BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 31 Oktober 2011

KEMBARA TEMASIK |Part VII [ b ] - Welcome Home!


Berakhir sudah percutian 7D6N @Temasik. Sebenarnya ini adalah kunjungan kali ke-2 saya; tetapi kali pertama 3 tahun terdahulu adalah atas urusan tugasan rasmi untuk agama, bangsa dan negara
( hahaa ) selama 1 minggu juga. Pastinya tidak kan sama dengan kunjungan rasmi terdahulu; apatah lagi percutian ini ditemani oleh c h e n t a h a t i saya. Perjalanan balik hari ini dari penginapan ke Budget Terminal Airport menaiki teksi SGD20. Inilah satu²nya perjalanan kami naik teksi sepanjang berada di sini. Tak daya dah nak biar tapak bertapak merekah kaki apatah lagi bagasi sudah beranak pinak ... akkaakaaa.


Pertama kali juga terbang bersama Si Kunang² ... teruja! Penerbangan sepatutnya jam 4:30 petang; tapi bertunda jam 5:30 petang ... hhuuu. Memang tau ..! So, kita lepak lepakk lepakkk dulu sambil layan tiramisu sedap berkolesterol bersama hot choc.

LepaK I N G @SR; ada cop mohor HALAL Singapore pada kaunternya. Musolla ( 'prayer room' ) juga disediakan. Sila lihat tanda arah pada kiri belakang kiosk SR sebagai panduan bagi yang perlukan musolla.

Masuk ke balai berlepas; Gate 5.

Inilah Si Kunang² yang dinanti nantii nantiii.

Masa untuk terbang bersama Si Kunang².

Duta Si Kunang² ... hheee.

Selamat jalan tanah Temasik ...

Terbang tinggi menyaksikan awan gemawan; subhanAllah!

Welcome home, Ina ..!
Alhamdulillah; penerbangan smooth hingga selama
t berlabuh
@
Pelabuhan Udara Sub
ang.



Perghhh, selesai juge catatan tertunda dan bertunda tundaa tundaaa
KEMBARA @TEMASIK. Alhamdulillah.




Ahad, 30 Oktober 2011

KEMBARA TEMASIK |Part VII - Menjejak Hjh. Maimunah





06 Februari 2011 hari ke-7 @Temasik. Hari terakhir. Awal pagi, naik bas menuju Geylang Serai lagi. Menjejak Hjh. Maimunah ..! Hhee.

Semalam kami naik tren, hari ini naik bas pula. Berhenti di perhentian bas tidak jauh dari Madrasah Islamiah Wak Tanjong. Turun dari bas, apa lagi ... jalan jalann jalannn kaki la sampai merekah kaki. Agenda utama, menjejak Hjh. Maimunah sebelum saya berlepas balik mengakhiri percutian kali ini. Selain Geylang Serai, setahu saya Hjh. Maimunah juga ada berlokasi di Jalan Pisang berhampiran Arab Street. Hahaa ... siapakah gerangan Hjh. Maimunah ..?

Klik klikk klikkk.

Sampai sudahhh ...


Berhadapan Geylang Serai berlokasinya Joo Chiat Complex. Sekadar cuci mata; no more cuci cucii cuciii poket untuk fabrik cotton di sini, okehh! ( bagi saya, lebih 'heaven' di Arab Street untuk pilihan fabrik cotton ).

Inilah Hjh. Maimunah yang bersungguh sungguhh sungguhhh saya jejak bejejak sebelum meninggalkan tanah Temasik.

Sila beratur, okehh ..! Jam 9:45 pagi.


Misi berjaya sepenuhnya; alhamdulillah. So, boleh bersiap² balik dengan hati cerlang riang gemilang ..!




Sabtu, 29 Oktober 2011

KEMBARA TEMASIK |Part VI [ b ] Air Mata nan Berderai



S e n y u m
dalam

S e s a k
S e b a k

B e n g k a k

Apakah sebenar benarr benarrrnya yang mendorong, meruntun atau menggamit saya ke Temasik ..??? Agenda utama lagi TERRRutama kembara @Temasik; tiada lain adalah gamitan Tanjung Pagar ..! Waahhh, patriotiknya ..! Huhuu, takde lah patriotik pun sebenarnya; cuma ada sesuatu lagi amat s e s u a t u yang meruntun hati saya. Agenda asal ingin merasai pengalaman berkeretapi dari KL Sentral terus ke Tanjung Pagar ... Pastinya suatu pengalaman yang amat menarik lagi tertarik yang pastinya juga berbeza sekali pengalaman menaiki komuter, monorel, LRT, ERL atau juga MRT, kan kann kannn ..??? Tapi apakan daya, perancangan-NYA mengatasi segala. So, rancangan yang telah dirancang berbulan bulann bulannn terdahulu untuk merentasi rel keretapi dari barat ke selatan bertukar sudah terbang di langit biru. Tapi apa ada hal ... Tanjung Pagar tetap Tanjung Pagar yang "mesti" saya jejaki sebelum ia bertukar status "bumi dipijak milik orang" ... sobsobbsobbb.

Dari Paya Leba
r menuju ke Tanjung Pagar menaiki tren. Huhhuuu ... dari stesen MRT Tanjung Pagar jalan punya jalann punya jalannn ... jalan lagi punya jalann punya jalannn ... tiada juge ditemui stesen KTMB Tanjung Pagar.

Jumpe Gopeng, jumpe Telok Anson, jumpe Sabak Bernam ...

tak jge sampai sampaiii ... huhheee.

Saya kira ini adalah pusat komersial baru yang dibangunkan oleh kerajaan Temasik. Persekitaran masih lengang, banyak bangunan² baru dan banyak juge yang masih dalam proses pembinaan. Menariknya juge, melihat pada nama² jalan di sini, mengingatkan saya pada beberapa destinasi di negeri Selangor dan Perak ~ antaranya, Telok Anson ( nama lama Teluk Intan ) dan juga daerah persempadanan negeri Selangor dengan negeri Perak arah barat daya, Sabak Bernam.


Dah sampai kahhh ..???
Opps, bukan KTMB Tanjung Pagar laa ...
( mana 1 ejaan yang betul ~ TanjOng Pagar; atau TanjUng Pagar ..? )


Jomm jalan jalann jalannn lagi lagii lagiii. Dan akhirnyeee ...

Pertama kali kaki jejak bertapak di sini, melihat sesuatu, melihat fizikalnya yang bagai diper
anakangkatkan sedang ia berlokasi di Temasik nan gah maju ini ( maaf, ini sekadar pandangan peribadi saya ), saya tertunduk. Sungguhhh ... bergenang² si airmata nan hampir berderai luruhhh; tapiii kutahan jua J e b a t ..!!!

Kaki melangkah ...

Jom masuk ..!

Interior.
Kaunter tiket.
Menarik, tertarik, memang cantik ..!

The Federated Malay States Railways ( FMSR ) ~ Dates of operation 1901–1948.
Dari sudut ke sudut ... klik klikk klikkk.

Berakhirnya rel keretapi dari utara ke selatan Tanah Melayu. Detik ke detik menuju penghujung perkhidmatan ...

Menjengah kantin @stesen KTMB Tanjung Pagar. Serasa saya dibawa kepada suatu zaman; 6 atau 7 dasawarsa terdahulu sebagaimana lazim saya lihat dalam filem² Melayu lama.
Pada pandangan mata anda ..???
Klasik kahh ..? Cantik kahh ..? Buruk kahh ..? Dhaif kahh ..?


Berapakah usianya dan telah berapa lama ia berputar ..???
10 tahun, 20 tahun, atauu ... sejak 100 tahun lalu ..???

Semuanya hanya tinggal dalam lipatan kenangan. Berakhir Jun 2011,
tanjung tiadalah berpagar
sudahhh ( maafkan saya ).


Kami pamit dahulu ye ...


Monumen patung memberi gambaran aktiviti ekonomi masyarakat Tanah Melayu. Satu daripadanya tertera "agriculture".
Telah dinobat secara rasminya sebagai National Monument Tanjong Pagar oleh kerajaan Temasik; Julai 2011.


" Bumi dipijak milik orang "