BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 9 Jun 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |HARI KE-3 : SESI KE IMAX


Selesai makan tengah hari di sini : Madam Kay's Platz, menaiki tram menuju ke IMAX yang terletak berhampiran Melbourne Museum dan Royal Exhibition Building. Masa ni serasa dah sihat. Tapi dek terdedah pada udara sejuk terus menerus mungkin, demam kembali menyerang.

Layan saje gambar² ini ...


Ada pameran kereta antik ketika kami tiba.



Kami menonton "To The Arctic". Kurang 10 minit saje saya mampu bertahan. Selebihnya hinggalah selesai tayangan, saya hanya mampu zzZzzz. Hihiii. Demam ..! Tapi sekurang²nya dapat memulihkan sikit fizikal yang tak berdaya.

Selesai tayangan, terus keluar. Oohh depan Royal Exhibition Building & Carlton Gardens tu ada pengantin sedang bersiap sedia untuk menuju ceremony mereka.

Kembali ke CBD menaiki Tram City Circle.
 


Menghampiri Nova Stargate, bersinggahan dulu melihat graffiti ini. Seni jalanan yang diiktiraf keunikannya.
 






* 'Orang' di belakang tu sandang senjata, saya pulak sandang botol jus minuman ..??? Hheee.

Beribu² kilometer dari Malaysia untuk sampai ke bumi Melbourne ini. Menjangkau pula sehingga 8 jam penerbangan terus. Lantaran itulah kuatkan juge kaki melangkah walau dengan kesihatan yang agak mencabar diri. Tapi apabila dapat peluang merehatkan fizikal, memang tak tunggu² dahh ...




. s m i l e .


KEMBARA M E L B O U R N E |Melayani Selera " Melayu Ini " di MADAM KAY'S PLATZ


Saya orang Melayu. Saya orang Malaysia. Walau ke mana destinasi sekalipun, tetap menu Melayu, tetap menu Malaysia, tetap citarasa Nusantara juge yang dicari. Tambah ketara ketat melekat selera Melayu saya ini sejak menceburi perkhidmatan awam; sejak bertugas di kementerian yang berkait secara langsung dengan masyarakat luar bandar daripada aspek keusahawanan, pendidikan hinggalah kepada produk² desa. Saya pernah merajuk kerana tak dapat makan nasi. Ini semua salah perut saya ..! Hheee.

Mendengar saje ada anak Malaysia yang mengusahakan restoran menu Malaysia di negara wombat ini, memang mengundang keterujaan. Walau kunjungan kali pertama tidak berhasil sebab bercuti Aidiladha, esok esok esokknya kami ulang ulangg ulanggg lagi. So, entry ini saya khususkan berkisah berkenaan Madam Kay's Platz di Melbourne. 

Google map;
Susuri saje QV Mall itu dan Lonsdale St.



Madam Kay's Platz berlokasi bersebelahan Restoran Dhaka, dan juge Restoran Hikari.


Kunjungan I - 27/10/2012; Sabtu
Kembali dari Melbourne Zoo, tiba di CBD telah menjengah waktu untuk makan tengah hari. Terus menyusuri Lonsdale St. menuju ke Madam Kay's Platz. Kami disambut ramah oleh brother Saiful (hope betul la pendengaran saya ini).



Teh tarik dan Nescafé tarik big mug tamakdanselerabesar panas² pada dingin musim bunga, dengan nasi lemak panas² bersama sambal paru; nikmat yang tiada taranya. Hilang terus demam dan rasa sengal sendi di kaki.


Rasa yang sungguh mabeles. Skala 10/10 untuk chef Madam Kay's Platz ..! Hhee full mark tu ..! Apabila anda berjaya menghabiskan sepinggan nasi lemak tatkala demam, tidakkah itu hebat ..? Sama ada lantaran makanan yang mabeles; atau perut sayakah yang memang berpisah tiada dengan nasi ..? 1 teh tarik dan 1 Nescafé tarik kedua²nya bersaiz big mug, set nasi lemak sambal paru dan sepinggan nasi goreng - semuanya Aud28. Portion sambal paru tu banyak sampaikan saya tapau bawa balik ke hotel. Makan ngan roti. Perghhh.

