BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 17 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 2 [ Part IV ]




Yeayyy ... dari Ambarita berKijang Innova terus menerus menuju ke Parbaba; nama sebuah desa di Kecamatan Pangururan, Kabupaten Samosir. Swimming suit ('swimming suit' sesangat laa ...) siap sedia dibawa sebagaimana telah dipesan oleh DAR. Gembira hati tiada terkira; berkubang time ..!

Sepanjang perjalanan yang berliku² ke Parbaba, kami merentasi desa² dan ladang² tanaman kontan yang terletak di pesisiran Danau Toba. Kebanyakannya ditanam dengan bawang dan jagung. Nampak tenang, damai dan cantik sangat. Kelihatan juga rumah² tradisi suku Batak; bertiang tinggi dan di bahagian bawah rumah dijadikan kandang atau reban haiwan ternakan. Mengikut tradisinya sebagaimana info yang saya kutip di Ambarita sebelumnya, 'tandas' mereka terletak di bahagian atas kandang/reban itu aka lantai rumah. Boleh bayangkan apa yang saya imaginasikan ..???

Sampai suda ... jommm ..!

Bagai pesisir pantai di lautan, kann ..?

Memulakan aksi renangan hingga hampir ke tengah² danau ..!

ayyarkkk, manyak berani ooo ...

Menurut DAR, sebenarnya tiada siapa yang tahu kedalaman sebenar Danau Toba. Saya dan terutama chentahati saya pula bagaikan lupa diri berkubang di danau luas terbentang ini ... hhuuu. Meneliti semula foto² ini, terfikir pula untuk buat rayauan carian internet. Agak mengerikan, menurut satu artikel yang saya baca, jika berlaku kes lemas di danau ini, operasi menyelamat/mencari mayatnya tidak akan dilakukan dek kerana tarikan graviti yang sangat kuat di danau ini ... hhuuu.


Pepasir dari dasar danau.

Aksi seorang geologist ... h
hee.
Batu ini banyak bertebaran pada dasar dan ringan sahaja.

Ini pula kelihatan seperti kepingan batu, tapi tatkala saya cuba patahkan, ia menyerpih dengan mudah. Melalui rentasan tepi, kelihatan lapisa
tanah. Saya kira ini adalah tanah liat yang telah membatu hasil letusan volcano puluhan ribu tahun terdahulu ( ikut suka saya jerkk buat hipotesis, erkk ..? hhee).

Cubaan menyiput ... hhee

Etak Danau Toba ..???

Berenang, berendam dan berkubang la sepuas puass puasss hati ...

Usah terpedaya dengan aksi renangan B E R A N I di tengah² danau ini kerana ...

ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
tatkala beliau berdiri ...

Puas berendam dan berkubang, naik semula ke daratan. Tukar pakaian yang kebasahan dalam Kijang sahaja dengan bantuan chentahati saya sebagai pengawas ... hhee. Tiada orang lain di situ. Tiba part chentahati saya menukar pakaian, tetiba muncul seorang kanak² lelaki berusia sekitar 5 atau 6 tahun meminta IDR1k ... Wahhh, pintar dan berani ye kamu, nakkk ... hhuuu.

Tiba semula di Tabo Cottages tatkala sore merangkak ke senja. Indahnya alam jagat raya ... subhanAllah ..! Tiada terungkap dengan kata
² betapa indahnya.

Dont want to say much. Let the picture talk on behalf lahh ...


Aktiviti dan hiburan malam ini, ngobrol² sambil minum² dan makan² di sini. Saya makan gado-gado sahaja yang berasaskan sayur²an beserta tempe dan kuah kacang. Penuh sepinggan besar sampai tak daya perut nak terima dahhh. Chentahati saya pula tak habis² ngobrol itu ini bersama DAR. Saya pula buat hal saya sendiri; sesekali cuba menyelit apa yang dingobrol, buat² faham. Manakala selebihnya banyak memerhati pengunjung lain yang semuanya orang putih belaka. Istimewanya, rangkaian wifi di sini bagus sekali hinggalah ke kamar penginapan.

Untuk peminum tegar kopi segera - nescafé yang bukan nescafé ... ala
² saje pun saya teguk juga laa buat mengubat ketagihan aroma serta rasanya.

Mau coba ..??? IDR80k segelas.


Lebih 4 jam ngobrol
², mata suda berat ...

Kamar dan katil nan selesa sedang menanti bersama dingin malam hembusan bayu Danau Toba.


Esok kita jalan jalann jalannn lagi meneruskan Kembara @S U M U T ... gud nite kasut m e r a h ..!

S U C I H A T I






Dalam dunia nan fana ini, hidup nan sementara pula ... alangkah indah dan moleknya jika semua insan ber s u c i h a t i.


Hari ini saya terpaksa amik EL lagi. Ya Allahhh, cobaan lagi untuk saya ... Serasa tak tertanggung lagi nak merentasi semua ini. Setelah sekadar ber s m s merujuk permasalahan pada ustaz, pagi ini saya tegarkan hati untuk menelefon beliau akhirnya. Nampak gayanya, ada cobaan lain pula diutus pada saya. Ya Allahhh, apa yang berlaku hanya dengan izin-Mu jua; maka dengan 'inayah-Mu jua ku bermohon agar cobaan ini akan segera berlalu.

Ahad, 13 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 2 [ Part III ]




Masih lagi pada hari ke-2 Kembara S U M U T aka Kembara Si Merah; selesai agenda membeli da
n membelah @Tomok,tiba masa untuk check in di Tabo Cottages terletak di pesisiran Danau Toba atau lebih tepat berlokasi di Tuk Tuk. Saya sangat sangatt sangattt teruja melihat keunikan dan keindahan persekitarannya ... great! Tabo Cottages ini dimiliki oleh pasangan suami isteri; Anto seorang lelaki Batak tempatan dan Annette wanita berasal dari German. Sejurus tiba, enjin Kijang Innova segera dimatikan. Sebab ..? Tabo Cottages adalah pollution free area ... so, A BIG NO bising², NO pembebasan karbon beracun, NO kotor². Dan ternyata, bukan sahaja persekitaran yang hebat, menarik lagi tertarik, tatkala kaki melangkah masuk ke kamar 24, saya bertambah tambahh tambahhh teruja dibuatnya. Sangat sangatt sangattt bersih, tersusun rapi dan teratur. Bertambah lega sebab berlantai kayu; maka tiadalah tapak kaki saya terjengkit² menahan dingin. Kamar mandinya juga sangat bersih dan selesa.

Foto berikut ini adalah antara cottages yang ada. Di mana² pun ada ukiran cicak beserta 4 bulatan 'tempurung kelapa' ... hhee. Cicak adalah perlambangan suku Batak - mereka harus jadi seperti cicak. Berada di mana² dan mampu hidup serta survive di mana² sekalipun ... melekat, merayap, melekap dan dalam saat kritikal bergerak pantas serta mampu meloloskan diri melalui helah putus ekor. 'Tempurung kelapa' itu pula sebenarnya adalah ukiran breast - melambangkan kesuburan bagi seseorang wanita.

Kamar 24; mengadap arah t
asik ... G R E A T view ..!

Selesai check in, g makan siang di kedai berhampiran. Saya difahamkan hanya ada dua kedai makan Muslim di Tuk Tuk ini; satu daripadanya waktu kami tiba tidak beroperasi pula pada hari berkenaan. So berpatah balik dan makan siang di Rumah Makan Islam Murni. Hidangan menu biasa² saje ... tapi itupun sudah mencecah IDR80k untuk 3 orang.

Lepas makan
, memang tak buang masa lagi terus ke Ambarita. DAR berulang² kali pesan supaya tidak singgah membelek apatah lagi membeli apa² di sini. Perlu tahu, kita "wajib" melalui deretan gerai² tu semua selesai lawatan ... memang tak dapat nak dielak dah sebaik saje memasuki perkampungan Raja Siallagan ni. Mereka memang "lorongkan" kita ke arah deretan gerai², keluar dan tiba semula pada gerbang masuk. DAR memberitahu kami dia tidak boleh turut serta sebaik saje selesai melewati lawatan ke rumah Batak ini ... mungkin memang begitu format dan skemanya ... hheee. DAR hanya menunggu di gerbang masuk utama tadi. Tapi DAR berpesan sungguh², pesan berkali² supaya tidak diladeni permintaan sesiapa yang mahu menukar mata wang. Apa diorang fikir kita ini money changer kahhh ..??? hheee. Tapi kan, syukur kami tidak mengalami sebarang pengalaman yang "mengerikan" ... tiada yang tarik² tangan memaksa masuk ke gerai mereka, dan tiada yang minta atau nak menukar mata wang daripada kami. Jika ada yang menyapa pun, sapaan biasa² saje sekadar mempelawa singgah melihat² barang dagangan mereka. Kami sekadar membalas dengan senyuman saje. S e n y u m; tak perlu kata apa apaa apaaa.

Perasan tak, pintu rumah Batak seperti dalam foto² terdahulu saiznya kecik saje ..? Sesetengahnya pula hanya kelihatan tangga manakala pintunya tersorok seolah² terletak pada lantai. Sebenarnya semua itu penuh simbolik dan saya amat tertarik untuk mengetahuinya. Prinsipnya adalah begini; semua orang itu raja, dan rumah bagi seseorang adalah kerajaannya. Dengan ukuran pintu yang rendah dan tak begitu lebar, sesiapapun orang yang merasa dirinya "tinggi" tatkala ingin masuk ke rumah akan "merendah" (dengan membongkokkan badan) dan niat-niat serta kuasa jahatnya pun musnah.

ULOS - kain tenun khas kaum Batak berbentuk selendang yg melambangkan ikatan kasih sayang antara orang tua dan anak²nya atau antara seseorang dengan orang lain. Bagi suku Batak, ada 3 unsur yang menjadi dasar dalam kehidupan manusia - darah, nafas dan panas. Darah dan nafas pemberian Tuhan; tapi unsur ketiga iaitu panas tidak sedemikian. Bagi suku Batak juga, ada 3 sumber yang memberi panas kepada manusia; iaitu matahari, api dan ULOS. So utk dptkan kepanasan itu, maka mereka buat tenunan ulos ini (seriously, kat Parapat dan Samosir tempat kediaman suku Batak ni mmg sejuk gilerr - dek persekitaran tanah tinggi serta danau yang sangat luas).


Hheee ... untuk menggayakan pakaian tradisi ini, sebenarnya ada bayarannya. Cuma, dek kerana DAR tiada maklum atau dimaklumkan terdahulu akannya oleh pihak yang berkenaan, maka kira free saje lahhh. Dalam kembara ini, DAR telah memaklumkan semua perkara atau item yang perlu dibayar. So, bagi DAR dia tidak akan minta atau tidak boleh kenakan apa
² bayaran lagi pada tamunya.

( tanduk kerbau tu lekat pada dinding rumah, bukan pada kepala chentahati saya, yee )


Selesai agenda Ambarita, agenda utama lagi terutama untuk hari ke-2 Kembara S U M U T ini bersambung lagi ...