BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 17 Mei 2012

LADANG PENTERNAKAN MANUSIA ..???

"Makmal" atau lebih tepat jika saya sifatkan ia sebagai "ladang penternakan manusia" ..! Anda dipelihara, diasuh dengan begitu baik, cukup segala nutrisi ... "menyediakan diri" sehingga sampai pada suatu usia matang sebagai "penderma" organ atau sebenarnya dengan ayat yang lebih sesuai, organ anda dirampas tanpa bicara ... 'pendermaan' pertama, 'pendermaan' kedua ... dan jika anda masih 'survive', diikuti 'pendermaan' susulan  dan seterusnya sehingga anda tidak mampu lagi meneruskan hayat; atau juga hayat anda dihentikan begitu sahaja setelah anda 'tidak berguna' lagi. Hhhuu menyediakan diri sebagai "penderma", "hukuman mati" secara perlahan² dan berperingkat² ... demi survival penerima organ yang lain ..??? Itulah yang saya maksudkan sebagai "ladang penternakan manusia" ...


Emosi sungguh saya dibuatnya. Filem ni dah lama dahh sebenarnya ... tahun 2010! tapisayaketinggalantahun2012barusibuknaktontondankomen Itulah garapan filem "Never Let Me Go" adaptasi daripada novel karya Kazuo Ishiguro. Kisah persahabatan Kathy, Ruth dan Tommy di Hailsham, cinta tiga segi, pencarian asal usul diri, sinambungan sains dan perubatan apekejadahnyegitu ... sehingga tiba masa dan ketika untuk "serah diri"  membiarkan tubuh dikerobek² mengikut disiplin pakar; penuh pasrah.


 

0 ulasan: