BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 24 Disember 2011

Secangkir Kopi @L A M A N K A S I H



Hujan masih merenyai. Sejuk, dingin ... Perut tambah melapar merayu berdendang dondangg dendanggg. Haa mahu makan di mana erkk ..? Sempat menjengah FB Periok @BRP, tapi rerasanya dah hampir menutup operasi untuk hari ini. So, D'Manggis kahh ... atau Ibu Mertuaku kahh ..? Lalu seusai bersolat fardhu 'Isyak, terus mempersiap diri seadanya, capai kunci kereta, lock pintu, buka/tutup pagar. Kereta dipandu menghala Sungai Plong. Ayarkk ... D'Manggis full house. Kenderaan melimpah ruah penuh selaman hingga ke seberang jalan. Sama juge sebagaimana di Restoran Steambot dan Sate Subang masa kami lalu tadi. Semua full house melimpah ruah.

Teruskan menghala Ibu Mertuaku. Tiada rezeki nampaknya sebab tidak beroperasi malam ini. Menghala pula ke arah BRP/BBSB ... lalu bersinggahan @Laman Kasih. Order laksa Penang, beserta fish n chips. Sepinggan laksa saya makan sensorang. Percayalahhh ... habis laksa sepinggan, pulun pula fish n chips. Juge licin tiada berbaki. Apa yang anda fikir tentang selera makan saya ..??? Hhee ... Apa pun, usah membazir ..!


Cuma, fish n chipsnya tanpa coleslaw. Kehabisan bahan mentah barangkali ...


Kopinya, hitam ... pekattt ... melekattt.

0 ulasan: