BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 30 Mac 2012

B e i j i n g in W i n t e r in M y H e a r t|D A Y 1






Catatan ini adalah catatan peribadi; untuk tatapan dan rujukan sendiri², suka². Sekadar suatu catatan kecil dan ringkas kembara di bumi Allah, masih jauh nak dikira sebagai travelog. Kembara ke ibu kota negara Tok Panda adalah sekadar kembara kecil meneroka luar sempadan negara.

23 - 29 Januari 2012; Beijing in Winter in M y H e a r t. Hoyeeyyy ..! Kembara alam dan manusia; juge yang sebenar benarr benarrnya kembara kali ini adalah 'reward' untuk diri sendiri ( selama ini pun 'reward' untuk diri sendiri gakks ).Ikut rasa, prefer untuk berpergian sendiri² tanpa travel agent. Tapi dek memikirkan kekangan kebahasaan, maka c h e n t a h a t i putuskan untuk bertravel agent saje. Dan saya sebagaimana adanya, i followww.

Tiba di KLIA tepat jam 10:00 pagi. Jiran setaman yang hantar. Terus menuju ke Pintu 3&4 Pelepasan Antarabangsa.
Jam 10:15:03; sementara tunggu tour leader, perut pun sudah berdendang dondang. Maka moleklah kiranya cari isian perut dulu. Nasi lemak sambal terlebih masam bersama teh tarik lemak berkrim berkolesterol. Lihatlah itu resitnya. Tak perlu rasa terkejut melihat RM itu. Jika di boarding hall, harga lebih "murah" sedikit berbanding di terminal luar (departure hall) ini. Nak ke Food Garden di 2nd floor KLIA kemalasan la pulak dengan bagasi besar gedabak.
Elok je sedang makan makann makannn, terima text daripada Mr. Muzaffar yang sudah tiba di Kaunter H18. Takpe, relaks² saje sebab masih awal lagi. Grup yang lain pun masih belum kelihatan waktu kami menjengah di kaunter tadi. Selesaikan isian perut, jumpa Mr. Muzaffar dan serahkan bagasi untuk didaftar masuk. Turut serta dalam grup ini adalah hanya 3 family dan 1 couple saya dan c h e n t a h a t i la tuu. Semuanya 24 orang + Mr. Muzaffar.

Sementara tunggu 'arahan' selanjutnya, lepak² saje, klik klikk klikkk n lihatlah wajah² penuh teruja ini. Saya memang sentiasa teruja setiap kali ingin mengembara tak kira ke mana sekali pun ..!

Briefing ringkas disampaikan oleh Mr. Muzaffar sebelum beredar menaiki aerotrain ke Balai Berlepas Antarabangsa diiringi dengan bacaan doa dipimpin oleh beliau, dan kami meng'ameen'kannya. Hhuu syahdu pula rasanya tatkala doa yang kami ameenkan berbunyi begini; "... Syukur pada-Mu ya Allah kerana dengan rezeki serta izin-Mu jua kami diberi kesempatan untuk bakal menjejak serta mengembara di bumi-Mu, ya Allahhh".

Pesawat CX722 akan berlepas pada jam 13:45 dari KLIA dan akan transit di Hong Kong International Airport.
Waktu pendaratan dijangka pada 17:35 pm. Congakan awal berpandukan jadual waktu solat yang telah kami printed dari sini, kami akan memasuki perut pesawat selewat²nya pada jam 13:30; maka tiada sempat untuk bersolat jamak taqdim dan tidak akan sempat untuk bersolat jamak ta'khir setiba di Hong Kong nanti kerana ketika itu sudah benar² pada penghujung 'Asar di sana. So kami sesiap berwudhu' di Surau Balai Berlepas Antarabangsa; dan menunaikan kewajipan di dalam kabin.

Di Balai Berlepas, 99% yang akan menaiki pesawat bersama² kami adalah manusia² yang berkulit putih kuning bermata sepet. Hahaa mereka sibuk nak sambut raye, kami pun sibukkk nak 'balik kampung' juge.

Memasuki kabin pesawat meninggalkan bumi Malaysia untuk tempoh 1 minggu.

Fly fly awayyy ... far far awayyy ..!

Mengisi waktu membosan kira² 4 jam penerbangan KUL-HKG; apa lagi aktiviti yang boleh dibuat melainkan klik klikk klikkk, makan², belek² magazine/online shopping, dengar² lagu, dari satu channel ke satu channel nonton movie n dokumentari National Geographic.

Makanan yang dihidang kira ok laa. Fish fillet, vege, fruits, bread pudding, choc n apple juice.


Menepati waktu yang dijadualkan, 17:35 pm CX722 Cathay Pacific selamat mendarat di Hong Kong International Airport. Cuaca agak berkabus, sedikit suram menjelang penghujung petang pada musim dingin. Dari kiraan masa, waktu Malaysia dan Hong Kong adalah sama. Cuma pada musim dingin sebegini, waktu siang lebih singkat.

Erkkk digicam dikira sebagai electronic devices ke ye ..? jangan tiru saya Hheee.

Menanti aerotrain untuk ke terminal transit.


Gate 22; menanti pesawat HKG-BJS.

Penerbangan jarak jauh, muka pun dah lesu pucat. Tapiii dek baju merah, tudung merah, kerusi merahhh ... meriah!

Sambung penerbangan bersama Si Naga, pesawat Dragon Air tepat jam 19:00 pm terus menerus HKG-BJS.

'Route'
yang bakal dilalui.

Makan time ..! Saya sukaaa. Bagi Moslem order, setiap pack dilekat sticker "MO".
Fish fillet lagii ... kekacang masak kurma (???). Hhuu kenot go dengan kurma kekacang tuu.


Melewati jam 22:03 alhamdulillah selamat mendarat di Beijing.
Pendaratan tiba lewat malam, pelabuhan udara yang sepi dan lengang. Hampir hanya kami sesaje. Sebelum menaiki aerotrain sudah siap berpakaian tebal (tanpa long john) dek kedinginan yang pastinya menanti di luar sana. Keluar dari terminal, tourist guide sedia menanti bersama 'signage' Muslim Tour di tangannya. Briefing ringkas, then dari pintu terminal terus menuju ke coaster yang sedia menanti dalam jangkauan 30 meter. Ayyarkkk manyak sejukkkkk. Suhu drop sehingga -11°c.

Gegelllll.





0 ulasan: