BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label SAYA DAN RASA ITU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAYA DAN RASA ITU. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

Saya Ada DIA

Surah ke-55 dalam al-Quran al-karim; diulang ulangg ulanggg ayat yang sama sebanyak 31 kali. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Terima kasih ya Rahmaan. Terima kasih ya Rahiim. Tiada terhitung, tiada terkira, tiada terbilang segala nikmat dan rahmat anugerah-Nya untuk saya selama ini; hingga ketika dan detik ini.
Syukur ...
. Saya ada suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab, hensem, melimpah ruah dengan kasih sayang. Segala²nya.
. Saya ada keluarga yang bahagia, prihatin.
. Saya ada keluarga mertua dan ipar duai yang baik.
. Saya ada pekerjaan dan kerjaya yang baik; gaji yang bagus.
. Saya ada big boss dan boss yang baik. Sangat baik hati.
. Saya ada kawan² yang baik.
. Saya ada kesihatan yang bagus; fizikal yang sempurna.
. Saya ada kenderaan yang bagus dan selesa.
. Saya ada jiran² yang menyenangkan hati dan perasaan.
. Saya ada itu ... blablaablaaa
. Saya ada ini ... blablaablaaa
Semuanya adalah rezeki. Semuanya adalah nikmat. Semuanya adalah rahmat Ilahi.
Hanya,
Saya belum punya nan 'satu' itu. Rezeki nan 'satu' itu. Saya yakin, pasti ada hikmahnya. Saya tiada putus berharap untuk nan 'satu' itu. Allahumma aameen.
. s e n y u m .

Selasa, 14 Mei 2013

Memori Itu Adalah Sangat S W E E T ...





 
Cerita permusafiran ...
 
- I -
Saya demam. Menggigil². Giler punye menggigil. Ubat pulak tak bawak langsung. Cuba bertahan; tapi angin dingin dan basah membuat badan tambah sengsara. Lantas  si dia menawarkan sweaternya untuk saya. Melapisi sweater yang telah sedia saya pakai. Saya menolaknya. Abis tuu, kalau dedua saya pakai ... si dia nak pakai apa ..? Biarkan saje si dia dalam kesejukan yang mencengkam ..???
 
Si dia bertegas. "Abis tu karang kalau tambah demam ..???!"
 
Saya mengalah. Lalu sweater hitam itu disarung ke tubuh. Terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
- II - 
Ramadhan menghampiri pertengahan purnama. Manusia berasak². Tolak menolak. Beribu² lemon.  Jemaah umrah dari seluruh dunia terutama dari pelusuk Tanah Arab sendiri semakin bertambah  berbondong² ramainya. Melalui media semasa, diperkhabarkan jumlah jemaah umrah tahun tersebut meningkat berbanding tahun² terdahulu. Tiba hari Khamis dan Jumaat, sudah hampir menyamai jumlah jemaah pada musim haji.
 
Suatu ketika. Tercatatlah memori itu. Manusia berasak². Menghampiri kawasan Hajarul Aswad. Rempuhan ribuan manusia. Saya cuba menyongsang keluar dari arus tersebut. Tapi apalah sangat daya dan upaya saya. Terkedek² cuba membolos diri di celah² manusia sasa untuk keluar. Si dia pantas memeluk saya. Erat. Melindungi. Lalu sehabis kudrat dengan lafaz takbir melangkah menyelamatkan saya keluar daripada rempuhan itu. Allahu akbar!!! Saya masih ingat laungan itu. Sedar² saje, saya dan si dia telah berada di luar lingkungan tersebut. Ada air jernih yang mengalir dari bibir mata. Syukur ya Allah. Juge, terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
Mengapa saya catatkan peristiwa² itu di sini ..?
 
Kerana; ia adalah sangat sesuatu.
 
Kerana; itu adalah antara memori yang sangat S W E E T. Dan tatkala saya mengingatinya, air mata berjuraian lagi. Rasa cinta yang meresap jauh jauhh jauhhh dalam sanubari. Terima kasih ya Rahmaan, terima kasih ya Rahiim atas anugerah-Mu ini. Sungguh ku bermohon, agar ku senantiasa di kalangan hamba²-Mu yang bersyukur.
 
 
 

Rabu, 17 Oktober 2012

BAHAGIA ITU ADA PADA DIRI SENDIRI

Ada orang; tidak kaya, tapi dianugerahi nikmat kesihatan berpanjangan. Ada orang; pangkatnya biasa² saje, tapi setiap bulan serba serbi  berkucupan berkecukupan. Malah, lengkap tiada pernah skip memberi serta menyumbang untuk kedua² ibu bapa. Ada orang; hidup sendiri², atau juge ... hanya ada suami, hanya ada isteri ... tapi, tetap melimpah ruah dengan senyuman dan kasih sayang. B A H A G I A ..!

* Mohonizinpinjamgambareyhhwahaipemunyeasal *

Catatan ini penuh beremosi; melimpah dengan empati sebenarnya. Menelusuri, merasai, memahami keperitan serta kesakitan insan² yang sedang melalui pengembaraan sebuah kehidupan dengan berlatarkan plot cerita yang hampir menyamai apa yang telah dan sedang saya lalui. R E Z E K I setiap antara kita mungkin berlainan. Tapi, bagaimana penerimaan serta bagaimana kita menanggapi R E Z E K I itulah antara kunci B A H A G I A .

( Iaitu ) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. [ Ar-Ra’d : 28 ]

Raja' hanya kepada-Nya; ar-Rahmaan; ar-Rahiim; al-Musawwir; al-Razzaq; al-Fattaah; al-'Aliim.

Usah berhenti berharap.




Jumaat, 9 Mac 2012

K A S I H S A Y A N G nan MELIMPAH RUAH

Tiada yang lebih menyayat hati sobsobbsobbb dalam persahabatan tatkala ia dikhianati. Persahabatan merangkap persaudaraan. Yaa ... sangat sangatt sangattt melukai, menggurisi, menghancuri. Itulah yang saya rasa. Tatkala ia terbongkar, hancur luluh berderai rasanya. Hampir suku malam hati yang berdarah dengan sekalian pancaindera berduka sama, mata saya bengkak sembap. Menahan kesakitan dengan raungan, kaki meja menjadi tempat berpaut. Hhuuu.

Syukur.
Allah itu Maha Kaya; Maha Pengasih.
Ketika saya tersungkur tiada berdaya, ada c h e n t a h a t i yang sangat memahami, tempat meluah rasa; juge, keluarga yang sentiasa memberi sokongan. C h e n t a h a t i sentiasa di sisi; menghulur tangan untuk memimpin, menadah bahu untuk saya melepaskan lelah dan tangisan. Juga, big boss yang sangat sangatt sangattt memahami. Bantuan Allah itu sesungguhnya tiada terduga bentuknya; tiada disangka bagaimana datangnya. Melalui big boss, saya diperkenalkan dengan seseorang. Dan seseorang itulah dengan setulus hati menghulur bantuan.

Syukur. Tatkala persahabatan dan persaudaraan dikhianati, rahmat-Nya terus menaungi. Masih ramai di sekitaran yang sudi membantu; menghulur kasih sayang; melimpah ruah. Alhamdulillah.



Jumaat, 11 Jun 2010

HARAP DAN HARAPAN


Pagi ini saya ada janji temu dengan tuan doktor di DEMC. Saya ambil cuti tahunan yang masih berbaki 41 hari. Sebelum itu saya bersinggahan di opis terlebih dahulu disebabkan ada beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani dan juga hal ehwal berkaitan kewangan yang perlu disahkan dalam sistem ... huhu ... Sempat gak berleter pepagi buta ..! huhu ... dengan sesungguh hati saya amat tidak suka situasi sebegini ..! Hampir 1 jam juga saya ambil masa untuk selesaikan itu semua ... itu pun saya senyap² sahaja di dalam bilik menyudahkan dokumen yang memang telah sedia ada diletakkan atas meja ... hikhik ... andai saya kecoh² menguar-uarkan kehadiran saya pagi ini (chewahhh ... glemer benar la tuu) pasti berderetan yang mahu menemui saya ... wakakka ... Apa pun, boss sempat menyapa bertanya perkhabaran ... hahaha ... gabra semacam saya dibuatnya ..! Boss baru mungkin ... tu yang saya jadi serba tak kena. Hampir jam 10:00 pagi saya bersegera beredar ... huhu ... dengan kepala dan fikiran nan sarat, berserabut ..! Atas kapla batu busar juga saya rasa ada duduk ..! huhuhu

Tiba di DEMC sekitar jam 10:05 pagi ... angka giliran 0505. Tuan doktor sebagaimana lazimnya, tersenyum menyambut saya dan chenta hati saya. Tuan doktor bertanya beberapa perkara, kemudian buat ujian imbasan. Ada sesuatu yang tuan doktor katakan ... yang pasti, ia adalah berkenaan HARAP DAN HARAPAN ... Saya harap, benar-benar berharap, IA akan menjadi nyata ... aminnn ya Rabb al-'Aalamiinnn ... Usai di kamar tuan doktor, saya naik pula ke aras 3 menuju ke lab ... amik darah ... again ..!

Turun ke GF, terus ke kaunter janji temu ... call chenta hati saya hanya untuk pembayaran bil ... hikhik ... sebagaimana sessi² yang lepas, tuan doktor masih lagi tiada mengenakan sebarang charge khidmat pakar ... terima kasih tuan doktor ..!

Sesuatu yang benar² mencemaskan saya berlaku petang ini ... ya Allah, kurnia untukku kekuatan ... pasrah, bersama HARAP DAN HARAPAN nan tiada lekang ...






Isnin, 7 Jun 2010

Saya Tidak Akan Berhenti Berharap


Selagi ada hayat ... selagi ada usaha ... selagi ada kudrat ... selagi ada doa ... selagi itulah saya bermohon dan bergantung harap hanya pada-Nya ... Yarghh, saya tidak akan berhenti berharap ..!

Hari ini sayu dan sendu SANGAT SANGAT SANGAT menyapa rasa saya ... tetiba sahaja! Aduhaii ... mungkin ada perkhabaran nan duka bakal menyusul ... Tapi, sebagai hamba-Nya, saya tidak akan berhenti berharap ..! Tunggulah sahaja Jumaat atau Sabtu ini ... perkhabaran nan pasti insyaAllah akan saya perolehi ... Dan dalam tempoh yang ada ini, berdoalah ... berdoalah dan berdoalah ... Di penghujung doa itu, usah lupa titipan harap ...

Macam-macam yang saya fikir ...
yang paling akrab di fikiran ialah : BERHENTI KERJA ..!

ohohohooo ...

Rabu, 26 Mei 2010

Semoga ...

auchhh ... ngape bengkak nihh ..??! Terkejut sakan saya melihat ada kesan bengkak sebesar syiling seposen pada bahagian tummy ... Wajah chenta hati saya berubah ... cuak! Tapi kemudiannya, hahaha ... ketawa golek-golek saya dibuatnya ... Tak sampai hati saya nak "marah" atau buat muka terkejut tatkala melihat air muka chenta hati saya jelas menunjukkan kecuakannya ... hahaha ... tapi, seriously saya sendiri seriau melihat bahagian yang bengkak tuh ... apa sudah jadi ..??? Gara-gara suntikan yang terpaksa dilakukan sendiri tatkala jam 6:00 pagi ..! Tak sempat saya sapu dengan swab, bengkak tersebut semerta naik! huhuhu ... Apa pun, terima kasih kepada chenta hati saya yang berani melakukan suntikan itu ... nak harapkan saya buat sendiri ..??? huhuhu ...

Hari ini serasa saya nak selesaikan seberapa banyak kerja dan tugasan yang boleh ... Cepat, cepat, cepat ... segera, segera, segera ... itu pinta saya pada Unit Kewangan n Unit Pembangunan ... kehairanan mereka semua ... seolah-olah tiada lagi hari esok ...

" ... pergi tak ke Penang ..??? "


" ngape tak amik flight ..??? "

" datang tak ..??? "


" 2 n 3hb interview ... ni yang nak bincang dgn u nii ... "


" 7hb hadir SPP tak ..??? "


huhuhu ... antara pertanyaan n pernyataan yang tak bisa untuk saya jawab atau ulas ... hanya mampu tersenyum menahan rasa ...

Usai farewell utk Mawar, jam 4:31 petang C902 saya melantunkan irama dan lagu 'ribaibaru'nya ... melihat nombor yang tertera pada skrin, saya dapat menjangka dan meneka gerangan si pemanggil ... huhu ... di talian, suara seorang lelaki kedengaran lantas memperkenalkan diri serta lokasinya ... huhu ... tepat sekali agakan saya ..! Pertanyaan dan "jadual" saya untuk hari esok dinyatakan jelas n remind apa yang perlu saya lakukan ... Serasa bagaikan panggilan ke kamar maut tatkala dinyatakan prosedur n proses yang bakal saya lalui jam 6:00 petang esok ... ya Allahhh ...

Bersinggahan di bilik O1, ntah mengapa longlai n lemah fizikal saya rasakan ... sedangkan saya benar-benar telah bersedia sebelumnya untuk lalui semua prosedur itu ... huhu ... menghimpun n mengatur kata untuk mengadap boss ... huhu ... bagaimana harus saya khabarkan semua itu ..??? Mahu atau tidak, saya perlu perkhabarkan berita ini serta tugasan yang akan saya tinggalkan ...

Hampir setengah jam berdiskusi dengan boss ... hal ehwal kerja n perkhabaran itu ... alhamdulillah, semua ok ... syukur sangat2! Terima kasih BOSS!

Sebagaimana hari-hari lalu, saya pulang lewat sekitar jam 6:45 petang ... tapi hari ini agak berlainan kerana serasa saya mahu selesaikan semuanya ..! kerana hari esok ....... (?)

Sabtu, 27 Februari 2010

Layan Diri



Alangkah indahnya cuti-cuti begini ... Layan diri sendiri n layan diri mereka yang terchenta. Kiranya boleh, saya nak bercuti lebih lamaaa lagi ... lagi, lagi dan lagi. Lepak-lepak, santai-santai sesaje sambil mengurus rumahtangga ... ohh, alangkah seronoknya!


Minggu yang lalu saya sudah bentangkan proposal saya secara lisan pada menteri kewangan saya ... Hureyyy, beliau telah luluskan proposal saya untuk bercuti panjang ... cuti panjang yang tiada kesudahan! Saya tidak sabar menunggu detik itu ... Cuma, bagi saya sendiri, saya perlu lepasi serta lunaskan hutang Si Hitam dan tunaikan rukun Islam ke-5 terlebih dahulu ... untuk itu, moga Allah limpahi rahmat, dipermudah laluan n lorong-lorongnya serta rezeki ke arah itu ... Aminnn ... waaa, tak sabarnya saya menanti detik dan ketika itu!

Semalam ( Jumaat ), edisi layan diri ... edisi layankan saje apa-apa yang saya suka ... Petang Jumaat, saya bertemujanji dengan kakak saya ... seperti biasa, saya adalah antara pelanggan tetap saloon miliknya. Sudah menjangkau hampir 25 tahun saloon kakak saya bertapak di situ ... n sebagaimana biasa, saloonnya juge tetap jadi pilihan saya. Bukan disebabkan saloon itu milik kakak saya, tapi saya serasi di situ ... Bukannya saya tak pernah cuba saloon lain, tapi ada saje yang saya rasa serba tak kena ... huhu ... pernah saya ke sebuah saloon berhampiran pejabat saya, tapi kemudiannya saya terpaksa juge ke saloon kakak saya untuk minta diperbaiki dan diolah semula potongan rambut saya. Sadis sungguh rasanya ... Pernah juge saya menahan sakit serasa nak tercabut rambut saya dari kulit tika digunting, dah tu pula dari cermin besar saya lihat si penggunting memperbetul-betulkan kaca matanya ... dekat, jauh ... dekat, jauh dia menelek rambut saya seolah-olah kerabunan ... huhuhu ... cuak! Serasa tak percaya saje sebuah pusat kecantikan yang kelihatan profesional, makcik cashier yang ditugas menggunting rambut pelanggan! Hampir 1 jam dia menggodek rambut saya ... itulah juge kali terakhir saya ke situ. Kakak saya, sap sap sui dalam 10-15 minit saje sudah siap rambut saya digubah ... hikhik ... dia sudah tahu apa citarasa saya dan apa yang sesuai untuk saya ... Lagi pula, ruang saloonnya mesra pelanggan bagi muslimah bertudung.
Sanggup tu saya ke Gombak semata-mata untuk ke saloon kakak saya! Hmm ... apabila sudah serasi, gitulah ... SETIA! Sama juge dengan pembuat pakaian saya ... sanggup saya ke Medan MARA KL sejak 7 tahun lalu oleh kerana sudah serasi n selesa dengan hasil potongan serta jahitan bro Yusof! Dia tahu apa yang sesuai untuk saya n bagaimana citarasa saya ...

Hikhik ... itu antara agenda layan diri pada cuti umum n hujung minggu saya ... Aktiviti lain ..? Projek baru saya ( sebenarnya projek lama yang diperbaharui )
" Taman Ramuan " saya ... diperbaharui dek musnah ketika kerja-kerja ubahsuai rumah dijalankan. Rumpun pandan yang layu lunyai, kembali subur dalam tempoh 5 bulan daripada rumpun asalnya ... potongan batang daun 7 jarum yang saya letakkan menumpang di dalam pasu pohon hiasan landskap juge mula bertunas. Semalam saya pindahkan ia dalam pasunya sendiri dan juge oregano, herba Inggeris yang mula berakar. Lain-lain ..? Huhu ... saya perlu ambil benihnya di kampung ... ntah bila.

Menduduki carta senarai ialah kunyit, kari, purut, cekur ... Bawang n daun sup, esok-esok la saya tanam ... Tinggal di tanah Malaya ini, tidak seharusnya saya amalkan menyejukbeku dedaun itu semua tatkala berlebihan dedaun yang dibeli ... Bukankah lebih baik jika ditanam n diambil segar terus dari pohon untuk ramuan masakan ..? Huhu ... azam, azammm ..!



Pepohon landskap juge subur menghijau kembali walau rumpun asal kering lunyai, juge dek kerja-kerja ubahsuai rumah ... alangkah seronoknya saya melihat laman yang kembali hijau ...

uhh ... kulihat hijauuu ...

Projek landskap ..? Aura rajin masih belum menjengah ... apa pun, rerumput liar telah saya racuni dengan Roundup ... hikhik ... abis pepaku pakis yang saya ternak kering musnah. Puas hati ..! Huhu ... yang ada kini adalah laman nan menghijau ... semuanya tambah menggamit hati saya untuk segera pulang n berlama-lama berada di rumah. Saya tidak kisah terperap di rumah saban minggu kerana segalanya ada di sini ... rumah saya, syurga saya ... bersama insan kechentaan saya. Projek tanam rumput juge belum saya mulai ... huhh ... masih perlukan sedikit masa supaya segala rumpai liar n benih cambah telah benar-benar dapat disingkir.

Indahnya dunia ini ... cuti, cuti dan cuti lagi ... biar saya dapat layan diri sepuas-puasnya ... meluang masa, melayan rasa, menyulam chenta ... cuti, cuti dan cutilah lagiii ... lagi dan lagiii ...

Hari-hari nan indah ...

usahlah segera usai
usahlah segera berlalu ...



Ahad, 7 Februari 2010

Bermacam-macam Rasa ...


Hmm ... bermacam-macam rasa ... bermacam-macam perkara yg saya fikirkan. Selagi belum tutup mata ... kerje, kerje, kerje ... adakala terlalu mencari kesempurnaan, akan menyebabkan kita stress, stress n stress ... terigt saya ttg ini ( hik hik ... tiada kaitan dgn insan2 yang berada di sekitar saya ) :


If a barber makes a mistake, it’s a new style
If a driver makes a mistake, it’s a new path
If an engineer makes a mistake, it’s a new venture
If a parent makes a mistake, it’s a new generation
If a politician makes a mistake, it’s a new law
If a scientist makes a mistake, it’s a new invention
If a tailor makes a mistake, it’s a new fashion
If a teacher makes a mistake, it’s a new theory
If a boss makes a mistake, it’s YOUR mistake!


Berbicara tentang rasa, bermacam-macam rasa semuanya silih berganti ... manis, masam, pahit, kelat ... gembira, ceria, suka, duka ... itulah kehidupan. Tapi ada juga rasa sunyi, bosan ... n kekadang bersunyi-sunyian itu cukup indah bagi saya ... paling tidak, tidur pun dah cukup indah ... umpan dgn buku, tak sampai 10 minit, layu n lenalah mata ... hik hik hik ...

Rindu ..?

DalamHatiAdaRindu ..???
... itu juga antara rasa yang dianugerah untuk kita, kan ..? " Mengapa Dirindu " bak lagu Uji Rashid yang dinyanyikan semula olehnya drp versi asal oleh Allahyarhamah Biduanita Puan Sri Saloma ... saya suka lagu itu ... liriknya indah sekali ..!

Saya teringat tentang ikan uji rashid ... bgmana rupa la ikan itu ya ..???
( huhuhu ... apa aku merapu daa ... )


MENGAPA DIRINDU : UJI RASHID

kredit pada empunye video ...

huhuhu

Jumaat, 5 Februari 2010

Chenta Itu Anugerah




DALAMHATIADACHENTA

DALAMHATIADACHENTA


( ? )


uppss ...


Chenta itu anugerah-Nya

maka hargailah ia


Hidup ini ada Chenta

dengan Chenta kita bahagia
dengan Chenta kita rela segala

dengan Chenta dunia kita ceria

namun jua

Chenta tak mesti bersatu


Syukurilah apa adanya pada kita ...