BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label KESIDANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIDANG. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Februari 2012

S A N G G A R C H E N T A INI SYORGA KITA


















Si putih seharum pandan, si kesidang kesayangan b e t a sedang meriah melebat berbunga berjambak jambakk jambakkk. Hati pun pastinya berbunga bungaa bungaaa. Rasa besttttt sangat dok amik angin pagi dan petang di laman. Tak kisah walau dok berjam² kembang kempis hidung menyedut harumnya ... lalaalaaa.

Tambah pula dengan musim hujan sekarang. Dingin udara di luar tambah menenangkan dengan haruman dedaun dan bebunga segar. Buat c h e n t a h a t i saya; inilah syorga kita @S A N G G A R C H E N T A. Moga cinta, kasih sayang antara kita terus mekar bernyawa; di bawah lindungan mawaddah serta rahmah-Nya. Apa jua cabaran, dugaan yang menjengah sesama kita tepis² dan silat²kan saje ..!


Apa pun, saya bahagia di sisi kamu; sungguh ..! Terima kasih kerana menjadikan saya suri di hati kamu; juge suri @S A N G G A R C H E N T A . Cuma kan kann kannn, akhir² ini jika kamu wahai si c h e n t a h a t i terperasaAn, virus 'M' yang amat kronik sedang menyerang saya. Virus 'M' tahap tak boleh ditolong kali ini khusus dalam bab kemas mengemas. Hhuuu.

Apa dah jadi ..?

Apa sedang jadi ..?

Apa akan jadi ..?


Takpe, esok temankan saya cari fresh flowers erkkk. Saya mahu letak di atas meja di ruangan tamu. Moga mood segar cergas pantas tangkas akan melimpah pada saya.
Jambangan bunga mawar pun ok, kann ... Kudup mawar merah hangat pekat, disulami kuntuman mawar merah jambu dan juge putih. Tak kisah la walau mungkin jambangan bebunga mawar tidak senada dengan konsep moden tropika yang entah iye entah tidak @S A N G G A R C H E N T A, yang penting saya sukaaa.




Isnin, 16 Januari 2012

Saya, Sang Rerama dan Si Kesidang




Selamat pagi Sang R e r a m a ..!
Selamat datang menjengah alam luas terbentang meninggalkan kepompongmu. Hampir sempurnalah sudah satu proses metamorfosis melengkap pusingan kehidupan.


Terima kasih Sang R e r a m a kerana tiada menjadikan dedaun segar bugar Si K e s i d a n g yang menanti hari kelopak berkembangan menebarkan haruman manis pandan sebagai santapan beluncasmu ;)