BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 22 Januari 2012

KEMBARA U T A R A |Day II [ Part 1 ]




Hari ke-2 @Penang, 09/12/2011 Jumaat; selepas sarapan di 'rumah', terus saje menuju ke Bukit Bendera. Pertama kali sejak kami menjadi suami isteri ... hheee. Kami tiba sekitar jam 11:00 pagi. Mentari pagi sudah mulai terik. Parking kereta pula tiada lokasi proper. Huhh! Kesian pada para ibu bersama anak² mereka atau juge bagi warga emas. Kebanyakannya turunkan dahulu ahli keluarga mereka di pintu masuk; kemudian barulah mereka cari pula tempat parking. Tak terjangkau langsung dalam perkiraan saya begini keadaannya. Sebenarnya di bahagian luar itu ada tempat parking bertingkat; malangnya "masih belum" boleh diguna. Untuk mengetahui isu sebenar, sila bertanya pada pakcik google dengan kata carian ini; 'parking bertingkat Bukit Bendera'.
Cari punya carii punya cariii tiada port yang sesuai untuk parking, akhirnya kami parked saje pada lot bas di bahu jalan (ketika kami kembali, kereta lain follow sama parked di situ).

Kemudian terus saje Q beli tiket. Harga tiket untuk dewasa RM8. Jika anda bukan warga negara, sila bayar RM30 yee untuk dewasa. Ada juga pakej untuk keluarga warga tempatan iaitu RM18; manakala untuk pakej keluarga warga asing RM70. So waktu beli tiket di kaunter, sila la tunjukkan mykad memasing. Selesai urusan di kaunter, sila pula ke bahagian berikutnya. Sila tunggu; anda akan dilayan sebentar lagi ... hheee. Tak lama pun tempoh menunggu ... dalam 15-20 minit sudah boleh menaiki tren. Yeahaaa ...


Stesen perantaraan ketika merentasi railway.


Berselisih dengan tren yang menuju ke bawah
.
Terowong ..!


Melepasi terowong, maka tibalah di stesen utama di puncak Bukit Bendera.

View sekitar.

Uncle jual pelbagai jenis kacang.
"Uncle, semua orang mahu snap u punye gambar ..! Uncle senyum laaa". Hahaa ... uncle memang sporting. Meleret senyuman manisnya.
Uncle bersama resepi rahsianya.

Food court ini sedang dinaiktaraf (mungkin). Sangat menyesakkan dada; sangat menyakitkan mata ..!

Dari Bukit Bendera, menuju pula ke Botanical Garden. Ketika kami tiba, Expo Orkid sedang berlangsung. Adehhh ... kena parking kereta punyalah jauhhhhh. Tak kurang daripada 1.5 km kena menapak mengukur jalan. Gilosss!

Dari gate utama, kami naik tren pusing sekitar Botanical Garden. Sila bayar ye sebelum boleh dibawa pusing pusingg pusinggg. Personally, tiada apa yang menarik melainkan pepohon cannon-ball tree yang amat unik. Cuma, awasi sang beruk. Elak sama sekali membawa bersama makanan; atau anda perlu bersedia berlakunya rampasan atau tarik-menarik berlaku antara anda dengan sang beruk!

½ hari berakhir di Botanical Garden.




KEMBARA U T A R A |Day I



Percutian singkat 3D2N 8~10 Disember, Khamis, Jumaat, Sabtu; Kembara @Utara melengkap kalendar 2011. Sesaje amik cuti rehat yang masih banyak berbaki melebihi 35 hari sehingga Disember 2011. Hasrat hati untuk menyusuri dan bersinggahan di lokasi² menarik sepanjang laluan utara <-> Sungai Buloh.

Perjalanan bermula agak lewat; sekitar jam 12 tengah hari. Melepasi Hulu Selangor, perjalanan ditemani dengan hujan melebat. Hampir sepanjang perjalanan. Berhenti rehat dan rawat di Tapah, juge di R&R Gunung Semanggol dan R&R Sungai Perak Arah Utara. Pemanduan penuh berhemah sambil ditemani CD Akhil Hayy yang entah berapa kali pusing berlagu. Perjalanan yang dijangka maksimum 5 jam, melangkaui 7 jam ..! Merentasi Jambatan Pulau Pinang tatkala hampir meremang warna jingga senja. Hhuuu.


Memasuki pulau, terus saje menuju ke arah Batu Feringghi/Teluk Bahang. Trafik agak perlahan tambah pula mungkin dek kerana hari ini hari kerja. Ini adalah kali kedua kami bercuti di sini. Penginapan kali ini kami dapat unit studio. RM8/nite. Siapa mau bagi semurah gitu ..??? Terima kasih BNM ..!

Lengkap dengan cutleries beserta kekawannya.

Malam ini jenjalan sesaje sekitar Batu Feringghi menjengah gerai² jualan sambil cari makan. Kompleks Balai Polis Teluk Bahang tersergam megah. Pertama kali saya ke sini bersama
c h e n t a h a t i suatu ketika dulu, ia hanya merupakan sebuah bangunan kecil balai polis.


Inilah saje hasil belian; fridge magnet. 3 for 10 hengget.

Makan nasi goreng kampung n sup sayur. Sedappp.

Selesai makan, merayap pula ke Hard Rock Cafe!

Amik angin malam di tepian pantai. Bulan mengambang cantik bercahaya.

Jom masuk bilik ..! Suhu di luar semakin mendingin.