BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 30 September 2011

KEMBARA TEMASIK |Part I





2011 ~ Tahun kembara, tahun panjang langkah, tahun meleburRM. Kembara @Temasik aka Singapura ... catatan nan tertangguh ... hihii. Mengembara pada Januari/Februari 2011, tapi dah menghampiri ke hujung tahun, baru sekarang berkesempatan untuk berkongsi pengalaman, pengembaraan, penceritaan ... Apa pun, semuanya memang mencatat kenangan terindah ... termasuk nan menyentuh rasa serta mengundang sendu tatkala kaki menjejak Tanjong Pagar ... huhuu.

Jomm cuci cucii cuciii mata ...
A picture is worth a thousand words ..! Percayalahhh ...


Perancangan asal adalah berkeretapi Ekspres Sinaran Selatan dari KL Sentral yang dijadualkan jam 9:00 pagi ke Tanjong Pagar. Punyalah terujaa ... sebab inilah pertama kali nak berkeretapi yang pastinya tidak kan sama sebagaimana menaiki komuter, LRT atau monorel! Tunggu punya tungguu punya tungguuu, 30 minit sebelum waktu dijadualkan berlepas, pengumuman dibuat bahawa tren ke Tanjong Pagar pagi itu dibatalkan dek banjir di Gemas ... huhuu. Maka terpaksalah kami mencari alternatif lain ... noweveryonecanfly maaa ... huhhuu lagiii. Terpaksaa walaupun bukanlah pilihan untuk terbang di angkasaraya.
Tiba di Lapangan Terbang Changi kira² 3:00 petang.
Mood : Chinese New Year
Green technology airport!
Dari Lapangan Terbang Changi, naik MRT ke Somerset n jalan jalann jalannn kaki menuju ke penginapan yang telah ditempah lebih awal. Warghhh, sangat sangatt sangattt best ... dengan udara nan dingin, pepohon nan menghijau ... serasa bagaikan nunn jauh di luar negara ... hihiii. Just over the Tambak ... but still over the sea, okeyyy ..!
LLOYD'S INN here i come ...
Lepas check in n solat, g makan la dulu @Killiney Road ... dekat jerkk dgn Lloyd's Inn +-10 minit jalan kaki melenggang lenggangg lengganggg kangkung.

Lepas makan bermenukan nasi n milo panas yang boleh tahan sedapnya serta boleh dikatakan agak murah, mula mengatur langkah panjang sekadar meninjau Orchard Road. Jalan kaki lagi dan lagii sebab dekat jerkk ... +-5 minit sahaja.

Orchard Road mula dilimpahi cahaya lampu berwarna-warni bergemerlapan dalam rancak aktiviti manusia pelbagai ragam serta gaya ...
Sempat juga menjengah dari satu kompleks ke satu kompleks berbintang² ... biasa² saja kerana poket saya tiadalah berbintang² atau luar biasa tebalnya. Mari melepak pula di pinggir Orchard Road sambil memerhati kekalutan aktiviti malam sebelum pulang ke Lloyd's Inn merebahkan badan yang sudah keletihan ...

Hari nan indah dan jadikan indah selama lamaa lamaaanya ...