BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 27 Februari 2012

'GARDENER' KESAYANGAN H A M B A


Hari minggu nan indah. Bergotong-royong di laman nan seciput alam.
Alangkah indahnya donia; alangkah bahagianya hidup. Hari² dapat begini kan besttt. So sila la kemuka notis perletakan jawatan sesegeranya.



Si merah penyeri laman seciput alam. Tiada henti² berbunga tak kira waktu, tak kira musim. Setia di situ. Terima kasih kerana menceriakan hari² saya.



Hujan. Mencurah². Membasahi bumi. Sunnah alam. Syukur; hanya pada-Mu Rabbi al-'aalamiin; atas kasih sayang-Mu. Jua
, atas rahmah-Mu.


Usah kami disingkir daripada kasih sayang-Mu itu. Ameen.



Ahad, 26 Februari 2012

IKAN MASAK ASAM YANG SESANGAT S E D A P

Ikan masak asam pelbagai versi. Ini bukan asam pedas atau asam rebus tauu ... tapi masak asam j a w a. Perghhh, sedap giler ..! C h e n t a h a t i pernah requested masak asam ni, tapi cam pelik pulak saya dengar. Katanya arwah MIL dulu selalu masak. Tapi bila saya dah cuba sekali, berkali kalii kaliii jadinya.

Versi hari Khamis

Versi hari Ahad. Saya jarang masak pada huj
ung minggu. Tapi dek alah dengan godaan si ikan kembung kecik² goreng garing, saya gigihkan diri memasak. Makan panas² dengan nasi putih beserta ikan kembung goreng kegemaran. Lawan pulak dengan kicap cili dipatah². Tak perlu kata apa apaa apaaa dahhh ... makan saje!

Ni namanya ikan gerut
² ... tambah dengan bendi, serai dititik. Tambah sedap n makan pun bertambah tambahh tambahhh.

Ikan kembung segar kecik
² RM6 sekilo. Walaupun kecik, tapi mostly bertelur.

Kenyang perut suka hati. Alhamdulillahhh; rezeki makan untuk hari ini.






A W A S ..! IA ADA DI MANA MANAA MANAAA


AWAS ..!
M u s a n g berbulu A y a m; L e m b u berkulit R i m a u !
Banyakkk m u s a n g berbulu a y a m ; p i r a n h a berwajah l a m p a m j a w a ; b a r r a c u d a berkulit t e n g g i r i .-. Apa pun, DIA Maha Melindungi daripada segala kejahatan dan fitnah dunia.



Sabtu, 25 Februari 2012

OHLALAA KUAH ROJAK KACANG MAK BEE


Menanti c h e n t a h a t i balik dari surau ... perut suda lapar menyanyi nyanyii nyanyiii minta simpati. Bukak fridge tengok apa yang boleh dimakan. Huhh memacam ada. Bukak tippuware, ada jambu batu seedless. Potong potongg potonggg, sudukan pula kuah rojak kacang Mak Bee. Sungguh ohlalaaa ..!





Jumaat, 24 Februari 2012

S A N G G A R C H E N T A INI SYORGA KITA


















Si putih seharum pandan, si kesidang kesayangan b e t a sedang meriah melebat berbunga berjambak jambakk jambakkk. Hati pun pastinya berbunga bungaa bungaaa. Rasa besttttt sangat dok amik angin pagi dan petang di laman. Tak kisah walau dok berjam² kembang kempis hidung menyedut harumnya ... lalaalaaa.

Tambah pula dengan musim hujan sekarang. Dingin udara di luar tambah menenangkan dengan haruman dedaun dan bebunga segar. Buat c h e n t a h a t i saya; inilah syorga kita @S A N G G A R C H E N T A. Moga cinta, kasih sayang antara kita terus mekar bernyawa; di bawah lindungan mawaddah serta rahmah-Nya. Apa jua cabaran, dugaan yang menjengah sesama kita tepis² dan silat²kan saje ..!


Apa pun, saya bahagia di sisi kamu; sungguh ..! Terima kasih kerana menjadikan saya suri di hati kamu; juge suri @S A N G G A R C H E N T A . Cuma kan kann kannn, akhir² ini jika kamu wahai si c h e n t a h a t i terperasaAn, virus 'M' yang amat kronik sedang menyerang saya. Virus 'M' tahap tak boleh ditolong kali ini khusus dalam bab kemas mengemas. Hhuuu.

Apa dah jadi ..?

Apa sedang jadi ..?

Apa akan jadi ..?


Takpe, esok temankan saya cari fresh flowers erkkk. Saya mahu letak di atas meja di ruangan tamu. Moga mood segar cergas pantas tangkas akan melimpah pada saya.
Jambangan bunga mawar pun ok, kann ... Kudup mawar merah hangat pekat, disulami kuntuman mawar merah jambu dan juge putih. Tak kisah la walau mungkin jambangan bebunga mawar tidak senada dengan konsep moden tropika yang entah iye entah tidak @S A N G G A R C H E N T A, yang penting saya sukaaa.




Rabu, 22 Februari 2012

S U C I kan H A T I ( II )












“ Mereka ( membelakangkan Kitab Allah ) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir ( dengan amalan sihirnya ); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata : “ Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan ( untuk menguji imanmu ), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya) ”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari daripada mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudharat ( atau membahayakan ) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka ( kaum Yahudi itu ) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui ”.

[ Al-Baqarah; 2:102 ]







Isnin, 20 Februari 2012

KEMBARA A L A M & M A N U S I A




Ehhehee ... mesej saya kepada beliau; si c h e n t a h a t i.
Sebenarnya saya sedang mengumpul info tentang negara tempat berkampungnya pelbagai haiwan unik; kangaroo, koala, platipus yang tiada kedapatan di benua lain ( kecuali di zoo negara masing² ). Tu yang merayau meneroka attractions, hotel, hostel, motel, countryside, farmstay dan pelbagai lagi info berkaitan.

Maka jawab beliau ( hmm, itu saje kah kahh kahhh ..? ) ... Saya pula hu hu.

>.<

Mengembara dan menjelajah dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain sememangnya amat mengujakan. Uhuu ... tertanya² dan bertanya² juga pada diri sendiri mengapa sejak dari dulu lagi kami tidak mulakan pengembaraan melangkaui sempadan negara. Percaya atau tidak, Bandung yang begitu popular di kalangan rakyat Malaysia belum pernah kami jejaki ..? Sungguh kasihan, kann ..? Hhuuu. Cuma, alhamdulillah destinasi tempatan dari Perlis hingga ke Sabah telah kami jelajahi kecuali pulau² popular masih banyak yang kami belum pernah sampai. Hanya Pulau Langkawi saje yang rasanya telah kami ulangsiar percutian sekurang²nya lima kali bersama²; manakala saya seorang saje dah ulang ke sana lebih 10 kali. Tapi atas urusan kerja laa.

Kami mula panjang langkah ke negara lain bermula tahun 2011. Masih terlalu baru, kann ..? Ada promo AA zero fair pun tak pernah kami endahkan apatah lagi tagline "now everyone can fly" memang tak mengusik hati kami langsung. Mengapa ye ..?

Sebab utama;

1. Kumpul duit nak masuk rumah yang baharu dibeli. Memang pulun abis laa ... Nak masuk rumah baharu memang sungguh teruja. Sanggup simpan lebih 50% daripada gaji bulanan untuk itu. Apatah lagi tatkala masuk rumah baharu, semua serba serbi nak baharu. Hheee. 2. Saya sukar nak dapat cuti panjang walaupun cuti tahunan 30 hari. Lazimnya dibawa ke tahun berikutnya menjadikan jumlah cuti rehat saya berganda gandaa gandaaa. 3. Kami dah nekad; untuk ke destinasi nan "satu" itu bersama
². Selagi belum menjejaki destinasi nan "satu" itu, sila lupakan nak panjangkan kaki melangkah melangkaui sempadan aka negara lain. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kami menjadi tetamu-Nya pada suatu tahun yang telah ditentukan oleh-Nya.

2011; bermula langkah panjang kami. Ni dalam kepala dok fikir apakah destinasi seterusnya. Saya addicted ..! Sungguh ..! Sebenarnya pengembaraan kami bukan sekadar untuk suka
², jauh sekali berpoya²an; tapi adalah sesuatu yang saya gambarkan sebagai kembara alam dan manusia. Melihat kehidupan di negara lain, alamnya, manusianya, jalin hubung alam dan manusianya; semua itu memerlukan pandangan serta renungan dengan mata hati ( chewahhh ). Setiap yang dilihat sebenarnya ada intisari atau intipatinya yang tersendiri. Terserah bagaimana untuk kita mencernanya.


قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْءَاخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ
"Katakanlah, mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah menjadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu." ( al-'Ankabuut; 29:20 )

"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang menyekutukan." ( ar-Ruum; 30:42 )


Syukur di atas semua bentuk rezeki nan tiada terhitung banyak dan luas kurniaan-Nya; fizikal nan sihat dan lengkap, akal nan waras, pancaindera nan sempurna, rahmat kesihatan yang baik, kelapangan masa, kerjaya nan teguh, anugerah 'soulmate' nan sehaluan, seiring, senada dalam melayari hidup ini. Dan pada setiap penghujung kembara itu, hati dan kasih saya tetap kekal rasa syukur dilahirkan, dibesarkan warga negara bertuah ini; Malaysia.

Tapi kan, jalan, jalann jugakkk ... kembara, kembaraa jugakkk. Tapi jangan lupa untuk buat simpanan RM pada % tertentu. Bukan simpanan daripada lebihan, tapi % daripada pendapatan yang telah ditolak sesiap sebelum dilebur atau dilabur untuk tujuan lain.

Setiap bulan!

Disiplin!

Simpanan untuk hari esok. Kita tak tahu apa akan jadi pada detik berikutnya. Hari ini sihat, esok belum tentu. Hari ini gembira, esok belum pasti. So, sila la buat simpanan juge.




Ahad, 19 Februari 2012

Saya, Tudung Syria, Shawl dan Online Shopping





Sangat sangatt sangattt mendatangkan mara bahaya tatkala mata dan jejari ini berlegar² di alam maya mencari target untuk cucian mata yang akhirnya di'shopping' secara atas talian. Saya alah pada perkara nan satu ini. Hhuuu. Dalam dua minggu ini sekurang²nya 5 parcel telah saya terima. Saya sendiri lupa apa yang saya shopping atas talian; tau² sampai sahaje parcel >__<

Semua nampak cantik. Nak itu, nak ini. Itu pun saya buat² lupa saya ada M2U ... dan sesungguhnya saya tak pernah ingat apakah kata laluan akaun M2U saya. So, tatkala nak menyopping atas talian, 'pinjam' M2U c h e n t a h a t i saya. Kekadang ingat untuk bayar semula; kekadang lupa; n kerap juga buat² lupa. Hihiii. Bukannya apa, kerap kali beliau berkata; "xpe, tak payah laa bayar² semula". Yeahaaa ..! Cuma untuk kali ini semua pembayaran saya selesaikan melalui ATM transfer. Kalau semua guna M2U, bertambah tambahh tambahhh pantas n efisyen la saya memborong di alam maya. Hhuuu.

Hasilan minggu ini, dua tudung syria cotton, satu ciffon syria, dua tudung xpress ber'awning' lembut n tiga inner neck. Juge, sehelai selendang merah jambu bersulam corak bunga mawar. Wahh ... manis sekali tatkala saya cuba menggayakannya ( perasaan! ). Rasa cam nak ulang scene bertunang n akad nikah pulak ... hihiihiii.



Puas hati ..? Alhamdulillah, memang puas hati ..! Cantik, selesa n kena dengan saiznya. Tudung kegemaran saya; syria cotton. Disuaipadan dengan inner neck yang lembut selesa, sapsapsui saje bersiap g keje.



PANTUN 17 KERAT : 4 Negara Direntasi Akhirnya Bertemu Si Pengganti

si merah ceri dah ada pengganti
setelah setahun dirampok dek pencuri
hati tak berubah pada yg tlh pergi
4 negara direntasi ( p o y o ! )
mencari mencarii dan mencariii
tak mengira yg asli atau imitasi
tapi tak juge ditemu yg berkenan di mata juge di hati
ke sana ke mari ber'pouch' stroberi
pasti si dia melihat tak sampai hati
4 negara direntasi
akhir kembali di negara sendiri
walau masih separuh hati
tapi saya cuba untuk menyukai
yang utama ia free
hihiihiii
pilihan si c h e n t a h a t i
terima kasih daun keladi keladii keladiii.


|yang lama ... saya merinduinya


|yang mengganti diri >_<




Isnin, 13 Februari 2012

B e i j i n g in W i n t e r |D A L A M H A T I A D A R I N D U

Adehhh, d a l a m h a t i a d a r i n d u . R i n d u s a m a s i a p a . . ? ? ? Dan dek kerana r i n d u itu, kenkonon dah plan, next trip nak ke Beijing lagi, then ke Xian, then ke Chengdu (tok panda's hometown), then ke Guangzhou ... then thenn thennn. Hihiii ... manyak la sangat keBER U A N G an saya, kan kann kannn. Hhuuu. Takpe, kita plan n berangan dulu ... insyaAllah akan jadi kenyatan; suatu masa, suatu ketika yang ditentukan nanti. Ameen.

Mahu itu, mahu ini ... hhuuu.
Moga dimurahkan rezeki nan halal, dikurnia kesihatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan. InsyaAllah bisa mengembara lagi dalam siri kembara alam dan manusia, melihat betapa luasnya alam ciptaan Ilahi, mensyukuri nikmat~Nya menjadi warga bumi bertuah ini; Malaysia ..!





Ahad, 5 Februari 2012

B e i j i n g in W i n t e r |KENDURI S T R A W B E R R Y



29 Januari 201
2; syukur ... selamat mendarat di KLIA perjalanan terus menerus +-3 jam ½ dari Hong Kong. Jam 8:10 malam telah menjejak kaki di terminal. Hhee ... tup² terus saje berkisah selamat tiba di Malaysia, erkk ... Yearghhh, sangat sangatt sangattt merindui Malaysia; tanahairku nan terchenta ..!

Saya bercuti sehingga 31/01/2012. Amik nafas panjang panjangg panjanggg dulu sebelum masuk opis. Dalam dua hari itu la saya cuba untuk 'release' fizikal kepada asalnya "saya orang Malaysia". Memang flat sungguhhh. Tapak kaki saya membengkak. Jalan suda macam pingu; terkedek kedekk kedekkk. Hheee. Lelain biasa saje. Cuma sangat banyak lendir dari peparu berlumba² mahu keluar ... ayyarkkk. Agak kelakar, saya kena ruam lampin ... hahaa. Rashes naik pada bahagian 'belakang'; sama cam baby. Disapu dengan Nivea losyen, tiada lagi gatal² dek ber'longjohn' seharian.

Termenung saya tengok buah stroberi yang masih ber
bungkus dalam plastik. Melihat pada fizikalnya yang masih elok segar, terfikir pula ntah berapa lapis punya lapis punya lapis bahan pengawet yang dicelup padanya. Agak lama juge saya rendam dalam air bersih. Saya beli di hadapan Pasaraya Muslim Niujie. Nyonya yang menjualnya langsung tak reti berbahasa lain selain Mandarin. So saya peratikan dulu bagaimana penduduk tempatan membelinya. Akhirnya saya hulur ¥20 pada nyonya. Dapat la 500 gram stroberi yang besar besarr besarrr saiznya. Rasanya juga agak manis; juicy!

Selasa malam tu, fikir punya fikir punya fikir ... at last saya blend sebahagiannya bercampur susu segar. Saya jadikan puding stroberi. Dilapisi pula dengan coklat masakan setebal mungkin. Then tabur pula denga
n potongan buah stroberi. Perghh, sodap giler gilerr gilerrr.


Maka esoknya kenduri puding stroberi la kat opis bersama dengan candy kekacang sedap dari Beijing. Rezeki kamu semua.