BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 25 Mac 2012

KEMBARA U T A R A |Day III

2011; sebagaimana dalam entry terdahulu tanpa dirancang rupa²nya untuk kami adalah tahun melawat Negeri² Selat. Dari Temasik ---> Melaka ---> dan berakhir pada Disember di Penang. Jalan jalann jalannn meneroka alam dan manusia. Melaka dan Penang main redah saje. Sekadar isi masa senggang untuk berdua²an menyulam chenta ... hheee.

Percutian aka kembara singkat ke utara. 10/12/2011 Sabtu; hari terakhir untuk meninggalkan Batu Feringghi. Selesai sarapan seadanya, berangkat meninggalkan unit studio resort. Cuaca cerah. Di jambatan Pulau Pinang, kenderaan agak perlahan dengan kenderaan berpusu² memasuki bahagian pulau. Arah Butterworth ok lancar.

Perjalanan pulang menuju Sungai Buloh, kami dah rancang untuk bersinggahan di beberapa lokasi. Sesuai la dengan misi kami kali ini; Kembara Utara!

Destinasi pertama; saya tidak pasti bilakah kali terakhir saya ke sini. Owhhh rumah kayu itu terbiar kosong sudah tiada berpenghuni. Di sini tercatat memori yang tersendiri. Saya masih ingat, suatu ketika dulu setiap kali pulang ke sini bersama mak dan ayah, sekitar usia saya 4-6 tahun, sanggup saya bangun sesubuh Adam. Celik saje mata, bimbang ketinggalan, tanpa sempat cuci muka dan berus gigi, terus berlari²an menuju tingkap dapur rumah Busu. Sekitar jam 6:30 pagi, "ia" akan lalu di belakang rumah Busu; di tengah² sawah padi. Tatkala si panjang lalu di landasannya dari Butterworth menuju Kuala Lumpur/Singapura, dengan kaki terjengkit² lalu menjerit² la saya, " ketapiii ... ketapiii ... ketapiii " sambil melambai² tangan ... hahaahaaa ... macam la jeritan dan lambaian saya itu akan berbalas. How sweettt, kan kann kannn ..??!

Landasan keretapi telah berwajah baru di hujung sana. Suatu ketika dulu, kami boleh berlintasan di atasnya; tapi sekarang telah ada binaan konkrit tinggi.

Alor Pongsu kami tinggalkan tanpa bersinggahan di rumah sesiapa. Saya gagal untuk mengingati di mana lokasi sebenar rumah Angah. Dengan perut yang lapar giler, mula mencari lokasi untuk menjamah nasi. Tiba di Pekan Gunung Semanggol, nampak satu signboard; Pusat Santuari Burung Kuala Gula. Gamble! Ikut gerak hati, saya yakin ada restoran makanan laut di sana. Blackhawk di pandu menuju arah kanan. Melalui kawasan kampung hinggalah di kiri kanan menghijau dengan kawasan ladang sawit. Kira² 30 km memandu mencari arah dengan tawakkal, akhirnya ...


View di sini cantekkk giler! Restoran ni memang real restoran terapung. Diapungkan di atas rakit serta tong, setiap kali bot panjang lalu, ombak akan menyebabkan restoran ini terbuai "dilambung" arus. Seriau ..??? Hhuuu.

Menu utama; kari sembilang. Segar, manis dan lembut isinya. Sodappp wehhh. Saya janji, suatu ketika nanti saya akan ulang ke sini lagi. InsyaAllah.

Kuala Gula kami tinggalkan dengan kenyang perut suka hati ...

Perjalanan diteruskan menuju arah Bukit Merah. Sebelum exit Gunung Semanggol memasuki lebuh raya, bersinggahan dulu di gerai buah²an. Memang syorga la tatkala musim buah²an tempatan gini.

Sejak dua menjak "reti" makan derian ... saya dah reti juge merayu pada c h e n t a h a t i untuk bersinggahan membelinya. Hheee.

Langit nan kelam kelabu, sesekali merenyai, sesekali melebat ... tidak menghalang misi kami untuk menjejak Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Sejak berada di sekolah menengah dulu lagi, Istana diRaja bersemayamnya Baginda Sultan serta Masjid Ubudiah Bukit Chandan menjadi destinasi impian saya untuk menjejakinya. Hhuu baru sekarang impian tu menjadi nyata. Terima kasih my c h e n t a h a t i .

Tersergam indah di depan mata!


Sebagaimana telah dirancang awal, kami menunaikan solat jamak ta'khir serta qasar di Masjid Ubudiah. Sungguh indah senireka di bahagian dalamnya ...
Beberapa pasangan pengantin baharu sedang photoshoot di sini. So haruslah nampaknya kami meminggir. Meninggalkan perkarangan Masjid Ubudiah, beralih pula ke Istana Kenangan yang juge dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Again! Menyusul kemudiannya pasangan pengantin nak berphotoshoot di sini. Hhuuu. Menurut sejarahnya, istana ini dibina pada tahun 1926 tanpa pelan arkitek serta hanya bersambung setiap sendinya menggunakan pasak tanpa sebarang paku logam. Kini bangunan indah lagi bersejarah ini dijadikan sebagai kompleks Muzium DiRaja Perak.


Petang menjelang senja. Bandar DiRaja Kuala Kangsar kami tinggalkan. Perjalanan terus menerus ke Sungai Buloh; hanya bersinggahan di R&R Tapah untuk bersolat serta mengisi perut. Kali ini sepanjang perjalanan hujan dengan lebuh raya yang basah licin. Mata saya tiada lepas menjengah langit. Sedikit 'hampa' ... langit kelam gelita, awan menebal ... nampak gayanya tiada rezeki kami untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang sedang berlangsung malam ini.

SubhanAllah; memasuki Hulu Selangor cuaca amat baik. Sesetengah tempat langit cerah. Alhamdulillah, menghampiri jam 11:30 malam kami selamat tiba di Sanggar Chenta. Bersegera ambil teleskop, mengintai bulan gerhana serta bintang berkelipan di langit. Walau menghampiri penghujung gerhana penuh dan bulan hampir tidak lagi berada selari di belakang bumi serta terselindung daripada cahaya matahari, tetapi masih berkesempatan menyaksikannya.


Sekadar sebagai info, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan dalam satu garisan lurus ( atau hampir lurus ) iaitu bulan akan berada di belakang bumi yang terselindung daripada cahaya matahari. Ringkasnya, pada kedudukan ini bumi bakal berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan dalam satu garisan lurus. Okehh, faham ye murid² sekalian ...




0 ulasan: