BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 23 Mei 2012

SANGGAR NO.13 BAYU ALAM



Bakal menghuni Sanggar No.13 Bayu Alam, Kuala Selangor ..?

Sudah boleh tarik 10% nafas lega. Alhamdulillah; bayaran pendahuluan berjumlah 5 angka iaitu 10% daripada bayaran penuh telah dilunaskan untuk proses pemilikan Sanggar No.13. Harapan; pastinya saya mengharapkan semua proses berlangsung lancar. Jika dulu kalut dengan Sanggar No.35, kali ini Sanggar No.13 pula. Sudah mula membelek dan menyelak kembali ilmu hiasan dalaman dan hiasan laman; bagai dulu duluu duluuu. Juge, sudah mula pasang panjang angan²nya ... pagarnya nak gitu, grillnya nak gini. Hhuuu.

@Sanggar No.35; full loan dan di bawah 'pemilikan' c h e n t a h a t i.
Sebenarnya pada permulaan dulu memang menjadi hasrat kami untuk mencari hartanah rumah setingkat; tak mau bertingkat². Mengapa ..? Melihat kepada pengalaman mak dan ayah. Andai usia dan hayat kami mencecah usia emas, pastinya segala sendi sudah longgar, tiada segagah sekarang. Juge bermakna, tiada gagah lagi untuk mengatur jejak mengira anak tangga turun dan naik. Lebih selesa, lebih mudah ... tak perlu melaung suara memanggil orang di bawah atau di atas. Tapi ketika itu tiada hartanah single storey di lokasi yang kami mahukan; maka dapatlah double storey iaitu Sanggar No.35 yang kami diami sekarang. 

Bayu Alam ..? Segalanya bermula tatkala saya bercerita secara bersahaja, tanpa disangka² C h e n t a h a t i lah yang bersungguh² mencadangkan saya grab peluang ini. Siap buat tinjauan awal terdahulu lagi tanpa saya. Walhal sebenarnya promosi jualan hartanah ini telah berlangsung hampir setahun lalu; malah setiap hari kerja saya akan menatap gambar rumah contoh promosi pada pintu lif menuju ke opis saya. Rentetan "keterlewatan kesedaran" kami itu, lot yang kami target rerupanya telah menjadi 'milik' pembeli lain. Fasa bagi projek perumahan ini telah 100% siap dan telah memperoleh CF. Unit yang saya dapat ini adalah unit yang "dilepaskan" oleh dua "penempah" sebelumnya. Dan jika memang rezeki kita, insyaAllah kuncinya akan berada di tangan kita juge kelak. Aameen.


Unit contoh.

'Mine', insyaAllah.

Hiasan dalaman unit rumah contoh.


Sweeeeet sangat, kannn ...



































Moga semua urusan dan proses dipermudah oleh-NYA; aameen.


0 ulasan: