaupun dedaun gantian dah penuh bertangkai².

So hari ini ajak c h e n t a h a t i menuju ke Sungai Buloh. Kedatangan bersambut dengan senyuman manis Si Nyonya. Beli 2 pek baja organik, 3 pek sebatian tanah kompos campuran, 6 keping rumput mutiara bersaiz 2' x 1' dan 2 pohon bunga tropika berbunga merah bakal menjadi penghuni baharu laman seciput alam saya. Walaupun laman seciput alam sedia sesak, tapi saya sengaja tambahkan koleksi untuk memberi variasi warna. Merah bunganya amat menarik hati ... RM76 beralih tangan; Nyonya dan bunga bertambah manis senyuman terukir di bibir dan tampak tambah ceria.

Bagi sesiapa yang berhasrat mendapatkan pelbagai jenis rumput termasuk rumput lembu ( cowgrass ) bolehlah dapatkan di nursery usahawan MOA berhadapan dengan nursery Nyonya.


Di penghujung jalan pula berlokasinya Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh. Ketika ini projek fasa ke-2 sedang rancak berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012. Di sinilah ditempatkan Clinical Training Centre dan menawarkan perkhidmatan untuk inpatient/outpatient. Majulah bidang pendidikan serta kepakaran dalam bidang perubatan; serta bertambah makmurlah Sungai Buloh hendaknya ..!




0 ulasan: