BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label JOM KERJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JOM KERJA. Papar semua catatan

Ahad, 21 September 2014

KERJA; Pencari Pekerja VS Pencari Kerja


" Saya Yang Menurut Perintah " 

Hhuu. Ditugaskan dan bertugas sebagai 'pencari pekerja' bukanlah sesuatu yang menggembirakan saya. Lagi² jika perlu bertugas dari satu destinasi ke satu destinasi; dua minggu berturut²!  Kali ini saya 'diperintah' untuk temu dan duga calon di Pusat Temu Duga SPA Putrajaya - SPA Kota Bharu - SPA Kuantan - SPA Putrajaya (lagik!) - SPA Ipoh bersama² Dato' A, Ketua Panel dari SPA sendiri.

Sebagai panel temu dan duga, hanya ingin saya berpesan kepada anda wahai pencari kerja sekalian;

1. Sila tiba awal ke Pusat Temu Duga selewat²nya ½ jam sebelum waktu temu duga yang telah ditetapkan dalam surat panggilan. Sayugia diperingatkan setibanya di Pusat Temu Duga, anda perlu mendaftar diri terlebih dahulu dan ambil nombor giliran. Sekarang sistem giliran berdigital telah diguna pakai.  

2. Tengok slip angka giliran yang diterima dari kaunter pendaftaran dengan teliti dan sila kenal pasti di manakah bilik temu duga anda! Mengapa ..? Apa signifikannya ..? Sayugia diperingatkan, lazimnya sesi temu duga berjalan serentak untuk pelbagai jawatan pada waktu dan tarikh yang sama dengan bilik temu duga dan panel yang berbeza. Usah tersilap masuk bilik; atau juga tak perasan angka giliran anda telah 'dipanggil' oleh sistem nombor digital!



Tips temu duga, anda boleh rujuk dari pelbagai sumber. Saya malas nak ulang siar hheee.

Ohh, satu lagi ... Usah sesekali anda tiba lewat apatah lagi dengan sengaja! Ini antara alasan yang diberi oleh calon yang saya dengar sendiri secara live (!) :

" Maaflah tuan, saya gi hantar anak ke nursery dulu "

" Saya fikir panel temu duga boleh tunggu saya "

" Opis saya dekat jerr ... dan saya mengaku memang saya sengaja keluar lewat dari opis tadi "

" Ini kali ke-7 saya hadiri temu duga. Setiap kali temu duga, saya perlu menunggu lama untuk giliran saya tiba. Jadi kali ini saya sengaja datang lewat. Sedangkan seseorang pekerja diberi amaran untuk 3 kali lewat sebelum tindakan tatatertib diambil, tak kan lah tuan tak boleh terima dan maafkan saya ..."

Hahaa. Seronok, kan dengar alasan² dan jawapan² begitu ..??!






Ber t a b a h lah.




Khamis, 31 Oktober 2013

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA; KEMBARA BORNEO



Bertugas luar kawasan lagi. Teruja!
Kali ini ke Rumah Panjang Hillary Tawan Achai nunn merentasi Marudi/Baram.

Terima kasih orang² Miri dan penghuni Rh. Hillary nan baik budi. Siap dengan hidangan masakan tradisi daripada pucuk² hutan untuk team saya seramai empat orang (termasuk pemandu orang tempatan).

Perjalanan merentasi "hiway" yang penuh dengan keterujaan ;)


Sayayangmenurutperintah.


Selasa, 18 Disember 2012

YANG TER A K H I R ... YANG P E R T A M A



26 November 2012 Isnin; melapor diri di pejabat baharu saya. Lebih setengah hari menanti, akhirnya dapat la juge bertemu dengan Dato' Timbalan Pengarah. Tuan Pengarah masih bercuti menunaikan fardhu haji.

29 November 2012 Khamis; majlis farewell a.k.a meRAIkan pe'nyah'an saya di sini. Hhee. Diadakan di SACC dengan gumbiranya. Saya tak lekang mengukir senyum. Senyum kerana apa yang saya harapkan selama ini untuk berhijrah bertugas di tempat baharu, akhirnya diperkenan oleh-Nya. Juge, senyum tak putus² untuk menyembunyi sayu yang bersarang di lubuk hati; juge menahan empangan di tubir mata daripada pecah berjurai. Tapi keceriaan itu lebih ketara daripada sebak, kann. Tatkala mereka sedang menayangkan klip video berlatarkan lantunan lagu "Tinggal Kenangan" by Caramel Band versi akustik, saya buat² sibuk dengan henpon. Kononnn. Hhiii.

05 Disember 2012 Rabu; petang itu ada majlis makan² ringkas. Menu utama Sate Haji Samuri. Boss takde. Tapi tetap diteruskan gak. Memenuhi permintaan ramai, kenalah juge berucap. Ringkas saje. Sayu giler ..! Tapi saya tetap degil dan gigih ... usah sampai empangan itu pecah ..!

07 Disember 2012 Jumaat; hari ter A K H I R saya di sini. Di sini yang mencatat macam² cerita dan pengalaman. Ada suka. Ada duka. Ada masam. Ada pahit. Tak kurang juge ada manisnya. Apa pun, pengalaman yang cukup unik mengenali dan memahami kepelbagaian ragam manusia. Mencecah kira² 1.5k kakitangan; macam² yang telah saya temui dan hadapi. Pagi itu bersarapan ramai² di Unit Kewangan. Ada yang bawa cekodoks, ada yang bawa tempe goreng, ada yang bawa meehun, ada yang bawa nasi lemak. Ringkas kata, macam² ada. Boss juge turut serta. Sejurus selepas itu, diadakan morning prayer. Alahaiii kali ni, awal² lagi dua tiga titis air dari empangan mata suda berjuraian. Tapi tatkala saya melihat "wajah" itu, hati saya kembali membeku. Lantas saya bisa senyum dan menyampaikan ucapan buat kali ke-3 dengan jayanya tanpa titis² tiris. Yearghhh.

10 Disember 2012 Isnin; hari P E R T A M A bertugas di tempat baharu. Semoga semuanya indah² belaka.
Suasana baharu.
Rakan² sekerja baharu.

Ina, teruskan melangkah ..!



Selamat tinggal bilik opisku ..! Sobsobsob.



Rabu, 26 September 2012

KARYA SENIREKA PEKERJAAN TANGAN


Hhee seorang INA sedang menunjukkan skill yang ada padanya. Senireka, crumble mengcrumble seni manik. Sangat gigih.















Satu kepuasan tiada terperi dapat buat sendiri. Yeayyy ..! Yeayy awal² walaupun belum 100% siap. Hhuu.
Ganbatte, INA ..!

Khamis, 20 September 2012

BEREHAT SEBENTAR BERSAMA DARK CHOC

Mata yang semakin berat, layu, kuyu lagi sayu mohon pengertian untuk dilayan. Hhuu. Baucer bayaran masih berbaki perlu diselesaikan. Saya target untuk segala bayaran di dalam sistem kurang dari seminggu telah mencapai "status 8". KPI gituuu.

Petang hari di pejabat, apa lagi yang menggembirakan pada saat dan ketika seperti ini. Layankan saje dengan dark choc. Luar biasanya hari ini, mata layu kuyu ... lantas gigit dark choc. Mata ngantuk lagi, gigit dark choc lagi lagii dan lagiii. Hmm kudap dan kunyap la sesuka hati. Sangat la heaven

Tepat jam 5:00 petang, segera balik. Hari ini tak mau tunggu² lagi dahhh. No stayback okehhh ...





Ahad, 7 Februari 2010

Kecindan ..?




Suatu pagi tatkala saya dalam kebingungan di pejabat, melalui kekotak YM saya telah ditanya apa itu KECINDAN ... hmm, biar saya buka Kamus Dewan Edisi Ke-3.

" gurau senda, jenaka, kelakar, mulut manis ~ pandai mengambil hati, berkecindan bergurau senda, berjenaka, berkelakar, kecandan, kucandan, kucindan ".

Kecindan n kaitannya dalam P&P sebagai seorang guru ..? Orang putih kata " sense of humour " ... sebagai seorang guru, sebagai pendidik, mesti ada unsur-unsur kecindan itu supaya murid-murid mengikuti P&P dengan penuh minat n teruja ... huhuhu ... kita pun pasti kebosanan, kan jika mendengar ceramah tak sudah2 tanpa unsur-unsur kecindan ini ..? Guru yang baik perlu ada unsur kecindan n kemesraan ... yg penting, kecindan berunsur pendidikan n bukan merapu meraban ... hik hik ...

Tak lengkap jika KECINDAN ini saya tak sebarluaskan kepada yang lelain ... maka, saya telah cari beberapa artikel yang bersesuaian supaya pegawai-pegawai yang berkaitan tahu n faham apa itu KECINDAN ... supaya juga bertambah pengetahuan mereka terutamanya aspek kecindan adalah satu daripada perkara yang perlu mereka teliti apabila melaksanakan pemantauan P&P kelak ... hik hik ... nampaknya mereka benar-benar faham apa itu KECINDAN ... usai bermesyuarat, mereka galak berkecindan ( hari-hari lain pun gitu ... tak abis2 kecoh dgn kekecindanan mereka ... hik hik hik ). Cuma kali ini mereka tak putus-putus berbicara ttg KECINDAN ... ohoo ... rerupanya selama ini kita memang pakar berkecindan ... hidup ceria, kerja gembira, hasil pun berganda ...