BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 19 Julai 2012

URUS-MENGURUS PINJAMAN PERUMAHAN

Catatan ini seharusnya telah jari jemari saya corat-coretkan, tekan-menekan papan kekunci pada Jun 2012 dulu lagi. Tapi saya kemalasan. Tangguh bertangguh; lengah melengah.

Parkir di sini. Usah bermalas²an jalan kaki.















Hari itu; 21 Jun 2012. Ditemani c h e n t a h a t i memandu menuju ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Sasaran utama, Bahagian Pinjaman Perumahan ( BPP ) di Kompleks MOF Presint 2. Blackhawk diparkir bersetentang dengan Kompleks MOF. Jalan la sikit. Apaadahalkannn. Lebih baik parkir di tempat yang telah disediakan, daripada parkir sesuka hati hingga menyusahkan manusia lain. Cuaca ketika itu masih mendung seusai hujan pada awal paginya. Dingin, damai dan tenang sekali apatah lagi tatkala jejak bertapak di bawah pepohon landskap. 

Melintasi jalan terkedek².

Toleh kiri.

Toleh kanan.

Haa inilah blok bangunan BPP.




Sampai suda.





Memasuki blok bangunan BPP, lalu dahulu di kaunter 'penyambut tamu'. Di situ saya ditanya dengan amat mesranya apakah hala tuju. Lantas saya diberikan nombor giliran. Sila ke kaunter 12. "Andaakandilayansebentarlagi". Dalam 10 minit menanti, tiba giliran saya. Semak segala borang yang telah saya lengkapi. Bersoal jawab itu dan ini. Akhirnya borang saya diterima dengan suka hati. Cuma, saya diminta untuk menghubungi kerani yang bertanggungjawab atau semakan secara atas talian pada laman sesawang BPP untuk mengetahui status lanjut; sama ada lulus tanpa bicara atau ada lagi dokumen² yang kurang. 


Berdasarkan pernyataan yang tertera pada kad pengesahan penerimaan dokumen, proses kelulusan akan mengambil masa antara 5 hari hingga 21 hari. Cuma, tatkala saya hubungi semula kerani BPP, saya perlu mengemukakan Borang Penilaian ke JPPH dan dapatkan dokumen Akujanji Pemegang Pertaruhan oleh pihak peguam pemaju. Beberapa hari kemudian, menyusul surat daripada BPP berkenaan ketidaklengkapan tersebut.

Dan semalam tatkala saya membuat semakan secara atas talian di portal JPPH, proses penilaian telah siap. Dalam tempoh satu minggu sahaja. Alhamdulillah, amat pantas ..! Selaras dan selari dengan KPI mereka. Peguam pemaju pun sangat ok. Semua serba pantas. Justeru, tika dan saat ini saya sedang menanti jawapan serta kelulusan pinjaman oleh BPP. Saya jangka minggu hadapan atau juga dua minggu lagi saya akan mendapat jawapan yang dinanti. Owhhh.



0 ulasan: