BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 18 Disember 2012

YANG TER A K H I R ... YANG P E R T A M A



26 November 2012 Isnin; melapor diri di pejabat baharu saya. Lebih setengah hari menanti, akhirnya dapat la juge bertemu dengan Dato' Timbalan Pengarah. Tuan Pengarah masih bercuti menunaikan fardhu haji.

29 November 2012 Khamis; majlis farewell a.k.a meRAIkan pe'nyah'an saya di sini. Hhee. Diadakan di SACC dengan gumbiranya. Saya tak lekang mengukir senyum. Senyum kerana apa yang saya harapkan selama ini untuk berhijrah bertugas di tempat baharu, akhirnya diperkenan oleh-Nya. Juge, senyum tak putus² untuk menyembunyi sayu yang bersarang di lubuk hati; juge menahan empangan di tubir mata daripada pecah berjurai. Tapi keceriaan itu lebih ketara daripada sebak, kann. Tatkala mereka sedang menayangkan klip video berlatarkan lantunan lagu "Tinggal Kenangan" by Caramel Band versi akustik, saya buat² sibuk dengan henpon. Kononnn. Hhiii.

05 Disember 2012 Rabu; petang itu ada majlis makan² ringkas. Menu utama Sate Haji Samuri. Boss takde. Tapi tetap diteruskan gak. Memenuhi permintaan ramai, kenalah juge berucap. Ringkas saje. Sayu giler ..! Tapi saya tetap degil dan gigih ... usah sampai empangan itu pecah ..!

07 Disember 2012 Jumaat; hari ter A K H I R saya di sini. Di sini yang mencatat macam² cerita dan pengalaman. Ada suka. Ada duka. Ada masam. Ada pahit. Tak kurang juge ada manisnya. Apa pun, pengalaman yang cukup unik mengenali dan memahami kepelbagaian ragam manusia. Mencecah kira² 1.5k kakitangan; macam² yang telah saya temui dan hadapi. Pagi itu bersarapan ramai² di Unit Kewangan. Ada yang bawa cekodoks, ada yang bawa tempe goreng, ada yang bawa meehun, ada yang bawa nasi lemak. Ringkas kata, macam² ada. Boss juge turut serta. Sejurus selepas itu, diadakan morning prayer. Alahaiii kali ni, awal² lagi dua tiga titis air dari empangan mata suda berjuraian. Tapi tatkala saya melihat "wajah" itu, hati saya kembali membeku. Lantas saya bisa senyum dan menyampaikan ucapan buat kali ke-3 dengan jayanya tanpa titis² tiris. Yearghhh.

10 Disember 2012 Isnin; hari P E R T A M A bertugas di tempat baharu. Semoga semuanya indah² belaka.
Suasana baharu.
Rakan² sekerja baharu.

Ina, teruskan melangkah ..!



Selamat tinggal bilik opisku ..! Sobsobsob.



Ahad, 9 Disember 2012

W A T I K A H



Hhiii watikah apakah itu ..?
Pertabalan kahh ..???

Alhamdulillah wa syukuriLlah. Pada 22 November 2012 Khamis lalu bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, saya dan lapan orang rakan yang lain telah menerima watikah kenaikan pangkat daripada Dato' KSU.

Penerimaan watikah ini juga adalah bersekali dengan penempatan baharu untuk saya berkuatkuasa 26 November 2012. Syukur syukurr syukurrr ya Allah ..! Saya akan ditempatkan dan akan mula bertugas di tempat baharu. Terima kasih juge buat big boss saya ..! "Mintak 1, dapat 3 ..!" Tatkala saya menerima watikah daripada KSU, senyuman paling mulus tulus saya turut layangkan buat beliau big boss saya yang berdiri mengiringi KSU. Dengan santun saya rungkaikan ucapan terima kasih.

Maka pada 26 November 2012 Isnin itu saya melapor diri di Bangi. Sekadar lapor diri dahulu. Saya mohon untuk penangguhan selama dua minggu untuk menyelesaikan tugas² akhir. Hhuuu jika dikira, tugas di Bahagian Kewangan itu tiada kan berakhir ... sentiasa ada dan bertambah dari semasa ke semasa. Boss saya suda mula kekalutan. Hheee.