BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 31 Julai 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ... Syukur dan puji²an ke hadrat~Mu Rabbi kerana masih dikurnia nikmat iman dan amal, masih bernafas hingga saat dan detik ini untuk bertamu di bulan-Mu ...

Malam ini malam 1 Ramadhan ... solat sunat Tarawih 8 rakaat beserta 3 rakaat witir di Surau al-Hidayah DC ... moga istiqomah ... azam azamm azammm ...

Sabtu, 9 Julai 2011

Tin Biskut Ajaib Saya




Last nite sebelum tidur saya lihat di atas tin biskut saya terletak molek sekeping polimer hijau ... lalu saya masukkan ia ke dalam tin biskut saya. Pagi tadi tatkala sedang bersiap² ke pejabat, oppss ... ada lagi sekeping terlekat polimer hijau pada tin biskut saya. Waahh, tin biskut saya telah bertukar menjadi ajaib! Hihiii ...

Sebenarnya tin biskut itu memang saya khususkan untuk mengumpul si polimer hijau merangkap tabung. Tabung kecil²an orang biasa² seperti saya. Bagusnya, pada bahagian penutup tin biskut itu memang ber'gam' dek bekas soletape yang dilekat di situ masa ia dijadikan hamper. Anda juga mungkin ada tabung seperti ini ... sama ada menabung nilai tertentu seperti RM0.10, RM0.50, RM1.00, atau apa jua nilai, atau bercampur² nilainya. Tak kisah la kann ... yang penting, kita menabung selain sejumlah RM yang kita simpan/transfer sesiap ke akaun lain setiap tibanya hari penggajian ... kikii.

Khusus untuk my pillowmate, terima kasih sebab menyokong penuh usaha murni ini ... terima kasih daun keladi keladii keladiii ... lain kali lekat la polimer hijau tu lagi lagii lagiii ... kikkiikiii