BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label KISAH SAYA DAN TUAN DOKTOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH SAYA DAN TUAN DOKTOR. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

TATKALA "ORANG SAKIT BERTEMU ORANG SAKIT"




* Rebusan dedaun herba yang dikutip di laman rumah untuk mandian saya petang ini ... ada daun kunyit, serai wangi, pandan dan lempoyang. Segar dari ladang ..! hiihiii



hihhiii ... itulah kata² tuan doktor tatkala saya bertemu beliau pagi tadi. Badan saya masih lemah² n dalam tempoh 4 minggu ni sebenarnya tiada walau satu hari pun saya benar² sihat. Malam semalam saya kepeningan lagi n hampir² pitam. Tapi, walaupun gitu ... seharian sibuk di pejabat tanpa rest, balik lewat pula, tapi malamnya saya still terkebil² tak dapat tidur. Hampir jam 2:30 pagi barulah terlena ... hhuuu.

Pagi ini ada temujanji dengan tuan doktor. Nampak benar beliau belum pulih sepenuhnya daripada demam denggi. Itu yang tuan doktor siap cakap, "... orang sakit bertemu dengan orang sakit ". Menurut beliau, ubat yang dimakannya berkesan untuk "calm down"kan diri ... so, ubat yang sama juga akan diberi pada saya untuk tempoh 5 hari ini supaya saya benar² dapat rest secukupnya. Selain tu, kena amik juga Retafer 100mg untuk bekalan sebulan. Result blood count alhamdulillah ok ... blood pressure saya pun ok. Cuma, saya diberi mc bermula hari ini sehingga ke hujung minggu. Segala ubat batuk, ubat alahan segala yang saya ambil dari klinik lain sebelumnya diminta untuk saya hentikan serta merta ... hhuuu.

Kali ini saya akur dengan " perintah " tuan doktor ...

Saya harap, saya akan kembali sihat dan begitu juga dengan tuan doktor. Ameennn.

Isnin, 3 Oktober 2011

TATKALA TUAN DOKTOR TERLANTAR SAKIT





Apa ..???
Tuan doktor sakit ..???
Denggi lagi lagii lagiii ..???
SyafakAllah, tuan doktor nan sangat baik budi lagi sangat baik hati ...


أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

“ Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmu ”.







Sabtu, 1 Oktober 2011

" BERGUGURAN " LAGI




Hari ini jam 7:30 pagi terus ke DEMC bertemu tuan doktor ... n hari ini juga hari ke-3 saya berehat panjang di rumah. Mengapa ..? Tiada sihatkah ..??? huhuu ... lama juga menanti turn ... tapi kenalah terima, saya kan hari ini hadir bertemu tuan doktor tanpa temujanji awal. Hanya sms daripada tuan doktor yang meminta saya hadir pagi ini. So kena la bagi laluan pada orang lain yang telah bertemujanji lebih awal walaupun saya yang tiba terlebih dahulu. Hari ini tuan doktor scan lagi bahagian rahim ... then tatkala saya memberitahu kesan² lebam n urat² halus yang timbul pada bahagian kaki, saya diminta pula ke makmal untuk diambil darah bagi tujuan blood count ... huhuu. Syukur ya Allah n terima kasih Albert, tak sakit punn ... hihiii.

Selesai bertemu tuan doktor, tanpa arah tujuan yang jelas ( hihiii ) kereta dipandu menuju Kota Damansara n seterusnya memasuki Mutiara Damansara. Rasa² ke manalah spesifik destinasi dituju itu, yee ..? Hari ini lengang sahaja kompleks itu ... mungkin disebabkan baru sahaja lepas musim berhari raya ... so, no shopping² anymore ... hihiii.

2 hari berehat panjang di rumah, saya tiada tahu sejauh mana tiada sihatnya saya ... Hahhh, baru beberapa meter berjalan di dalam kompleks, tetiba terasa ngilu menusuk pada bahagian pelvik. Saya cuba bertahan ... tapi rasa itu semakin ketara. So, ambil jalan pintas n terus keluar meninggalkan kompleks. Sampai rumah, terus flattt n bertahan dengan minyak yuyi cap limau sahaja ( hihiii ).

Rabb, moga masih ada rezeki kami gantian daripada bergugurannya ia sekali lagi kali ini. Ameennn ...

Rabu, 2 Jun 2010

TERIMA KASIH ... LAGI DAN LAGI










Saya kemaskini kembali segala rekod bil sepanjang saya mendapatkan rawatan di DEMC dari fail manual ke fail
excel ... bermula dari 15.05.2010 hingga 29.05.2010. Hmm ... jumlahnya ..??? ... saya tak tau nak kata murah atau mahal kosnya ... apa yang pasti, hampir 50% kurang daripada kos yang saya jangka ..! Dan, yang pastinya lebih rendah berbanding sesetengah pusat rawatan / hospital milik kerajaan (andai saya perlu membayarnya) untuk rawatan berkenaan ..! Lebih rendah disebabkan kos ubat-ubatan ..? Tidak mungkin rasanya ... sebab pelbagai ubat-ubatan perlu saya ambil. Hanya yang pasti, tuan doktor tiada mengenakan sebarang bayaran antara tempoh 11 hari saya berulang-alik berjanjitemu di hospital bagi bayaran specialist consultation fees dan juga specialist procedure fees ..! Kos ujian makmal n ubat-ubatan serta item dari bahagian farmasi sahaja diambilkira ...

Saya kurang pasti bagaimana penentuan bayaran bagi khidmat pakar, tapi bagi saya secara peribadi agak 'kurang percaya' dengan jumlah yang tertera ... dengan khidmat prosedur setiap hari yang mengambil masa antara 15 hingga 30 minit, ruang masa pula diberi kemudahan untuk saya masuk terlebih dahulu (walaupun still juga perlu ambil nombor seperti pesakit/pelanggan lain) n adakalanya tuan doktor terpaksa ikut senggang waktu saya seusai dari waktu pejabat. Apa pun, syukur atas segala rezeki, kemudahan laluan sepanjang saya menjalani rawatan ini ... ini juga satu daripada REZEKI daripada-Nya ..! Terima kasih buat ketua jabatan saya, dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang tempoh rehat saya ini ... dan terima kasih tiada terhingga buat tuan doktor ..! He's the best doctor i've ever seen ... Terima kasih, terima kasih, terima kasih ...

Selasa, 1 Jun 2010

DAY 4



Saya tidak pasti sama ada soalan ini signifikan atau tidak ...

" tuan doktor, ngape saya tidak terasa sakit ..??? "

" usai major operation Julai 2009 dulu tu pun gini "


" adakah saraf sakit saya suda tidak berfungsi ..??? "


:roll:
hahaha

Rasa-rasanya, relevan n signifikan tak saya lontarkan soalan ini pada tuan doktor saya ..??? huhuhu

Ironisnya, tatkala fizikal ini tiada mengesan sebarang kesakitan, saya mudah 'lupa diri'! Sehari selepas discharged n beberapa jam sebelum saya masuk ke bilik operasi buat kali kedua dalam tempoh 3 hari (29.05.2010 - Sabtu), pepagi lagi seusai bersarapan dengan roti canai banjir n teh tarik, saya sempat lagi bergotong-royong (gara-gara chenta hati saya komplen dah sekian lama kami tidak spend buat aktiviti bersama) mencuci n menyental porch bersama-sama chenta hati saya! Begitulah yang berlaku usai operasi khas dilakukan pada saya ...

27.05.2010 (Khamis) sebaik sahaja saya sedar daripada kesan bius, apa yang saya rasa ... biasa-biasa sahaja! Bagaikan tiada apa yang berlaku ... n tiada sebarang rasa luar biasa! Dalam rasa mengantuk dek biusan yang masih bersisa, saya dengar suara tuan doktor melaporkan sesuatu pada chenta hati saya ... n sebaik sahaja saya sedar sepenuhnya, tuan doktor kembali memperjelaskan 'dapatan' beliau pada saya pula ... apapun, alhamdulillah ... Seingat saya, ketika itu sekitar jam 8:30 malam ... huhh ... lama juga rupanya saya berada di dalam bilik operasi ... sedari jam 6:15 petang. Tuan doktor kata, agak lama berada di dalam bilik operasi untuk memastikan saya telah benar-benar 'tidur' dek biusan ...

Dari kamar pemulihan, sekitar jam 9:30 malam dengan ber'wheel chair' kemudiannya saya dibawa ke kamar 303 ... single standard room berlokasi menghadap Starbucks Coffee di Plaza Masalam. Sekitar jam 4:00 pagi dengan masih beruniform indigo bilik operasi, saya sudah terjaga ... melunaskan kewajipan fardhu 'Isyak yang belum disempurnakan. Saya kejutkan chenta hati saya ... memintanya tidur di katil mengambil alih tempat saya ... hikhik ... 5:15 pagi tatkala saya sedang bersantai-santaian di kerusi tamu, terdengar alunan azan ... hmm, saya lihat waktu yang tertera pada skrin hp saya ... hmm, saya tersilap waktu ke ..??? Berkali-kali memastikan waktu sebenar ... saya berkonklusi sendirian ... laungan azan sebentar tadi adalah dari Masjid Negeri - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai azan pertama - sebelum subuh ... menyeru umat Islam bersegera bangun daripada tidur n bersedia untuk solat Subuh sebagaimana lazimnya azan sebelum subuh di Tanah Suci. 5:30 pagi - jururawat mengetuk pintu kamar ... "hmm, awalnya bangunnn ... (?)" ... sapaan pertama cik jururawat ... periksa tekanan darah n amik suhu di telinga ... bacaan semuanya normal. Alhamdulillah ...

28.05.2010 Jumaat = public holiday di katil DEMC ... huhu ...
8:00 pagi - sarapan time! huhu ... dua keping roti rendah kolesterol, madu n butter ... chenta hati saya pula hilang ntah ke mana ... sure g layan mamak kayu nasi kandar tuh! haha ... 8:15 pagi chenta hati saya muncul dengan surat khabar di tangan ... 8:30 pagi sebagaimana dijangka, tuan doktor tiba menjengah ke kamar. Sekali lagi tuan doktor memperjelas apa yang diperolehi semalam ... tuan doktor lantas juga memeriksa abdomen saya ... menekan-nekan kiri dan kanan abdomen saya lantas bertanya :

" Sakit takk ..? "

Saya jawab :
" Tak sakit langsung doktorr ... "

hikhik, sepatutnya saya terus bertanya ... ngape saya tak rasa sakit tuan doktor ..? Apa dah jadik pada saraf-saraf saya tuan doktor ..???

" Saya terjaga tatkala sedang dioperasi semalam doktorr ... "

" Ooo ... iye kerrr ..? "

huhu ... memang benar saya terjaga tatkala operasi khas sedang dijalankan pada hari sebelumnya ... keterjagaan dek terasa ada sesuatu sedang "menyula" dalaman abdomen saya ... huhu ... saya nampak tuan doktor, saya dengar kecoh-kecoh suara tuan doktor ... saya cuba bersuara, tapi kemudiannya kelopak mata saya kembali terpejam dan ... sehinggalah sedar-sedar, dah pun berada di kamar unit pemulihan ... huhu

Satu saje yang saya tak suka ... drip pada tangan kiri saya! Rimas ..! Rimas ya amat sebab pergerakan tangan saya jadi terbatas ... huhuhu ... n tak kurang gak disebabkan mula terasa sakit sebab saya dok usik-usik ... haa, yang ni berfungsi pula saraf sakit saya ..!

Sekitar jam 12:00 tengah hari, terima bil n saya boleh discharged sudaaa ... hureyyy ..! 6:46 petang tatkala sedang menjamu selera di Restoran Dek Nor di hadapan Sanggar Chenta kami, C902 saya melantunkan irama Ribaibarunya ... tuan doktor! Ada perkhabaran 'gembira'! Saya perlu ke DEMC jam 2:00 petang esok n masuk ke bilik operasi lagik ..! Haha ... ada ke orang yang gembira tatkala diminta hadir ke hospital lagi ... lagi dan lagi ..???

29.05.2010 : dengan pakaian yang basah lencun dek kerja-kerja mencuci n menyental porch, saya masih lagi berlengah-lengah bersiap ... sengaja nak selesaikan fardhu Zohor di rumah sebelum bergerak ke DEMC ... 1:14 tengah hari, C902 berlagu Ribaibarunya ... huhu ... panggilan dari DEMC ... bila kami nak sampai ke DEMC ..??? huhuhu

Haha ... tiba di Seksyen 9 berlari saya memanjat tangga n ngam2 jam 2:00 petang baru saya muncul di aras 2 DEMC ... tuan doktor dengan uniform operasinya berwarna maroon siap sedia berdiri di kaunter ... huhu ... sorryyy tuan doktor ..! Lantas saya segera diberi uniform indigo n dibawa ke makmal sebelum masuk ke kamar operasi (again!) ... dup dap dup dap

Kisah lanjut ... bernokhtah di sini ...

Isnin, 31 Mei 2010

DAY 3


... pinggang nan sakit ... betis nan sakittt ... DEMAM ..??? Harus ..! ... sbb sedari pagi tadi rasa sejuk + sakit semacam tatkala air paip menerjah kulit ... huhu ... usai solat subuh terus berbaring di sofa ... bimbang lagi banyak bergerak, mendatangkan mudharat pula ...

Ya Rahman
Ya Rahiim
Ya Musawwir
Ya Razzaq
Ya Fattah
Ya 'Aliim

Sabtu, 22 Mei 2010

Terima Kasih Tuan Doktor




Saya baru sahaja tiba di rumah ... usai daripada pertemuan dengan tuan doktor. Bermula dari 15 Mei hingga ke hari ini 22 Mei 2010 ... hari ini hari ke-8 saya berjanjitemu dengan beliau. Suntikan, ujian darah, ujian imbasan ... silih berganti ... huhuhu ... walau masih bisa tersenyum, ceria bagai hari-hari nan lalu, namun sesekali hiba pula hati ini ... tak mengapa, ini "bahagian" saya. Hanya, saya berdoa agar usaha ini membuahkan harapan ... dan kesudahan positif dengan 'inayah serta kasih sayang-NYA ... aminnn.

Terima kasih tuan doktor ... sebagaimana hari-hari lalu, saya tidak perlu menunggu lama menanti giliran untuk masuk ke bilik rawatan. Walau rasa tidak selesa sebab saya "potong Q", tapi sudah itu yang tuan doktor berikan "keistimewaan", saya terima dengan ucapan terima kasih tiada terhingga. Dengan "keistimewaan" yang diberi, alhamdulillah saya dapat selesaikan urusan saya di hospital kurang dari 1 jam n dapat bersegera masuk semula ke pejabat agar tiada tugas-tugas saya yang tergendala. Saya jangka apabila melibatkan waktu kerja sahaja saya diberi "keistimewaan" itu, tetapi hari cuti begini pun masih sama sedangkan pesakit / pelanggan lain berpuluh orang lagi sedang menunggu ... terima kasih tuan doktor! Dan, esok hari Ahad 23 Mei 2010 tuan doktor tetap hadir bertugas untuk uruskan rawatan saya! Setiap kali selesai urusan pembayaran bil pula, saya segera melihat kadar bayaran yang tertera ... sebagaimana hari-hari lalu, tuan doktor tiada mengenakan sebarang bayaran bagi specialist consultation fee ... hanya yang perlu saya bayar adalah charge bagi dos ubat n peralatan dari farmasi ataupun charge bagi ujian darah di makmal.

Saya terlalu berahsia ..??? Maaf, saya belum n tidak bersedia untuk berkongsi ini semua kepada umum. Bukan saya tidak mahu berkongsi cerita, berkongsi rasa dengan mereka, tetapi bagi saya "ia" adalah amat peribadi ... serta yang lebih utama, saya sedang berusaha mengelak serta meminimumkan sebarang unsur tekanan. Di ketika ini tatkala jejari saya mengatur huruf demi huruf, sama pantasnya air di tubir mata ini gugur satu persatu ...

Tugas dan tanggungjawab saya di pejabat ..???
Saya sedang dan akan berusaha sedaya mungkin untuk selesaikan hal ehwal berkaitan saya ... huhu ... hal ehwal kewangan, sebut harga, pembangunan, projek fizikal ... Namun, saya juga perlu teruskan apa yang telah saya mulakan ini setelah saya sendiri mohon daripada tuan doktor untuk tangguhkan rawatan ini pada Mac lalu lantaran tuntutan kerja yang tidak bisa saya tinggalkan ketika itu. Kini tempoh penangguhan telah tamat bagi saya ... justeru, andai sesuatu berlaku n saya tidak bisa untuk menyelesaikan hal ehwal kerja saya, saya harap ada seseorang yang boleh mengambilalih tugasan saya itu ... Saya perlu lakukan ini untuk diri saya, untuk masa depan saya ... huhu ... Maafkan saya ..!

Rabu, 19 Mei 2010

DOT DOT DOT ...


Huhh ... hari ini kena buat blood test lagik ... huhu ... tuan doktor tiada hari ini, jadi pembantu tuan doktor bawa saya ke bahagian outpatient n masuk ke bilik rawatan bernombor 03 untuk nombor "05". Tak sakittt ... alhamdulillahhh ...

Usai di bilik rawatan, naik pula ke makmal di aras 03 untuk amik darah ... tercatat perkataan "URGENT" pada slip yang saya bawa ... sakittt ... pedihhhhh ... huwaaarghh

Balik rumah, malam ini saya lihat ada DOT DOT DOT di bahagian itu ... huwaarghhh lagikkk

Ahad, 16 Mei 2010

Sakittt ...


Lamanya la blog ini terbiar ... huhu ... serasa tiada apa nak dicoretkan ... namun yang pastinya, kesibukan sepanjang minggu, fizikal dan mental nan keletihan, dan mood nan sendu ...

Semalam, 15 Mei 2010 seawal pagi berkunjung lagi ke DEMC ... huhu ... bak pasar di ruang rawatan suit pakar ... yang mengeluh, yang merengus, yang tarik muka ... macam-macam adaaa ... hikhik. Saya ..? biasalah semua tuu ... temu janji, temu janji juga, tapi dah gitu keadaannya, redha sajalah ... Lagi pula, telah saya siap dengan bekalan untuk tempoh menanti dan menunggu itu, senaskhah buku "The Renaissance Man" yang membuatkan saya rindu amat pada kampus UM, Nilam Puri, PBMUM ... huhu ... Walau dalam fikiran saya, agak terkejut lihat situasi begitu sbb nampak agak kelam kabut keadaannya di suit pakar itu ... mungkin disebabkan dalam tempoh perpindahan ke premis baru di Seksyen 14 kott ... Sempat saya gi bersarapan dulu di cafe berhampiran ... order roti bakar, makan lontong nan terlebih kunyit kuah lodehnya ... huhuhu ... masuk semula ke DEMC, seorang petugas ( staff khidmat pelanggan mungkin ) muncul n senyum pada saya ... malah kepada pelanggan lain juga ... sambil bertanyakan keadaan masing-masing yang sekian lama menunggu. Syukur giliran saya menyusul ... gembira melihat senyuman tuan doktor ... alhamdulillah, keputusan ujian darah saya ok ... huhu ... ujian darah yang ntah ke berapa kali n serasa dah tak mau lagik dah menyusun langkah masuk ke lab. Hari ini tuan doktor bagi '1' ! huhu ... sakit sket jerkk ... Sempat gak tuan doktor buat lawak, tak dapat la chenta hati saya 'buat' tu semua sebab dia sendiri akan uruskan hingga ke-'5'. Seusai urusan di bilik rawatan nombor 05 n bayar bil, jam 12:15 bersegera pula ke Anggerik Mall n Kompleks PKNS apatah lagik ada sudah yang bertanggapan saya berculasan tidak menghadirkan diri ... sadis sekali ... apapun, bravo kontinjen Selangor ..! GOGOGO ..!!!

Hari ini, 16 Mei 2010 Ahad kena gi lagik ke DEMC ... bermalas-malasan! Sekitar jam 10:00 pagi baru tiba ... hikhik ... gi ke bahagian outpatient sebagaimana yang telah dipesan oleh tuan doktor semalam ... 'special case' - so tak perlu menunggu lama ... hikhik ... masuk ke bilik rawatan nombor 02 ... uwaaaaa ... sakittttt ... merah muka dibuatnya n keluar bilik rawatan, sementara menunggu chenta hati saya menyelesaikan bayaran, menitis gak si air mata ... hihihi ... buat malu jerkkk ... tapi memang sakittt ... andai bebudak kecik yang kena, mau meraung agaknya ... wakakka ... tapi, memang amat berbeza sentuhan antara seorang doktor pakar dengan seorang jururawat ...

Bersinggahan ke Plaza Masalam ... roti bakar 2 set n mencilok rasa mee kari chenta hati saya ... syukur, kenyang. Usai menjamu selera, memandu pula menuju ke Puchong berziarah kekanda yang akan berpergian ke Tanah Suci ... dijamu dengan hidangan tengah hari ... terung pipit n ikan goreng ... my peberet! Buat kekanda n kekanda ipar saya, selamat berpergian ke Tanah Suci ... moga memperoleh umrah maqbullah ... aminnn ...

Sekian, catatan ini hari ... ^_*

Sabtu, 20 Februari 2010

Nikmatnya Sihat

Hanya yang lapar tahu nikmatnya kenyang, hanya yang sakit tahu nikmatnya sihat ... Hari ini berdasarkan congakan saya, sudah lebih 3 minggu kesihatan saya terganggu. Batuk saya masih juga belum pulih sepenuhnya ... huhu ... bukannya saya tak tahu saya alah tidur malam bertemankan kipas, tapi saya yang tegar ... Lantaran saya rasa tiada kesan-kesan semerta sebagaimana lazimnya n semuanya baik-baik belaka sepanjang berada di Tanjung Bidara tempohari, maka saya biarkan bermalam-malam tidur bertemankan kipas. Kesannya, saya rasalah sendiri sekembalinya ke sini ... walhal bukannya saya tidak tahu peparu saya lemah n si kecil dalam keluarga saya juga turut mengalir genetik athma. Langkah-langkah kawalan telah saya laksana sedaya yang boleh ... di rumah sepenuhnya saya gunakan vakum ( walau beralas lantai laminasi dan jubin ) dan tuala lembap untuk membersih segala debu, saya kurangkan penggunaan kipas n biarkan pendingin udara saje beroperasi n cadar serta comforter juge kerap bertukar saban minggu. Hari ini walau tiada lagi lendir likat, tapi setiap kali batuk, ketara terasa regangan pada kesan luka sepanjang 13cm di abdomen saya. Saya belek-belek foto di PB ... ohoo, wajarlah juge ketara terasa regangannya kerana luka itu berusia kurang 7 bulan ... aduhaiii ... lantaran itu saya masih juge membongkokkan sedikit badan ataupun terus duduk setiap kali batuk bagi mengurangkan rasa regangan itu.

Melihat foto-foto itu satu persatu, teringat saya ketika berada di bilik persediaan sebelum masuk ke dewan operasi n tatkala pakar bius, Dr Wan Affaf memperkenalkan diri ... beliau memaklumkan bahawa saya akan dibius penuh. Huhh, andai diberi pilihan sekalipun, pastinya bius penuh adalah pilihan saya. Tidak sanggup saya untuk menyaksikan abdomen saya dirobek ... melihat segala peralatan yang berkilau tajam pun sudah bisa merobekkan hati saya yang sedia gentar ... huhuhu ... Saat-saat begitu, hanya pasrah pada Ilahi n gementar yang saya rasa dan saya semakin cemas tatkala Dr. Zamri ( the best doctor pernah saya temui ) memunculkan diri. Jam 9:00 pg saya di bawa ke dewan operasi, Dr. Wan Affaf segera tiba ... serasa bagai nak luruh jantung ini tatkala menanti jarum bius menembusi salur darah di belakang telapak tangan saya ... huhu ... saya minta beliau berikan saya pain killer sebelum saya sedar kembali kerana saya tahu sakit peritnya tatkala kesan ubat bius semakin menyusut kelak. Beliau katakan pada saya, "bila dah sedar nanti, awak akan rasa sakit tauu ...". Saya jawab lirih, "saya tau, doktor ... tolong bg saya pain killer sesiap ..." Hikhik ... itu satu amaran, arahan atau permintaan pada Puan Doktor ..??? Saya memang takut n amat takut pada kesakitan ... Hahh, kelibat Dr. Zamri pula menyusul tiba ... Huarghhh ... saya tarik nafas panjang cuba tenangkan diri. Dr Wan membelek n angkat picagarinya ... huhuhu ... "Ina, sebelum saya suntik ubat bius ni, mari kita sama-sama mengucap dua kalimah syahadah dan selawat ke atas Nabi s.a.w. dulu ..." Saya akur n lafazkannya perlahan ... jauh di sudut hati, saya tertanya-tanya adakah saya bisa bernafas n celikkan mata lagi selepas ini ..??? Apa yang berlaku seterusnya, suntikan ubat bius segera bertindakbalas ( tapi dgn amat sopan santunnya rasa mengantuk itu ditafsir olh otak saya ) ... saya rasa mengantuk teramat. Sempat saya kira pada kelipan mata yang semakin layu ... 1 ... 2 ... 3 ... huhuhu, sudah tak terdaya saya menahan rasa mengantuk itu dan pasrah untuk abdomen saya dioperasi ... Jam 12:00 tengah hari saya terjaga dengan amat malasnya dek suara lemak merdu mengejutkan saya. Rupa-rupanya saya telah berada kembali di katil 206 di Unit Pemulihan dan Pemerhatian Rapi. Saya masih lagi antara sedar dengan tidak, tapi saya boleh dengar suara jururawat di sebelah saya, manakala di hujung katil kelibat Dr Zamri n Dr Wan Affaf yang masih berpakaian dewan operasi n kekal memakai penutup mulut sedang memerhati saya. Saya masih boleh mengenali mereka walaupun pandangan saya kabur dan kelam dek kerana sememangnya rabun dan juge dek kerana belum sedar sepenuhnya. Dr Zamri menunjukkan isyarat jari telunjuk ke mulutnya sambil menggelengkan kepala ke arah jururawat tanda meminta biarkan saya terus berehat n "bermalas-malasan" memejamkan mata. Kira-kira 1 jam kemudian saya sudah boleh bercakap, angkat dan gerak-gerakkan tangan walaupun amat terbatas oleh kerana di sebalik selimut putih dan uniform indigo yang saya pakai adalah wayer n tiub nan berselirat di dada, lengan, di belakang telapak tangan dan di bahagian bawah beserta masih bergantung pada bantuan alat pernafasan. Alhamdulillah, sedikit pun saya tidak terasa sakit pada luka sepanjang 13 cm di abdomen saya itu ... huhu ... adakah Dr Wan telah laksanakan " permintaan " saya dengan pain killer yg power giler ..??? hikhik ...

Suami setia berada di sisi saya ... Saya sedang berhadapan dengan kondisi tekanan darah rendah ... teramat rendah sehinggakan saya dapat rasakan kepala saya bagaikan berpusing dan terasa mual. Secara automatik juga lengan saya semakin kerap " dijerut ", bantuan alat pernafasan juga masih dipasang. Melihat saya semakin sedar, suami ajak saya sembang-sembang ... katanya, Ustaz Faisal Long ( rakan sekerja saya ) dari Kedah telah menelefon saya sekitar jam 11:00 pagi ... sebenarnya sehari sebelum itu saya ada bertanyakan mengenai bab solat bagi orang terlantar sakit ... kata suami saya, panjang lebar ustaz Faisal jelaskan siap dengan rujukan nama-nama kitab lagikk ... hikhik ... Apa pun, terima kasih ustaz ... Sehingga ke lewat petang, kondisi saya tetap belum menunjukkan perubahan positif. Namun begitu, pada suami saya sudah mula mengadu lapar ... lapar dan kelaparan! huhuhu ... Alhamdulillah, rezeki saya apabila pada jam 6:00 ptg jururawat membawa hidangan n suamilah menyuapkan bubur ayam untuk saya. Kira " buka puasa " la tu sebab sejak jam 12:00 malam sebelumnya saya dah kena " berpuasa ". Detik ke detik, waktu beranjak ke malam, kondisi saya masih juge begitu. Jururawat pun risau semacam. Sehinggalah jam 10:00 malam, saya paksa diri saya untuk bangun n duduk di kerusi roda supaya saya boleh dibawa keluar dari Unit Pemulihan & Pemerhatian Rapi ke wad biasa di kamar 304 yang telah siap sedia menanti. Sepanjang seminggu di kamar 304, seminggu jugalah kami berumahtangga di situ n suami tidur menemani saya dengan beralaskan sejadah n berselimut putih seperti saya!!! Apapun, menu makan setiap hari memang " heaven " dengan set menu pilihan saya sendiri berasaskan senarai yang dikemuka n dinasihati ... nasi ayam yummy, tenggiri goreng berlada pun saya layan juge ... hikhik



Saya harap saya akan sihat kembali sepenuhnya ... Terima kasih pada chenta hati saya, team Dr Zamri, DEMC Home Service, abang-abang, akak-akak saya, Kak Nun beras saya, rakan-rakan sekerja, Chekgu Esah
( chekgu saya ketika berusia 6 thn di Tabika KEMAS n masih lagi berkhidmat hingga kini ), Rizal Takaful Ikhlas yang memproses segera elaun warded saya n jiran tetangga semua yang prihatin ... Saya sayang kamu semua ...

( hikhik ... siap dengan ucapan penghargaan berjela-jela tuu ... )