BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 18 Mac 2012

KEMBARA U T A R A |Day II [ Part 2 ]


Hhuu melangkau tahun lagi nak habiskan catatan Kembara U T A R A nihh. Sibuk sangat kahh ..? Atau ketandusan bicara kahhh ..? Apa pun, saya akan cuba selesaikan sesegeranya catatan ini ... catatan peribadi buat rujukan serta tatapan kemudian hari.

Kembara hari kedua diteruskan dengan agenda makan. Yearghhh agenda kegemaran saya ..! Cuma kali ini nasi kandar, pasembor Padang Kota, atau juge CKT tiada dalam agenda makan² kami. Ntah ngape, tak bernafsu pula untuk semua tuu. Mungkin disebabkan kami dah pernah terjah semua tu masa kunjungan terdahulu. Tapiii agenda kali ini berfokus untuk Laksa Janggus ..! Dari Botanical Garden, melalui jalan Bayan Baru, juge Batu Maung kami teruskan perjalanan menuju Balik Pulau. Agak jauh juge; dengan keadaan jalan raya yang berliku². Sebagaimana biasa, co-pilot menjadi penunjuk arah dengan dibantu oleh talian hayat yang boleh saya hubungi merata negeri. Sampai bandar Balik Pulau, kami cam kehilangan arah mencari Kampung Perlis. Ayarkkk ... Segera saya hubungi talian hayat pertama, juge talian hayat kedua. Okehhh ... sila cari arah menuju "PULAU". Pulau apa ... talian hayat saya tak ingat ntah apa nama penuhnya. So, key word yang perlu dicari ialah tunjuk arah ke lokasi bernama "Pulau dotdottdottt". Alhamdulillah, jumpa ..! "Pulau" itu ialah Pulau Betong ..! Haa selepas jumpa arah tu, barulah saya boleh recall dengan jelas arah sebenar. Hhee sebenarnya ini kali kedua saya menjejak Laksa Janggus. Kali pertama dulu bersama kekawan sekerja.

Sampai sudahhh. Makluman untuk semua, sila jangan datang pada hari Rabu kerana Laksa Janggus tidak beroperasi pada hari tu yee. Di bahagian belakang kedai nih ada bengkel memproses mee laksa.


Kereta pengunjung bersusun.

Sila order di kaunter berasingan yee. Setiap menu ada kaunter sendiri. Bagi yang datang dalam kumpulan tu, boleh la arrange nko gi kaunter 1, nko gi kaunter 2, nko kaunter 3 , 4, 5 untuk menjimatkan masa.

Kegemaran saya. Ikut tekak sendiri, bagi saya ... sedappp. Cuma agak ketara ada rasa manis. Meleleh peluh n air hidung dibuatnya layan pedas n panasnya. Lawan pula dengan ABC. Weyyy tak hengat nampakkk amik minuman berais. Hhuuu. Sebelum balik, order pula pisang goreng n keledek goreng. Mabeles!

Masih di Kampung Perlis. +-200 meter dari Laksa Janggus, arah balik menuju Balik Pulau belah kanan jalan berlokasinya Pengusaha dan Pembekal Jeruk Madu. Jualan jeruk madu ni beroperasi di rumah saje. Akak pengusaha tu adalah usahawan bimbingan Jabatan Pertanian. Highly recommended! Saya beli agak banyak juge. Bukan untuk saya, tapi untuk kekawan sekerja. Memang sedap, tak menyakitkan atau memeritkan tekak, n yang utama yakin pada suci dan bersihnya. Dan lagi, selepas ditimbang setiap pek akan di'seal' n di'compress' menggunakan vacuum machine. So usah bimbang laa ... pek tersebut tak akan 'belemuih'.

Untuk dicoba rasa ...


Jeruk asam jawa.


Akak gigih dengan 'vacuum machine'nya.

Siap sudaaa. Terima kasih, kakkk. Saya beli yee ...

Beredar meninggalkan Kampung Perlis. Kami decided untuk melalui jalan Balik Pulau-Teluk Bahang. Bermula pada permulaan jalan sudah diletakkan notis amaran supaya tidak menggunakan jalan tersebut pada waktu hujan atau waktu malam. Wahh nkooo ... perjalanan yang sangat mencabar! Jalan sempit. Sudah la sempit, berliku² dengan gaung curam yang sangat mengerikan. Sehinggakan co-pilot ini tidak merakam walau 1 shoot gambar pun dek keseriauan melampau.

Menghampiri Feringghi, kami berhenti di Empangan Teluk Bahang. Berlokasi 18 km dari Balik Pulau yang telah kami tinggalkan di belakang; dan 5 km dari Batu Feringghi tempat penginapan kami.

Empangan Teluk Bahang ni sederhana luas saje. Terletak di perbukitan, tempat bersantaian para pengunjung.

Boleh jalan kaki 'di tengah' ni.

Kami tak lama berada di Empangan Teluk Bahang sebab hujan mulai merenyai. Berlari-larian la kami menuju ke kereta. Sampai di resort, amik angin petang di tepian pantai.

Cahaya jingga senja. Cantekkk, subhanAllah ..!

Sehari lagi berlalu. Malam ini di Batu Feringghi kami habiskan masa di resort saje. Tambah pula hujan melebat di luar dalam gelap malam. Nite!



0 ulasan: