BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 30 November 2015

DUNIA BAHARU SEORANG PELAJAR


Adakala apa yang tiada diduga; tiada dirancang; itulah jalan yang kita pilih akhirnya. Huhuu hadap sahajalah Ina. Just go straight. Don belok².

Tak lama mana pun. 18 bulan sahaja.
Good luck, Ina!
Terima kasih suamiku. Gigih menghembus semangat.

Tragedi Oktober. Menangis nak siapkan coursework. Sebab ..? Saya clueless. Benar² clueless. Clueless yang bukan main². Tapi tapii tapiii dengan kegigihan dan dengan izin-Nya jua ... dapat jugak antara markah tertinggi! Terima kasih Prof Naz.



BRAVO, Ina!
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih pihak penaja yang membiayai 100% kos pengajian ini.

Terus berlari memburu jaya.





SELAMAT JALAN RAKAN KEMBARAKU


B e l a s u n g k a w a



Saya terima perkhabaran itu tatkala sedang bertugas di Bandar Tenggara, Johor Darul Takzim. Sejurus sahaja sebelum mesyuarat bermula. Perkhabaran yang sangat mengejutkan. Saya sedaya upaya menahan segala sebak sedu sedan. Tapi nyata tiada berdaya. Henpon saya sangat sibuk; panggilan bertalu². Text menderu². 



Untuk rakan kembaraku; bersemadilah dengan tenang. Dari Jakarta-Bandung-Turkey-Perth ... tinggal dalam memori dan pengalaman hidup. Kebaikan budi dan peribadimu tetap kekal dalam ingatan kami suami isteri. 

Al-Faatihah.




Ahad, 19 April 2015

ADAB&ADAT : " OPS USAH DIPAGAR NYIUR NAN CONDONG DEDAUNNYA JATUH KE LAMAN ORANG "



Operasi khas. Ops clean&clear porch yang suda berkecah. Juga operasi menebang&mencantas pepohon di laman seciput alam. Rumpun keladi resakse yang suda membengkok. Adakala pelepah dedaunnya menerobos mencecah sempadan pagar rumah tetangga. Huii ini tidak bagus! Hhuu.


Si akar dani yang sebelum ini seringkali saya perkatakan mahu dicantas, tetiba naik merimbun. Dedaunnya lebat dan lebar menghijau. Siap berbunga berjambak² lagi. Harum semerbak. Harap² harumnya bertebaran dihantar dek sang bayu ke laman tetangga juga. Berkongsi haruman manisnya. Cuma, masih juga perlukan perapian agar ia tidak menjalar menerobos sampai ke rumah tetangga bersebelahan. Sebaik sahaja selesai berbunga nanti, dedaunnya kian tua; beransur kuning ... dan seterusnya mulai berguguran dalam jumlah yang agak banyak. Biarlah nanti ia berguguran jatuh di laman sendiri. Dalam orang tidak mengisah, biarlah kita sendiri ambil kisah. Usah tunggu sampai bertukar menjadi sungutan&rungutan pulak. Adab&adat berjiran biarlah murni² sahaja. 


Dua pohon di pinggiran jalan pulak yang ditanam dahulu suda bersentuhan dedaunnya membentuk gerbang. Saya sukaaa. Kedua²nya sedang giat menghijau dengan dedaun baharu. Sengaja kami tanam kedua²nya di luar laman sebagai pepohon teduhan. Sesekali bolehlah parkir kereta di bawahnyaLagi pulak ia tidak sesuai ditanam di laman rumah nan seciput alam ini. Tambah lagi sebelum ia bertukar daun baharu, dedaunnya yang suda menguning akan berguguran dengan banyak sekali secara serentak. Selain saya bukanlah seorang yang rajin untuk menyapunya, adalah memang menjadi kerisauan jika dedaunnya yang berjatuhan menerjah sempadan rumah tetangga pulak sekiranya ditanam di tepian pagar. Dan itulah asas dalam kami menentukan pepohon yang boleh dan tidak boleh dijadikan hiasan laman. Bayangkan, tatkala memijak dedaun keringnya itu yang suda jatuh ke bumi, bagaikan memijak kepingan keropok! Berlapis² menimbun di bawah pohon induknya. Krupkrapkrupkrap. Dedaunan yang kering dan garing! 

Senyumlah.
Indahnya dunia.


PART 1 |KEMBARALAH LAGI




Tatkala hati merindu hari² nan berlalu ...




Selasa, 24 Februari 2015

I'M COMING HOME!


" Kepada semua warga Malaysia, penerbangan Malaysia Airlines System mengucapkan selamat kembali ke tanahair! "


Yearghh
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world i'm coming home!

Alhamdulillah
😻💕😻