'suspected' as teraju utama Madam Kay's Platz ... ampun jika tersilap ;)



























Kunjungan II - 29/10/2012; Isnin
Berselang hari. Ahad tidak berkunjung ke sini kerana kami berada di luar kota Melbourne menyertai day trip tour ke Puffing Billy, cattle farm, Koala Park Sanctuary dan Phillip Island.

Kali ini untuk bersarapan, kami order menu yang sama. Roti canai, kari ayam sedap dan dua teh tarik small mug.


Kunjungan III - 01/11/2012; Khamis
Hari terakhir sebelum berakhir percutian dan akan kembali ke Malaysia pada esok harinya. Makan tengah hari di lokasi yang sama. Dua hari berturut² sebelumnya kami tidak berkunjung ke sini, itu bermakna kami tiada di kota Melbourne. 

Ada kami di kota Melbourne; insyaAllah akan adalah kunjungan kami ;)



Selamat Maju Jaya, Madam Kay's Platz ..!





KEMBARA M E L B O U R N E |HARI KE-3; LAVENDER MENJADI TAMAN HAIWAN


27/10/2013; Sabtu. Hari ke-3 suda dan hari ke-2 Aidiladha di Melbourne. Sesangat tidak berdaya rasanya nak bersegera bangun. Demam ..! Perancangan utama hari ini sepatutnya berkeretapi ke Lavandula Swiss Italian Farm di Daylesford. Dek kedemaman, tambah pulak dengan bermalas²an, maka setiba di Southern Cross Railway Station, dah terlepas train ..! Hhuu sebenarnya dah jangka dahh. Tapi nak bagi puas hati, kira gamble gak laa gi ke stesen. Dan sedia tahu juge, train untuk ke sana hanya ada satu saje iaitu pada jam 9:36 pagi dengan perkhidmatan V/Line. Untuk sampai ke Daylesford, penumpang perlu tukar kepada coach (bas) di Woodend Station. Tak perlu kata dan berkata apa² dahh.

Tengok tuu ... ada 'Prayer Room'.

Sooo, kita tukar plan ..!
Let's go to the taman haiwan ..!
^_*

Terus saje kami menuju ke William St. menanti tram no.55. Tunggu punye tungguu punye tunggu, tak tiba juge tram yang dinanti. Ada grup mat saleh lingkungan usia warga emas turut menanti tram yang sama. Menurutnya, grup mereka dah lama menanti di situ. Berdasarkan maklumat trafik yang boleh di'access' melalui henponnya, tram no.55 mengalami kelewatan. Tidak mahu terus lenguh kaki terpacak di situ, chentahati ajak beredar ke Elizabeth St. untuk menanti tram no.59. Cumanya, tram ini tidak akan melalui Melbourne Zoo. Kami perlu tukar tram di somewhere nanti. Hihii saya salute dan respect la pada chentahati ... terer bab perjalanan tram ni. Terang hati selok belok tram route. Hheee. Dah lama berada dalam tram no.59 tu, baru perasan kami dah terlepas stesen yang sepatutnya kami turun tunggu dan naik tram lain. Tram no.59 tu sedang menuju West Airport. Entah di stesen mana, kami turun dan tunggu tram lain untuk berpatah balik ke Royal Children Hospital. Sekitar stesen tu nampak agak klasik suasananya dengan deretan kedai. 


Dari Royal Children Hospital ini, kami naik pula tram no.55. Hhaa ini baru betul. Tram no.55 akan melalui Melbourne Zoo.


Tiket masuk Aud26.10 untuk dewasa. Antara larat dengan tak, gigihkanlah juge kaki melangkah. Tapi, sungguhhh tersangat la sejukkk tak tertahan. Saya jangka suhu ketika itu sekitar 4°c.


Sesi sarapan pagi si lemur ... 

Beruang yang sihat ...

Raja singa yang gagah perkasa ...

Lagi ...


'Gadis dan bunga' ...

BONGO dan BINTURONG

Tak daya sangat dah rasanya tatkala meredah Melbourne Zoo ini dengan demamnya, dengan lenguh sendinya. Terpaksa take a rest ... hhuu.




Kembali ke CBD menaiki tram no.55. Terus terjah ke Madam Kay's Platz di Lonsdale St. Entry khusus untuk ini berada di sini ---> Madam Kay's Platz

Bersambung lagi : Catatan selepas sesi makan².