BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 14 November 2012

KEMBARA M E L B O U R N E |UNCLE Kangaroo, Wombat, Koala, Platipus, Penguin, Wallaby; HERE WE COME!


| 24/10/2012 R A B U

Terbang bersama Air Asia X. Now everyone can fly Xtra long ..!

Hari yang dinanti² telah tiba. Kembara ke negara kangaroo, wombat, koala, platipus, penguin, wallaby ... lagiii ..??! Itu antaranya sahaje. Haiwan 'eksotika' yang seringkali saya lihat sama ada pada Ch551, atau Ch553, atau Ch556, atau juge Ch571 HD dan Ch573 HD.

Email telah diterima beberapa hari sebelumnya. Penerbangan yang pada asalnya dijadualkan akan berlepas pada jam 1:45 tengah hari waktu Malaysia, telah dipinda pada jam 4:25 petang. Justeru, kami keluar lewat sedikit pada hari tersebut iaitu kira² jam 11:30 pagi. Mungkin ada yang berkira² masih terlalu awal. Tapi kami mahukan perjalanan yang santai, tanpa tergesa². Bertolak awal ke LCCT adalah lebih baik daripada memilih ngam² masa. Kami sempat makan tengah hari di Hentian R&R Dengkil.


 
Tiba di LCCT, terus menuju Terminal Pelepasan Antarabangsa. Cari kaunter check-in untuk Melbourne. Timbang bagasi yang beratnya bisa menyengetkan bahu, membengkokkan tulang belakang. Asal perancangan, hanya nak bawa satu bagasi. Tapi segala seluar jeans saje dah penuh setengah beg! Lalu, daripada hanya 20 kg, tambah lagi 15 kg. 20 kg itu untuk c h e n t a h a t i , manakala 15 kg itu untuk saya.

Komen |Nampak tak pasukan security AA nuunn ..? Kesian, terbongkok² dok kat kerusi nak cek passport penumpang yang perlu diperiksa lanjut menggunakan lappy. Tiada kaunter khas kah ..???




Pesawat berlepas menepati masa pindaan. Hampir penuh juge pesawat D7212 ini dengan penumpang. Kami memilih seat hujunggg perut pesawat; 49H dan 49K. Sengaja. Sebab di situ ada couple seat. Berdua² dan berdua²an. Lebih selesa. Tidak sesak lagi menyesakkan. Hampir pula dengan tandas. Penerbangan long haul sebegini, tandas adalah amat penting. 8 jam penerbangan tuuu. Terus menerus KL - Melbourne.
Selamat tinggal Malaysia; untuk seketika.




Pre-book meals juge telah kami buat awal². Nasi Lemak Pak Nasser. Entah mengapa, ada sedikit kurengg pada rendang ayamnya. Suapan pun tidak selaju sebagaimana kali pertama saya menjamahnya suatu ketika dahulu. Teringat² sambal sotongnya yang mabeles! Selesai makan, apa lagi yang harus dibuat. Shopping di udara ..? Tidur ..? Membaca ..? Hhuuu. Lihat keluar jendela, tatkala menjelang matahari terbenam. Kilauan jingga bersama royal blue di horizon. SubhanAllah ..! Adalah sangat awesome ..! Maha Suci Allah ..!
Lagi, apa aktiviti ..? Klik klikk klikkk Lumix laa. Sesungguhnya setiap moment adalah amat indah lagi berharga ..! Melayan kebosanan

Hampir enam jam di udara, di luar telah gelap kelam sepenuhnya. Beberapa kali kapten penerbangan mengumumkan tanda isyarat merah. Sampai satu ketika, agak lama juge dalam ½ jam, pesawat merentasi zon kilat. Sabung menyabung. Tingkah meningkah. Panah memanah. Bagai berkejar²an. Nuunnn di sana dan juge di bawah pesawat ..! Hhuuu. Speechless ..! Dalam hati hanya mampu berdoa, berdoaa, dan berdoaaa moga semuanya selamat sejahtera.
Saya perlukan ia melayan kebosanan - Nescafé 3 in 1 RM5

Shopping di udara.






























Sila isi kad ketibaan ini sesiap dalam pesawat.  






|25/10/2012 K H A M I S
Tu diaa dah nampak cahaya bergemerlapan di bumi Melbourne ..!

Warm welkam for me ..!


Pesawat D7212 selamat mendarat di Pelabuhan Udara Tullamarine tepat pada jam 3:00 pagi waktu OZ. Alhamdulillah, selamat touchdown di bumi Melb suda. Awal 15 minit dari waktu jangkaan.


Nampak tak peringatan di belakang tuu. Sememangnya tepat dengan dasar OZ 'the world's strictest quarantine laws'
Melalui kaunter Immigration dan kemudiannya melepasi pula kaunter Kastam adalah sangat smooth. Pada kad warna coklat/oren 'Incoming Passenger Card' yang telah siap diisi ketika dalam penerbangan sebelumnya, saya declared YES pada part 'soil'; sebab tak pasti. Dan 'soil' itu mungkin ada  pada selipar jepun yang dibawa. Sungguh innocent, kann ..? Walau bagaimanapun, proses di kaunter sangat mudah; tanpa sebarang soalan, tanpa sebarang pemeriksaan lanjut. Hanya pada kedua² kaunter itu, saya ditanya adakah lelaki hensem lagi macho yang sedang queue up di belakang nuunn adalah bersekali dengan saya ..? Lantas c h e n t a h a t i dipanggil bersekali dan berdiri di sebelah saya. Cop ketibaan pada passport, tengok sama atau tidak foto pada passport dengan wajah sebenar. Sudah. Itu saje. Mudah, kann ..? Rezeki kami. Tiada banyak soal, tiada anjing yang sniffing bagasi kami.

Nuunn di sana tu adalah kios Sky Bus.

Boleh pilih sama ada nak amik tiket one way atau return.

Inilah basnya. Ada dua koc 'gerabak'.

Menghampiri jam 4:00 pagi tuu. Bas mula bergerak menuju ke Southern Cross Station.  Amik masa +-20 minit saje perjalanan dari airport ke SCS ini.
Dari Tullamarine, kami menaiki Sky Bus menuju ke Southern Cross Station. Sepatutnya kami amik shuttle transfer di situ untuk ke Nova Stargate Hotel. Tapi kami dimaklumkan shuttle transfer hanya mula operasi pada jam 6:00 pagi. Sedangkan ketika itu baru jam 4:00 pagi ..! Kami decided amik cab. Cab pak arab! Aud12. Hhaa waktu tiba di Southern Cross Station tadi, dari jauh lagi seorang wanita tersenyum lebar ke arah saya. Orang senyum, kita pun senyum la, kann ... Namanya Azie. Orang Malaysia. Ramah menyapa kami. Dan saya balas ramah tamah la juge. Azie yang sedang sarat bersama suaminya telah tiba beberapa hari lalu di Melb dan pagi itu nak ke Adelaide dan akan kembali semula ke Melb kemudian.


@Southern Cross Station. Sepatutnya amik shuttle transfer di sini.

Menunggu cab. Melb yang lengang jam 4:30 pagi.

Tiba di Nova Stargate Hotel di Franklin Street ... nak jadi cerita punye cerita pada subuh hening di bumi Melb. Pada awal terima email daripada pihak AA pindaan waktu penerbangan, saya telah dua kali (ingat tuu berapa kali) mencadangkan dan ingatkan c h e n t a h a t i supaya maklumkan kepada pihak hotel pindaan dan kelewatan waktu ketibaan. Hanya dibalas oleh beliau; "tak payah lahhh". Hhaaa ye laa tak payah. Seeeee ... dah memayahkan dan menyukarkan diri sendiri ..! Sebenarnya pada awal sebelum tiba trip ini, kami bercadang untuk lepak saje di Pelabuhan Udara Tullamarine sementara menanti siang. Kemudian barulah ke hotel dan tinggalkan bagasi di situ sementara tunggu waktu untuk daftar masuk. Ketika c h e n t a h a t i bertanya melalui email possibility untuk tinggalkan bagasi yang berat sarat itu di lobby hotel sementara menanti waktu daftar masuk yang sebenar, pihak hotel telah tawarkan kepada kami untuk daftar masuk awal pada jam 1:00 pagi (waktu jangkaan sebelum pindaan waktu penerbangan) dengan potongan harga 50% daripada kadar semalaman. Kami grab saje tawaran tersebut. Potongan 50% ... kira ok la tuu daripada bermalam di airport.
Cab yang dipandu oleh Pak Arab.
Tiba di perkarangan Nova Stargate Hotel. Hhii cab ni ada 'ekor' untuk laluan trolley bag.

Cadangan saya supaya c h e n t a h a t i email semula pihak Nova adalah bersebab. Tapi malas nak peringat banyak kali. Lantas setiba di pintu lobby utama hotel, hhaa tak boleh masuk! Perlu ada access card. Kaunter pula tutup. Kosong! Tekan loceng dingdongdingdong, tekan pula intercom; tiada respon! Hhuu. Sabar. Itulah yang terbaik. Usah rosakkan mood pengembaraan anda! Janji jam 1:00 pagi kann, ni sampai dah jam 4:00 pagi ..! Mujur juge ada telefon awam berhampiran untuk kami cuba hubungi nombor yang tertera pada pintu utama lobby. Alhamdulillah, setelah hampir 20 minit berdiri di luar pintu utama dalam kedinginan subuh Melb, akhirnya seorang staff hotel muncul setelah berjaya dihubungi. Syukur. Legaaa.




Khamis, 8 November 2012

KEMBARA M E L B O U R N E |KEMBALI KERJA BERSAMA MEMORI TERINDAH








" Gold rain in foreign land, stone rain in my land ... better my own land "
^.....^









Hari ni dah hari Khamis. Dah empat hari bekerja setelah kembali pada Jumaat lalu dari kembara Melbourne yang sangat awesome ..! Catatan lanjut kembara kali ini, tunggu esok punye esokk punye esokkk la eyhh.

Hari Isnin tu saya masuk opis dengan debaran semacam. Hhuu hampir dua minggu tak masuk opis. Dan selama itu jugalah tugas² di Bahagian Kewangan hampir terhenti dan diberhentikan. Bermakna dan bermaksud; saya cuti, maka staff yang lain juge boleh la goyang kaki sikit. Hheee. Harap mereka happy dengan souvenir yang saya beri. 12 orang staff di department saya menerima tea towel dan rantai kunci (kanggaroo atau koala); manakala staff yang lain terima rantai kunci saje. Bukan menganaktirikan staff di department lelain tuu, tapi maktakmampunakkk untuk berikan kesemua sekali serupa dan sama sebagaimana yang 12 orang staff di department saya terima. Itu pun saya bagi sorok² je tea towel tuu. Hheee. Untuk boss, saya berikan cap Aussie. Cantik. Sembang² dengan boss, bercerita tentang pengalaman. Saya katakan padanya; "boss juge harus gi ke sana ..!"

Boss kata, muka saya dah macam muka omputeh. Muka orang dok kat negara sejuk. Hidung tinggi. Haa ntah di mana tingginya bukan berhidung tinggi sombong eyhh. Tapi, tetap sengih. Sengih meleret. Nak kembang ke, atau nak kuncup dengar kata² boss itu ..? Masa ke Beijing tempohari, muka saya dah memang iras sungguh jadi cam muka amoi. Kali ni ke Melbourne, jadi iras omputeh pulak eyhh ..??? Heee. Teringat zaman kanak² dulu, saya digelar anak cina bagan. Marah sungguh rasanya mendengarnya. Hhuu. Ada juge yang menggelar anak mat saleh celup. Pernah juge rakan sekerja yang bertanya adakah saya berdarah campuran salasilah omputeh. Saya tak pasti jawapan untuk soalan itu. Saya orang Melayu. Jika bertemu bertentang mata, rasanya lebih terserlah wajah Melayu itu. Jika ada darah campuran pun, sumber daripada keluarga menyatakan ada bersalasilah Cina belah ayah, dan bersalasilah Arab belah mak. Haa tu diaaaaa ... statement ala² artis takk ..????? Hhuu.







Rabu, 7 November 2012

KASIH K I T A BIAR SAMPAI S Y O R G A


Musim² bunga di hati kita.