BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 26 Mei 2012

Memang Gerekkk

Pertama kali mencubanya. Saya suda jatuh chenta. Sedap gilos! awas!sedappadasaya,mungkintidaksedapbagikamuorang Menu tanah Temasik. Set kacang pool @Geylang Kopitiam - ada telur mata molek terletak di tengah², hirisan bawang besar, tomato, cili dan perahan limau kasturi. Memang lajuuu je menyantapnya bersama kepingan roti perancis. Baru lepas makan, tengok semula pics di bawah, suda kecur semulaaa ... huwaaaaa.





Harus saya terjah lagi terjahan entah kali ke berapa dan order menu yang sama.




Jumaat, 25 Mei 2012

Siapa Itu AJEK HASSAN


Saya "mengenali"nya baru dua tiga bulan lepas. "Berkenalan" melalui Sinar Pagi @Sinar.fm. Siapakah gerangan sedara ini erkk ..? Tapiii ... seriously, pertama kali mendengar alunan suaranya secara live mendendangkan lagu "Menimbang Rasa" retro abis saya iniii ... harus saya jatuh chenta pada suaranya! Sedap, merdu, lemak berkrim lontaran suaranya. Setiap patah lirik juge begitu jelas sebutannya; dictionnya, no slang² okehh. Sejak itu, saya sering melayari utube mencari² klip lagu²nya satu persatu.


Sangat besttt ... menarik, tertarik, lekat melekat. Sedara Ajek Hassan ni dikhabarkan usahaniaga restoran di Perth. Takpe, suatu masa nanti andai panjang langkauan kaki ini ke Aussie, insyaAllah saya akan jejakinya! Live dari Perth gituu ..! Hheee.
















Haa semua ni antara lagu² kegemaran saya. Very the gen-x, kannn ... hhuuu. 


Rabu, 23 Mei 2012

SANGGAR NO.13 BAYU ALAM



Bakal menghuni Sanggar No.13 Bayu Alam, Kuala Selangor ..?

Sudah boleh tarik 10% nafas lega. Alhamdulillah; bayaran pendahuluan berjumlah 5 angka iaitu 10% daripada bayaran penuh telah dilunaskan untuk proses pemilikan Sanggar No.13. Harapan; pastinya saya mengharapkan semua proses berlangsung lancar. Jika dulu kalut dengan Sanggar No.35, kali ini Sanggar No.13 pula. Sudah mula membelek dan menyelak kembali ilmu hiasan dalaman dan hiasan laman; bagai dulu duluu duluuu. Juge, sudah mula pasang panjang angan²nya ... pagarnya nak gitu, grillnya nak gini. Hhuuu.

@Sanggar No.35; full loan dan di bawah 'pemilikan' c h e n t a h a t i.
Sebenarnya pada permulaan dulu memang menjadi hasrat kami untuk mencari hartanah rumah setingkat; tak mau bertingkat². Mengapa ..? Melihat kepada pengalaman mak dan ayah. Andai usia dan hayat kami mencecah usia emas, pastinya segala sendi sudah longgar, tiada segagah sekarang. Juge bermakna, tiada gagah lagi untuk mengatur jejak mengira anak tangga turun dan naik. Lebih selesa, lebih mudah ... tak perlu melaung suara memanggil orang di bawah atau di atas. Tapi ketika itu tiada hartanah single storey di lokasi yang kami mahukan; maka dapatlah double storey iaitu Sanggar No.35 yang kami diami sekarang. 

Bayu Alam ..? Segalanya bermula tatkala saya bercerita secara bersahaja, tanpa disangka² C h e n t a h a t i lah yang bersungguh² mencadangkan saya grab peluang ini. Siap buat tinjauan awal terdahulu lagi tanpa saya. Walhal sebenarnya promosi jualan hartanah ini telah berlangsung hampir setahun lalu; malah setiap hari kerja saya akan menatap gambar rumah contoh promosi pada pintu lif menuju ke opis saya. Rentetan "keterlewatan kesedaran" kami itu, lot yang kami target rerupanya telah menjadi 'milik' pembeli lain. Fasa bagi projek perumahan ini telah 100% siap dan telah memperoleh CF. Unit yang saya dapat ini adalah unit yang "dilepaskan" oleh dua "penempah" sebelumnya. Dan jika memang rezeki kita, insyaAllah kuncinya akan berada di tangan kita juge kelak. Aameen.


Unit contoh.

'Mine', insyaAllah.

Hiasan dalaman unit rumah contoh.


Sweeeeet sangat, kannn ...



































Moga semua urusan dan proses dipermudah oleh-NYA; aameen.


Jumaat, 18 Mei 2012

GEN-X JALAN² HUJUNG MINGGU MEMAKNAKAN SEBUAH KEHIDUPAN


Perancangan serta cetusan idea dalam waktu singkat. Idea bermula pada hari Sabtu tatkala dalam perjalanan pulang daripada menghadiri walimah al-'urus di Ampang Indah. Saya ok saje ... dan apa lagi, saya JOM sajelahhh; tak perlu tunggu hujung minggu depan punye depann punye depannn. Maka pada hari Ahad ... agenda menjejak sekitar Central Market yang kali akhir kami ke sini sekitar lebih 10 tahun lalu.

Masihkah kau ingat ...
Memori Bas Stand Klang.
































Central Market, Kasturi Walk, Jalan Masjid India dan Jalan TAR kami tinggalkan; berlalu satu lagi minggu dan bermula satu minggu baru.




Khamis, 17 Mei 2012

LADANG PENTERNAKAN MANUSIA ..???

"Makmal" atau lebih tepat jika saya sifatkan ia sebagai "ladang penternakan manusia" ..! Anda dipelihara, diasuh dengan begitu baik, cukup segala nutrisi ... "menyediakan diri" sehingga sampai pada suatu usia matang sebagai "penderma" organ atau sebenarnya dengan ayat yang lebih sesuai, organ anda dirampas tanpa bicara ... 'pendermaan' pertama, 'pendermaan' kedua ... dan jika anda masih 'survive', diikuti 'pendermaan' susulan  dan seterusnya sehingga anda tidak mampu lagi meneruskan hayat; atau juga hayat anda dihentikan begitu sahaja setelah anda 'tidak berguna' lagi. Hhhuu menyediakan diri sebagai "penderma", "hukuman mati" secara perlahan² dan berperingkat² ... demi survival penerima organ yang lain ..??? Itulah yang saya maksudkan sebagai "ladang penternakan manusia" ...


Emosi sungguh saya dibuatnya. Filem ni dah lama dahh sebenarnya ... tahun 2010! tapisayaketinggalantahun2012barusibuknaktontondankomen Itulah garapan filem "Never Let Me Go" adaptasi daripada novel karya Kazuo Ishiguro. Kisah persahabatan Kathy, Ruth dan Tommy di Hailsham, cinta tiga segi, pencarian asal usul diri, sinambungan sains dan perubatan apekejadahnyegitu ... sehingga tiba masa dan ketika untuk "serah diri"  membiarkan tubuh dikerobek² mengikut disiplin pakar; penuh pasrah.


 

Khamis, 10 Mei 2012

CENDOL BAKAR














wahhh CENDOL BAKAR berapi ..! 
Tagline; "BANYAKKK YANG PERCUMA".

Saya promosikan bisnes Encik Bakar. Harap nanti lebih banyakkk yang percuma untuk saya jika bersinggahan lagi, erkkk ;)

Hheee ada rupa cendol kena bakar takk ..???































hahaa ... bagi yang nak mencuba, bagi yang nak merasa, Cendol Bakar boleh dinikmati dengan mengunjungi lokasinya di pinggiran Jalan Ijok - Assam Jawa / Kuala Selangor.




MASANYA UNTUK PECAH TABUNG!















Pelaburan serta peleburan ... untuk sebuah teratak sanggarchenta idaman. Menteri kewangan kata, saya patut grab peluang ini untuk memilikinya. Dan sebagai seorang isteri solehah (aameennn), saya akur untuk ambil dan pegang ketat² lot rumah yang diidam²kan. Bayaran booking sudah, bayaran proses dokumen RM200 pun sudah diserah pada peguam (charge guaman "katanya" free; alhamdulillah). Sekarang masanya untuk pecah tabung; selak² celah bantal, rungkai² dalam lipatan pakaian mengumpul 10% daripada harga rumah yang perlu dilunaskan dalam tempoh empat minggu dari tarikh surat tawaran. Selainnya, saya perlu uruskan permohonan secara atas talian SPPB.

Moga dipermudahkan-Nya.



Ahad, 6 Mei 2012

INI BUKAN entry MASAK², TAPI entry MAKAN²














- Nasi kukus ayam goreng berempah - 

Sila jangan tukar siaran tv anda macam la ada yang baca saya punye blog ini kann. Apa² topik boleh saje sesuka hati saya paparkan di sini.  Dan kali ini ... yearghh blog ini bukan blog masakan, tapi boleh saje bertukar kepada blog makan².