BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 1 November 2013

MENJEJAKI PENGHUJUNG SELATAN TANAH BESAR ASIA


MOOD : TERASA RAJIN NAK berBLOGging





Ni percutian ke selatan punye cerita. Dah lama dahh. 30 April - 01 Mei 2013. Dah sekian lama juge chentahati ajak menjejakinya. The Southernmost Tip of Mainland Asia. Tanjung Piai!

Terletak di daerah Pontian, Tanjung Piai ini diiktiraf sebagai Taman Negara Johor yang terkenal dengan flora fauna hutan paya bakaunya. Tiba di sini, jamu selera makan tengah hari dulu di Tanjung Piai Resort. Sotong celup tepungnya ... wallaaa! Bukan cekodok sotong yee ... ni memang bebetul makan sotong bercelup tepung. Sotong bersaiz kecik², tapi memang sedappp. Tambah pulak dengan hembusan angin; berselang dengan hirupan jus semangka duduk mengadap arah Temasik. Terbaekkk ..!


Bagaimana asal usul salasilah Tanjung Piai ye ..? Oohh Piai ni rerupanya adalah nama sejenis keluarga paku pakis. Jika berkunjung ke Tanjung Piai National Park, kita boleh lihat dua pelepah daun Paku Piai Raya (acrostichum aureum) diukir menjadi mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai ni banyak tumbuh kat sini.

Sekitar 3 jam juge kami dok meneroka Tanjung Piai National Park. Duduk di pelantar mengadap Selat Melaka, memang mengasyikkan. Cuma yang cacat lagi mencacatkan, ada pasangan remaja yang dok bersunyi²an di pelantar tu. Lelagi bukan hujung minggu dan tak ramai pengunjung. Huhuu.

Kami tak bermalam di Tanjung Piai. Pulai Springs Resort JB menjadi pilihan destinasi beradu. Nak berselesa²an tidur di malam hari kenkononnya. Hhee.



Destinasi esoknya; JPO! 
Happy giler mendapat sling bag tajaan si chentahati.