BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 31 Julai 2012

DEJAVU DI KINABALU; SAYA JATUH CHENTA SEKALI LAGI


Jatuh chenta sekali lagi ..?! Jangan cari pasal ..! Biar jalan²  cari makan ... tu takpe. Hmm, di sana sini saya terbaca pelbagai komentar berkenaan siri yang berkenaan. Jujur, saya hanya mengikuti siri tersebut pada episod awal saje. Ada la dlm seminggu kottt. Selepas tu terus tawar hati. Banyak yang tak kena, banyak yang tak wajar. Bukan begitu 'cara'nya. Wajar la jika ada yang menanggapi ia sebagai siri bersampah sarap. Hhuuu. Pertengahan episod demi episod, ada la juge terrrrtengok beberapa scene. Tiada la bersungguh, sekadar sambil berdiri atau lepaKING santai pada petang hari. Dan sepanjang Ramadhan ini, tak jangka pula belum habis rupanya siri tersebut. So ada la ngadap juge sesambil ulang alik keluar masuk dapur ke ruang makan menyediakan juadah berbuka. 

Rentetan siri ini, meh la kita renungi maksud hadith ini. Sekadar sebagai renungan Ramadhan;
" Orang mukmin satu dengan yang lainnya bersaudara; tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya dan meminang (mengganggu) pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan. " 
[ Riwayat Ahmad dan Muslim ]

Sungguhpun demikian, saya tertarik dengan perwatakan lelaki itu; Bazli ツ Ada sesuatu dan sangatlah sesuatu di situ yang membuatkan saya jatuh chenta sekali lagi awas!!!bukanpadaBazlitauuu ...!, malah berkali kalii kaliii pada c h e n t a h a t i saya. My c h e n t a h a t i a.k.a my mr. cool. Kira cam 'refreshment' gitu. Menyedari diri agar menghargai kasih sayang beliau; dan tidaklah sekali² bisa dikhianati.


Spring in My Heart





Ahad, 29 Julai 2012

TELUR IKAN TEM P I S A N G BAKAR SAMBAL BERTAHUN


Bab menu, bab makan, serahkan saje pada yang arif ... hhee. Seminggu sudah bersama Ramadhan, nampak gayanya selera saya lebih kepada menu² tradisional, menu² kedesaan. Bertambah tambahh tambahhh nasi jika lauknya adalah ikan bakar, kari kepala ikan, beserta ulam²an pembuka selera. Seminggu puasa ni, saya mengaku dengan sejujur²nya bahawa saya tak masak lauk pauk kecuali untuk sahur sahaje. Lauk pauk segala untuk ifthar semua beliii. Hhuuu. Balik ke rumah, masak nasi, tambah ulam²an, tambah sambal belacan/air asam. Kemudian hidang atas meja molek², ala² perasaan lagi perasan bagai masakan sendiri. Hheee.

Dek kerana itu juga, mulai 03 Ramadhan saya rekodkan semua perbelanjaan juadah yang dibeli. Menu + RM. Motif ..? Untuk dijadikan renungan serta menyedari diri untuk perbelanjaan dan pilihan menu pada hari² berikutnya.

Ini menu paling istimewa ...















Sangat sedappppp. Telur ikan tem'pisang'; sebab dibakar dalam daun pisang, bukannya dalam bakul ;)
















Harum daun pisang; memang sungguh menyelerakan.

Ini pula adalah sambal tahun. Mengapa dinamakan sambal tahun ..? Ntahhh. 

Mungkin sebab boleh tahan bertahun² kottt. Agak cair kuahnya, tapi rasanya memang mabeles! Tambah pula dengan harum lengkuas dan pedas² hujung lidah dek cili api. Ni kira cam menu eksotik atau rare laa ... sambal tahun kulit lembu! Hhee. Bukan mudah nak memproses kulit lembu tu sampai boleh dimakan sedemikian rupa. Setahu saya, kulit lembu akan dijemur hingga bebetul kering yang adakalanya menjangkau 6 bulan. Dah bebetul kering, kulit perlu dikikis pula. Hheee cam nak buat kompang tu. Proses berikutnya, tiada la saya ketahuan. Tapi, seriously ... memang sedappp setelah dimasak sambal tahun!

Jom menjala roti jala. Istimewanya roti jala ni, dengan harga RM 3.00 dapat lengkap set 6 gulung roti jala bersama kekawannya kuah kari dan serawa durian. Pilih saje nak celup dan suai padan dengan yang mana kena dengan selera.

















RM RM RM














Rabu, 25 Julai 2012

DUIT RAYE



Syukur; alhamdulillah. 
Duit raye aka duit poket tambahan aka pelengkap untuk cuti cutii cutiii pada Oktober/November nanti.  
Bonus raye 2012 untuk kakitangan awam.


Spring in my heart.

Wahhh.





Isnin, 23 Julai 2012

STATUS YANG DINANTI

Dalam catatan INI pada 19 Julai 2012 lalu telah saya beritakan berkenaan proses pinjam meminjam BPPH. Dan malam ini, tatkala saya membuat semakan status ... Alhamdulillahhh, setakat ini semua dipermudah. Walaupun sedikit tergelincir daripada tempoh yang seharusnya untuk  mendapat status LULUS oleh BPP, tapi itu adalah rentetan ketidaksempurnaan dokumen yg perlu dikemuka. Bukan gelinciran KPI mereka, tapi berpunca daripada pemohon sendiri sayalatuuu. Tapiii bukan saya sengaja tidak melengkapkan dokumen sejak awal lagi. Berdasarkan senarai semak bagi Pinjaman Jenis I ( Membeli Rumah atau Petak Kediaman yang Telah Siap ) iaitu pembelian daripada pemaju berlesen dan permit iklan yang masih berkuatkuasa, tidak perlu mengemukakan salinan borang permohonan laporan penilaian hartanah yang telah disempurna dan dikemukakan kepada JPPH (Borang 1). Apa pun, follow saje laa ... nko nak pinjaman diluluskan atau tidak ..??! Hhee.


Proses penilaian oleh JPPH siap pada 17 Julai 2012; 18 Julai 2012 tarikh permohonan pinjaman diluluskan oleh BPP. Tungguu ... belum tiba masa untuk gembira sangat. Proses selanjutnya masih menanti untuk disempurna segera. Sila lihat dan baca nota di bawahnya.







Khamis, 19 Julai 2012

R A M A D H A N NAN DINANTI



Ramadhan Kareem. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Moga; nafas ini terus berhembus, nadi terus berdenyut, sihat fizikal, sejahtera akal untuk bertemu hilal dan fajar Ramadhan 1433 Hijrah; menghimpun sebanyak banyakk banyakkknya amal ibadah. Allahumma aameennn.

Ada 'rindu' di situ. Saya dewasa dengan pengumuman awal Ramadhan/tarikh Aidilfitri, permulaan Dzulhijjah/tarikh Aidiladha oleh YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terdahulu. Terasa sesuatu; bagai kehilangan. Owhh ... masih dalam proses 'penyesuaian' dengan yang baharu.



URUS-MENGURUS PINJAMAN PERUMAHAN

Catatan ini seharusnya telah jari jemari saya corat-coretkan, tekan-menekan papan kekunci pada Jun 2012 dulu lagi. Tapi saya kemalasan. Tangguh bertangguh; lengah melengah.

Parkir di sini. Usah bermalas²an jalan kaki.















Hari itu; 21 Jun 2012. Ditemani c h e n t a h a t i memandu menuju ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Sasaran utama, Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) di Kompleks MOF Presint 2. Blackhawk diparkir bersetentang dengan Kompleks MOF. Jalan la sikit. Apaadahalkannn. Lebih baik parkir di tempat yang telah disediakan, daripada parkir sesuka hati hingga menyusahkan manusia lain. Cuaca ketika itu masih mendung seusai hujan pada awal paginya. Dingin, damai dan tenang sekali apatah lagi tatkala jejak bertapak di bawah pepohon landskap. 

Melintasi jalan terkedek².

Toleh kiri.

Toleh kanan.

Haa inilah blok bangunan BPP.




Sampai suda.





Memasuki blok bangunan BPP, lalu dahulu di kaunter 'penyambut tamu'. Di situ saya ditanya dengan amat mesranya apakah hala tuju. Lantas saya diberikan nombor giliran. Sila ke kaunter 12. "Andaakandilayansebentarlagi". Dalam 10 minit menanti, tiba giliran saya. Semak segala borang yang telah saya lengkapi. Bersoal jawab itu dan ini. Akhirnya borang saya diterima dengan suka hati. Cuma, saya diminta untuk menghubungi kerani yang bertanggungjawab atau semakan secara atas talian pada laman sesawang BPP untuk mengetahui status lanjut; sama ada lulus tanpa bicara atau ada lagi dokumen² yang kurang. 


Berdasarkan pernyataan yang tertera pada kad pengesahan penerimaan dokumen, proses kelulusan akan mengambil masa antara 5 hari hingga 21 hari. Cuma, tatkala saya hubungi semula kerani BPP, saya perlu mengemukakan Borang Penilaian ke JPPH dan dapatkan dokumen Akujanji Pemegang Pertaruhan oleh pihak peguam pemaju. Beberapa hari kemudian, menyusul surat daripada BPP berkenaan ketidaklengkapan tersebut.

Dan semalam tatkala saya membuat semakan secara atas talian di portal JPPH, proses penilaian telah siap. Dalam tempoh satu minggu sahaja. Alhamdulillah, amat pantas ..! Selaras dan selari dengan KPI mereka. Peguam pemaju pun sangat ok. Semua serba pantas. Justeru, tika dan saat ini saya sedang menanti jawapan serta kelulusan pinjaman oleh BPP. Saya jangka minggu hadapan atau juga dua minggu lagi saya akan mendapat jawapan yang dinanti. Owhhh.



Isnin, 16 Julai 2012

REZEKI BAHULU



Kuih tradisional kegemaran ramai ... lalaalaaa.

Tetiba teringin pula apabila melihat bersusun butir bahulu yang telah siap sedia di'packed'. 10 butir untuk RM5.00. Sementara menanti rendang daging dibungkus, terpandang pula bahulu di dalam bakul rotan berhampiran ketuhar. 

SAYA : " Dikk, bahulu yang dalam bakul tu baru dimasak erkk ... "
DIA : " A'ahh kakkk ... "
SAYA : " ... yang dalam pack ni bila punya ..? "
DIA : " 3 hari lepas, kakkk ... "
Dia lantas tersenyum.
DIA : " Akak nak yang ini erkk ..? "
SAYA : " A'aahh ... "

Lantas saya letak kembali bungkusan bahulu 3 hari lepas punya bakaran. Selesai bungkus rendang daging yang juga untuk saya, lantas diambilnya bekas plastik 'container' lutsinar aka 'tippuware'. Saya memerhati. 

Sebutir
2 butir
3 butir
4 butir
5 butir
6 butir
7 butir
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
... melimpah ruah butir bahulu melangkaui kapasiti bekas 'tippuware'.

SAYA : " Dikkk, apesal banyak sangat tuuu ... "

Seriau.

DIA : " Saya bagi je kakkk ... Ni bakaran adunan terakhir "

Tangannya masih pantas mengisi 'tippuware'. Haa camner nak ditutup tuu ... Diambilnya getah ... ikat kiri, ikat kanan.

SAYA : " Dah tu, tak kena bayar kerrr ..? "

Dia senyum lagi.

Alhamdulillah, murah rezeki saya; dan mudah²an murah dan luas juga rezeki perniagaan kamu.

Sampai rumah, terus bancuh Nescafé tarik kurang manis. 
Celup bahulu. 
Paling best, ada part yang hangit².
Itulah yang saya suka.
Sedappppp.