BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 23 Julai 2012

STATUS YANG DINANTI

Dalam catatan INI pada 19 Julai 2012 lalu telah saya beritakan berkenaan proses pinjam meminjam BPPH. Dan malam ini, tatkala saya membuat semakan status ... Alhamdulillahhh, setakat ini semua dipermudah. Walaupun sedikit tergelincir daripada tempoh yang seharusnya untuk  mendapat status LULUS oleh BPP, tapi itu adalah rentetan ketidaksempurnaan dokumen yg perlu dikemuka. Bukan gelinciran KPI mereka, tapi berpunca daripada pemohon sendiri sayalatuuu. Tapiii bukan saya sengaja tidak melengkapkan dokumen sejak awal lagi. Berdasarkan senarai semak bagi Pinjaman Jenis I ( Membeli Rumah atau Petak Kediaman yang Telah Siap ) iaitu pembelian daripada pemaju berlesen dan permit iklan yang masih berkuatkuasa, tidak perlu mengemukakan salinan borang permohonan laporan penilaian hartanah yang telah disempurna dan dikemukakan kepada JPPH (Borang 1). Apa pun, follow saje laa ... nko nak pinjaman diluluskan atau tidak ..??! Hhee.


Proses penilaian oleh JPPH siap pada 17 Julai 2012; 18 Julai 2012 tarikh permohonan pinjaman diluluskan oleh BPP. Tungguu ... belum tiba masa untuk gembira sangat. Proses selanjutnya masih menanti untuk disempurna segera. Sila lihat dan baca nota di bawahnya.







0 ulasan: