BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 20 Februari 2012

KEMBARA A L A M & M A N U S I A




Ehhehee ... mesej saya kepada beliau; si c h e n t a h a t i.
Sebenarnya saya sedang mengumpul info tentang negara tempat berkampungnya pelbagai haiwan unik; kangaroo, koala, platipus yang tiada kedapatan di benua lain ( kecuali di zoo negara masing² ). Tu yang merayau meneroka attractions, hotel, hostel, motel, countryside, farmstay dan pelbagai lagi info berkaitan.

Maka jawab beliau ( hmm, itu saje kah kahh kahhh ..? ) ... Saya pula hu hu.

>.<

Mengembara dan menjelajah dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain sememangnya amat mengujakan. Uhuu ... tertanya² dan bertanya² juga pada diri sendiri mengapa sejak dari dulu lagi kami tidak mulakan pengembaraan melangkaui sempadan negara. Percaya atau tidak, Bandung yang begitu popular di kalangan rakyat Malaysia belum pernah kami jejaki ..? Sungguh kasihan, kann ..? Hhuuu. Cuma, alhamdulillah destinasi tempatan dari Perlis hingga ke Sabah telah kami jelajahi kecuali pulau² popular masih banyak yang kami belum pernah sampai. Hanya Pulau Langkawi saje yang rasanya telah kami ulangsiar percutian sekurang²nya lima kali bersama²; manakala saya seorang saje dah ulang ke sana lebih 10 kali. Tapi atas urusan kerja laa.

Kami mula panjang langkah ke negara lain bermula tahun 2011. Masih terlalu baru, kann ..? Ada promo AA zero fair pun tak pernah kami endahkan apatah lagi tagline "now everyone can fly" memang tak mengusik hati kami langsung. Mengapa ye ..?

Sebab utama;

1. Kumpul duit nak masuk rumah yang baharu dibeli. Memang pulun abis laa ... Nak masuk rumah baharu memang sungguh teruja. Sanggup simpan lebih 50% daripada gaji bulanan untuk itu. Apatah lagi tatkala masuk rumah baharu, semua serba serbi nak baharu. Hheee. 2. Saya sukar nak dapat cuti panjang walaupun cuti tahunan 30 hari. Lazimnya dibawa ke tahun berikutnya menjadikan jumlah cuti rehat saya berganda gandaa gandaaa. 3. Kami dah nekad; untuk ke destinasi nan "satu" itu bersama
². Selagi belum menjejaki destinasi nan "satu" itu, sila lupakan nak panjangkan kaki melangkah melangkaui sempadan aka negara lain. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kami menjadi tetamu-Nya pada suatu tahun yang telah ditentukan oleh-Nya.

2011; bermula langkah panjang kami. Ni dalam kepala dok fikir apakah destinasi seterusnya. Saya addicted ..! Sungguh ..! Sebenarnya pengembaraan kami bukan sekadar untuk suka
², jauh sekali berpoya²an; tapi adalah sesuatu yang saya gambarkan sebagai kembara alam dan manusia. Melihat kehidupan di negara lain, alamnya, manusianya, jalin hubung alam dan manusianya; semua itu memerlukan pandangan serta renungan dengan mata hati ( chewahhh ). Setiap yang dilihat sebenarnya ada intisari atau intipatinya yang tersendiri. Terserah bagaimana untuk kita mencernanya.


قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْءَاخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ
"Katakanlah, mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah menjadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu." ( al-'Ankabuut; 29:20 )

"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang menyekutukan." ( ar-Ruum; 30:42 )


Syukur di atas semua bentuk rezeki nan tiada terhitung banyak dan luas kurniaan-Nya; fizikal nan sihat dan lengkap, akal nan waras, pancaindera nan sempurna, rahmat kesihatan yang baik, kelapangan masa, kerjaya nan teguh, anugerah 'soulmate' nan sehaluan, seiring, senada dalam melayari hidup ini. Dan pada setiap penghujung kembara itu, hati dan kasih saya tetap kekal rasa syukur dilahirkan, dibesarkan warga negara bertuah ini; Malaysia.

Tapi kan, jalan, jalann jugakkk ... kembara, kembaraa jugakkk. Tapi jangan lupa untuk buat simpanan RM pada % tertentu. Bukan simpanan daripada lebihan, tapi % daripada pendapatan yang telah ditolak sesiap sebelum dilebur atau dilabur untuk tujuan lain.

Setiap bulan!

Disiplin!

Simpanan untuk hari esok. Kita tak tahu apa akan jadi pada detik berikutnya. Hari ini sihat, esok belum tentu. Hari ini gembira, esok belum pasti. So, sila la buat simpanan juge.




0 ulasan: