BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 4 Oktober 2012

LONTONG KLANG DI SHAH ALAM

Melayan selera pada hujung minggu lalu. Menjejaki sekali lagi "Lontong Klang" di Seksyen 7, Shah Alam. Kena berpagi²an untuk dapatkan sepinggan set lengkap lontong special. Berlokasi berhampiran UNISEL; atau lebih tepat selari dengan stesen minyak Shell dan Worlwide Holdings Berhad @7 sebagai landmark mudah.

Inilah bahagian hadapan Restoran Lontong Klang.

Waktu operasi; sila alert dengan waktu yang telah dipaparkan. Tiada urusniaga pada waktu malam eyhhh.

Pemandangan biasa. Konsep layan diri. Sila beratur berderet² di hadapan kaunter.


Haa inilah set lengkap lontong special. Ada nasi impitnya, telur mata, telur rebus, sambal sotong, serunding, bergedil dan pelengkap utama pastinya kuah lodeh. Sedappp ..? Lihat saje pada barisan manusia yang sabar menanti giliran; mungkin di situ sudah ada jawapannya.
Nasi lemak pun ada. Set lengkapnya mengandungi lauk pauk yang memang awesome.


Pakcik ni "lari²" dari kaunter cashier ke bahagian dapur menyiapkan order pelanggan. Peramah sangat²; gaya pakcik² dan saya sangat senang dengannya. Senyum meleret saya dibuatnya. Tapi pakcik memang tak mau fotonya dirakam kottt. Tuu yang lari² wajahnya sampai kamera tak boleh nak fokus. Hheee.

Memang berbaloi bersarapan di Restoran Lontong Klang ini ..!


0 ulasan: