Selesai shopping di kedai Haji Daud, terus check in di Hotel Madani. Penginapan di sini kami urus sendiri secara online dari Malaysia. Waktu kami tiba, di lobby hotel penuh dengan kakitangan kerajaan. Difahamkan mereka sedang berbengkel mengenai Keluarga Berencana (KB). Agak menarik interior hotel ini. Bilik pun selesa dan yang lebih penting ada wifi.
Saya tertarik dengan notis yang tertera pada beberapa sudut sekitar hotel. Cuba klik foto di bawah ...
Selesai solat jamak ta'khir serta qasar, langkah diatur mengukur jalan. Tak jauh pun kami jalan jalann jalannn. Sekadar klik klikk klikkk sekitar Masjid Raya yang berlokasi bersetentang dengan Hotel Madani. Trafik ketika ini kalut sungguh. Sana sini situ sinun bunyi hon honn honnn. Adehhh ... mumet ..! Tapi di sini bunyi serta membunyikan hon itu adalah satu perkara biasa. Di Malaysia, takde la berani buat gitu ... karang ada pula yang melebam sana sini atau paling tidak akan dimarahi pula oleh pemandu lain.
Pemandangan indah sekitar Masjid Raya. Rasa tenang dan damai sekali apatah lagi tatkala azan berkumandang melantun dari menara ke segenap pelusuk kota.
Menara masjid berlokasi agak jauh dari bangunan utama Masjid Raya.
Malamnya pula aktiviti bebas. Makan malam di medan selera Amaliyyunn (tak sure ejaan sebenar; ni saya eja ikut bunyi Arab je laa ... hhee) berlokasi bersebelahan dengan Hotel Madani.
Okay, berakhir sudah catatan Kembara S U M U T untuk hari ke-4.
0 ulasan:
Catat Ulasan