BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 23 Jun 2012

MEMASAK TANPA MONOSODIUM GLUTAMATE



Seingat saya sepanjang usia perkahwinan kami, ada dapur sendiri, masak sendiri, rumah sendiri ... kami belum pernah membeli apatah lagi melanggani monosodium glutamate. Apatah lagi saya telah diasuh dan dididik oleh mak ayah dan abang masakan tanpa MSG. MSG tidak dibenarkan sama sekali untuk dijadikan rencah dalam masakan di dapur. Tapiii ... "dusta" la andai saya kata masakan kami tanpa MSG langsunggg. Haa tu apa yang terkandung dalam segala jenis kicap, segala jenis sos tuu yang adakalanya jadi bahan masakan ... hheee. Tu terkecuali la kott kannn ... tu dah memang siap isi kandungannya ngan MSG sebagai bahan perisanya. Sebenarnya bagi saya setiap bahan² alami segar dari ladang telah ada rasa dan perisa aslinya yang memang sedap menjilat jari. Kerapkali apabila makan juadah yang dilimpahi dengan MSG, hilang segala rasa asli bahan² tu. Saya tercari² rasanya yang sebenar. Lagi² kalau sayur²an ... hilang segala rasa  asli cauliflower, brokoli, kobis, etc dek limpahan MSG yang pelbagai jenama dan pelbagai jenis sekarang ni. Sama ada ikan, ayam, daging atau sayur²an, semua tu ada manis aslinya yang tersendiri. Percayalah, jika kita masak dengan yakin diri, kena caranya, dan ditambah pulak dengan limpahan kasih sayang ... itu lebih bermakna dan menjadi perisa paling berkesan. Cukuplah sehari²an tatkala makan di luar dengan limpahan MSG ... so tatkala masak di rumah untuk sekeluarga, elak la semua tuu. 

Hmm, sedap ke masakan saya tanpa MSG ..? Hihiii ntah ... Tapi setakat ini tiada pernah lagi terima sebarang borang aduan *___<

0 ulasan: