BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 25 Oktober 2014

NYUMS !


Makaroni bakar di dalam rumah.
nyums !







♡ !

Rabu, 22 Oktober 2014

BACK-TO-NATURE : MENJEJAKI TANAH AINA [Throwback Season 1]


Tanah siapa ..?
Tanah Aina.
Eco-tourism resort.

A Journey of  L♥VE



Hasrat untuk menjejaki Tanah Aina Farrah Soraya, Raub ini dah lama bersarang di hati. Tapi setiap kali cuba untuk buat reservation, fully booked! Bagusnya, pihak Tanah Aina akan menyarankan tarikh-tarikh lain yang masih available. So setelah ditimbang² dan ditimang², kami putuskan untuk check in pada hari Ahad. 7 - 8 April 2014. Pakej 2D1N bersekali dengan 4 meals.




Pepagi Ahad tu pemandu pick-up truck dari Tanah Aina dah hubungi saya untuk pastikan waktu ketibaan. Dari Plaza Tol Bentong terus Exit 808 Bentong Barat toward Route 8 Bentong/Raub/Kuala Lipis. Perjalanan dari rumah hinggalah sampai di dataran parkir aka pick up point mengambil masa sekitar 2 jam. Kereta kena ditinggalkan kat pick up point ini. Dari point ini, pick-up truck pulak akan angkut kita sejauh 1.5km off road menuju ke resort. Waaa saya sukaaa♥♥♥



Sesampai di resort, sapaan mesra menyambut lengkap dengan welcome drink.

Register dulu.

Lepas register, terus p makan tengah hari. Bertemankan aroma rimba dan deruan air Sungai Delam yang mengalir deras. Jernih! O ye! Sila rancang perjalanan semolek²nya supaya kita boleh sampai sebelum waktu makan tengah hari berakhir pada 2pm.

Makanan super duper s e d a p ! ♥♥♥

Kenyang perut suka hati.

Sesambil makan, sorang uncle dari Klang ni datang menyapa. Sembang². Sangat peramah. Uncle ni dan family jerr yang masih belum check out. Diorang nak mandi manda dan makan tengah hari dulu sebelum balik. 

Hari Ahad. Esoknya Isnin adalah hari bekerja biasa. Lantaran itu, yang tinggal hanya kami berdua ... ye BERDUA sahaja tetamu Tanah Aina Farrah Soraya pada hari, pada ketika dan detik itu. Tetamu yang lain semua dah check out! Kami dan staff Tanah Aina sesaje yang tinggal. Waaa ... gembira? Feeling bebas ..? Hutan rimba tuu. Bercampur² rasa. Sebenar²nya. Hhee.

Inilah chalet pilihan saya! Untuk kali ini saya lebih tertarik dengan Buloh Cempaka ini. Next time boleh amik Honeymoon Chalet pulak♥



Sayugia diperingatkan yee ;)
" We practice back-to-nature lifestyle, in line with our location in the jungle.
Our bathrooms are non-attached and without hot water, due to back-to-nature lifestyle that we adopt. "

Aktiviti petang yang telah diatur oleh pihak Tanah Aina; merentasi Leap of Faith Trekking. Dua orang staff mengiringi serta memandu arah dan memandu aktiviti. Lelah. Memerlukan banyak kudrat, tapi sangat teruja! Untuk terjun tiruk  Leap of Faith hanya chentahati saje yang membuat terjunan. Saya ..? Huhuu patah riuk pulak karang terhempas ke air. Tinggi tuuu.



Selesai trekking, minum petang pulak. Mabeles! Walau masih dalam kebasahkuyupan, makan tetap makan. Hhee.

Selain 4 meals utama yang siap sedia dalam pakej, para pengunjung usah bimbang kot² kelaparan atau perlu kudap²an sebab tidbits serta air panas sentiasa ada di pondok makan. Ada biskut, ada cereal dan pilihan jenis minuman untuk dibancuh sendiri.

Usai bersolat Maghrib, dinner time pulak.

Nampakkk (?) Hhee. 

Banyak giler menu yang terhidang. Setakat untuk mengisi perut kami berdua, konpem tak terdaya dihabiskan. Hhuu.

Malam di dalam rimba, berteman pelbagai bunyi²an alam. Bersama deruan air sungai yang tiada henti; selain cengkerik, bertingkah pula dengan irama seperti gendang. Gendang unggas rimba barangkali. Rainforest carnival ... has begun

Usai makan, jenjalan sesaje menikmati suasana malam. Ada pusat aktiviti disediakan untuk indoor games; juga televisyen. Sekitar jam 10 malam pulak menyusuri laluan berbukit untuk aktiviti Night Walk dan bersantai di puncak bukit merenung langit gelita.

Tiba di chalet, zzZzzzzz.

Catatan hari kedua ... bersambung pada next season. Hhee.
InsyaAllah.






Sepasang RALPHELA @DISTRO KL




D157R0 KL
Handmade
Custommade
Leather
Shoes
!

Berlokasi di Bangi Gateway, pasti teruja dengan koleksi produknya!

Daripada kunjungan hormat kenkononnya, satu persatu dicubapakai.



Sebulan menanti, inilah hasilnya ... Ralphela!
Fully leather.






Diusahakan oleh serangkaian anak muda Melayu; mari kita sokong biz mereka!



Masa memula siap dan amik kasut ni, memang warnanya hijau pucuk pisang /  hijau serindit. Tapi pastu baru berubah jadi hijau zaitun sebagaimana warna pilihan saya.

♥ !

Jom custom made your shoes with Distro KL ;) 

B-20-2 Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-8912 7780