BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 29 Julai 2012

TELUR IKAN TEM P I S A N G BAKAR SAMBAL BERTAHUN


Bab menu, bab makan, serahkan saje pada yang arif ... hhee. Seminggu sudah bersama Ramadhan, nampak gayanya selera saya lebih kepada menu² tradisional, menu² kedesaan. Bertambah tambahh tambahhh nasi jika lauknya adalah ikan bakar, kari kepala ikan, beserta ulam²an pembuka selera. Seminggu puasa ni, saya mengaku dengan sejujur²nya bahawa saya tak masak lauk pauk kecuali untuk sahur sahaje. Lauk pauk segala untuk ifthar semua beliii. Hhuuu. Balik ke rumah, masak nasi, tambah ulam²an, tambah sambal belacan/air asam. Kemudian hidang atas meja molek², ala² perasaan lagi perasan bagai masakan sendiri. Hheee.

Dek kerana itu juga, mulai 03 Ramadhan saya rekodkan semua perbelanjaan juadah yang dibeli. Menu + RM. Motif ..? Untuk dijadikan renungan serta menyedari diri untuk perbelanjaan dan pilihan menu pada hari² berikutnya.

Ini menu paling istimewa ...















Sangat sedappppp. Telur ikan tem'pisang'; sebab dibakar dalam daun pisang, bukannya dalam bakul ;)
















Harum daun pisang; memang sungguh menyelerakan.

Ini pula adalah sambal tahun. Mengapa dinamakan sambal tahun ..? Ntahhh. 

Mungkin sebab boleh tahan bertahun² kottt. Agak cair kuahnya, tapi rasanya memang mabeles! Tambah pula dengan harum lengkuas dan pedas² hujung lidah dek cili api. Ni kira cam menu eksotik atau rare laa ... sambal tahun kulit lembu! Hhee. Bukan mudah nak memproses kulit lembu tu sampai boleh dimakan sedemikian rupa. Setahu saya, kulit lembu akan dijemur hingga bebetul kering yang adakalanya menjangkau 6 bulan. Dah bebetul kering, kulit perlu dikikis pula. Hheee cam nak buat kompang tu. Proses berikutnya, tiada la saya ketahuan. Tapi, seriously ... memang sedappp setelah dimasak sambal tahun!

Jom menjala roti jala. Istimewanya roti jala ni, dengan harga RM 3.00 dapat lengkap set 6 gulung roti jala bersama kekawannya kuah kari dan serawa durian. Pilih saje nak celup dan suai padan dengan yang mana kena dengan selera.

















RM RM RM














0 ulasan: