BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 9 Mac 2012

K A S I H S A Y A N G nan MELIMPAH RUAH

Tiada yang lebih menyayat hati sobsobbsobbb dalam persahabatan tatkala ia dikhianati. Persahabatan merangkap persaudaraan. Yaa ... sangat sangatt sangattt melukai, menggurisi, menghancuri. Itulah yang saya rasa. Tatkala ia terbongkar, hancur luluh berderai rasanya. Hampir suku malam hati yang berdarah dengan sekalian pancaindera berduka sama, mata saya bengkak sembap. Menahan kesakitan dengan raungan, kaki meja menjadi tempat berpaut. Hhuuu.

Syukur.
Allah itu Maha Kaya; Maha Pengasih.
Ketika saya tersungkur tiada berdaya, ada c h e n t a h a t i yang sangat memahami, tempat meluah rasa; juge, keluarga yang sentiasa memberi sokongan. C h e n t a h a t i sentiasa di sisi; menghulur tangan untuk memimpin, menadah bahu untuk saya melepaskan lelah dan tangisan. Juga, big boss yang sangat sangatt sangattt memahami. Bantuan Allah itu sesungguhnya tiada terduga bentuknya; tiada disangka bagaimana datangnya. Melalui big boss, saya diperkenalkan dengan seseorang. Dan seseorang itulah dengan setulus hati menghulur bantuan.

Syukur. Tatkala persahabatan dan persaudaraan dikhianati, rahmat-Nya terus menaungi. Masih ramai di sekitaran yang sudi membantu; menghulur kasih sayang; melimpah ruah. Alhamdulillah.



0 ulasan: