BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 23 Oktober 2016

Salam Dari Grenoble




Hari ini. Hari ke-24 suda berkelana
di lembangan Alps ini.

Hati.
Bertabahlah.
Sikittt jer lagiii

Stay strong!





Isnin, 30 November 2015

DUNIA BAHARU SEORANG PELAJAR


Adakala apa yang tiada diduga; tiada dirancang; itulah jalan yang kita pilih akhirnya. Huhuu hadap sahajalah Ina. Just go straight. Don belok².

Tak lama mana pun. 18 bulan sahaja.
Good luck, Ina!
Terima kasih suamiku. Gigih menghembus semangat.

Tragedi Oktober. Menangis nak siapkan coursework. Sebab ..? Saya clueless. Benar² clueless. Clueless yang bukan main². Tapi tapii tapiii dengan kegigihan dan dengan izin-Nya jua ... dapat jugak antara markah tertinggi! Terima kasih Prof Naz.



BRAVO, Ina!
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih pihak penaja yang membiayai 100% kos pengajian ini.

Terus berlari memburu jaya.





SELAMAT JALAN RAKAN KEMBARAKU


B e l a s u n g k a w a



Saya terima perkhabaran itu tatkala sedang bertugas di Bandar Tenggara, Johor Darul Takzim. Sejurus sahaja sebelum mesyuarat bermula. Perkhabaran yang sangat mengejutkan. Saya sedaya upaya menahan segala sebak sedu sedan. Tapi nyata tiada berdaya. Henpon saya sangat sibuk; panggilan bertalu². Text menderu². 



Untuk rakan kembaraku; bersemadilah dengan tenang. Dari Jakarta-Bandung-Turkey-Perth ... tinggal dalam memori dan pengalaman hidup. Kebaikan budi dan peribadimu tetap kekal dalam ingatan kami suami isteri. 

Al-Faatihah.