BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 9 Mac 2010

Terjebak ..?

Apa beza ' terjebak ' dengan ' terjerumus ' ..? Hmm, saya kurang pasti tafsirannya secara jitu ... Kamus Dewan Edisi Ke-3 saya berada di pejabat untuk dirujuk ...

Hmm, tak kiralah apa jua tafsirannya ... Secara pastinya, saya telah terjebak dengan pelbagai perkara sejak akhir-akhir ini ... sama ada secara positif ataupun sebaliknya. Apa pun, andai saya ambil sebagai positif, maka akan positiflah jadinya, tapi andai sebaliknya ..?

Keterjebakan dan keterjerumusan saya :


1. Terjebak dengan DSLR camera dan fotografi
Mengasyikkan ... itulah impak digital single-lens reflex camera ... Saya boleh ambil masa berjam-jam hanya untuk mendapatkan sudut terbaik n hasil yang memuaskan hati ... dan bagi saya, hanya dengan sekeping gambar, mampu menceritakan sesuatu ... tersurat dan tersirat. Bermula dengan kamera digital cokia, beralih pula pada DSLR ... Tapi, skill saya biasa-biasa saje ... belum pernah ikuti kursus secara profesional. Tutor saya adalah chenta hati saya n majalah-majalah fotografi miliknya di samping cuci-cuci mata di flickr ... Bokeh ..? Reaksi pertama saya tatkala chenta hati saya memperkenalkan " BOKEH ", saya bertanya mengapa 'buruk' benar bunyinya ... wakakka ... Apa pun, saya belum ada kemahiran berkaitannya ... minat ada, tapi usaha untuk memperdalaminya belum bermula. Satu saje yang saya tak suka pada DSLR milik chenta hati saya ... saiznya yang besar gedabak ... loteh den nak mengeleknya ... huhu ... biarlah saya dengan digital kamera cokia saya yang boleh disimpan dalam beg tangan ...

2. Terjebak dengan blogging
3. Terjebak dengan facebook
Blog dan FB ... keterjerumusan saya bermula sebulan lalu ( apa yang menjadi pendorong, biar menjadi rahsia saya ) ... yearghh, baru sebulan lalu! Blog ... sebab saya rasakan ada sesuatu yang perlu saya lontarkan ... walaupun hanya sekadar cerita biasa-biasa saje ... tentang diri saya, tentang hidup dan rutin saya yang biasa-biasa saje ... tapi, saya sukaaa ... sebab inilah ruang saya melontar rasa n di luar daripada rutin kerja saya di pejabat. Walau bukan untuk tatapan umum sebenarnya, tapi andai ada yang berkelapangan untuk berkongsi rasa dan cerita dengan saya, saya tiada halangan ... huhu ... Saya dan rakan-rakan saya pernah dibimbing untuk menjadi penulis kritis oleh Saudara Saifuddin Abdullah ( kini Y.B. Dato' ) yang begitu gigih di Akademi Penulis ketika itu ... kelas bimbingan khas diadakan oleh beliau untuk kami begitu fleksible mengikut kelapangan kami n secara percuma pula, tapi akhirnya kini saya sekadar jadi penulis blog cerita-cerita peribadi ..??? huhu ... begitu mengharukan diri saya sendiri ... Apa pun, minat saya masih belum luntur pada bahasa-bahasa bersahaja ... pada ruang blog inilah saya bisa menulis apa sahaja tanpa ayat-ayat skema kertas kerja atau laporan.

FB ..? haa, yang nih memang dorongan utama adalah dek kekawan saya ... walau pada mulanya agak sukar untuk saya lekatkan minat saya pd FB, tapi dalam tempoh sebulan ini saya sudah boleh 'menerima'nya ... yang membuatkan saya teruja adalah tatkala bertemu kembali dengan kekawan lama. Cuma ... hal ehwal diri dan peribadi, sekadar info dan paparan minimum saje yang saya bisa paparkan pada maya FB ... yang lelain masih saya kekalkan sebagai status kerahsiaan ... bak amaran yang tertera pada diari rasmi kakitangan kerajaan, " RAHSIAKAN RAHSIA NEGARA ". Sebab ..? Saya ada ke'fobia'an yang tersendiri pada dunia maya IT ... haa, yang ini tak perlu saya ulas lanjut ...

3. Terjebak dengan novel
Pada mulanya saya sekadar ingin mempelbagaikan bahan bacaan saya ... lagi pula, saya mudah bosan tatkala sedang menunggu, menunggu dan menunggu. Justeru, saya pastikan ada naskhah bahan bacaan di dalam beg tangan saya. Tahun lalu, seingat saya buat pertama kalinya setelah 10 tahun berlalu, senaskhah novel telah saya beli untuk menemani tempoh-tempoh saya bertugas bersendirian di luar daerah. Huhu ... saya masih ingat, naskhah terakhir novel yang saya miliki satu ketika dulu bertajuk " Sembilu " pemberian seorang teman dan ironisnya, naskhah itu telah saya kembalikan padanya. Sebenarnya, dulu agak banyak juga koleksi novel saya n kebanyakannya adalah hadiah daripada pertandingan penulisan yang saya sertai. Kini, saya bagaikan ingin menyusuri kembali semua itu ... Dua minggu lalu saya lepak-lepak cuci mata di PKNS Shah Alam n ada jualan novel dengan diskaun antara 50% hingga 70% senaskhah ... Cukup sekadar dua naskhah sahaja menjadi pilihan saya untuk dimiliki ... tapi, sehingga ke hari ini saya belum bisa meluangkan masa membacanya ... huhuhu

4. Photobook ..?
... yang ini permintaan ( atau juge arahan ..? ) oleh chenta hati saya. Dek kerana terlalu banyak koleksi foto, n semuanya pula perlu di'organise' ... huhu ... tapi saya ' bijak ' mengelat ... bukan saya tak mahu buat, tapi saya bimbang terjebak terus dengan photobook kerana sekali saya sudah fokus dengannya, sukar untuk saya tinggalkan untuk tugas-tugas lain ... huhu ... Justeru, biarlah saya tangguhkan dulu daripada terjebak dengannya ...