BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 23 Jun 2012

MEMASAK TANPA MONOSODIUM GLUTAMATE



Seingat saya sepanjang usia perkahwinan kami, ada dapur sendiri, masak sendiri, rumah sendiri ... kami belum pernah membeli apatah lagi melanggani monosodium glutamate. Apatah lagi saya telah diasuh dan dididik oleh mak ayah dan abang masakan tanpa MSG. MSG tidak dibenarkan sama sekali untuk dijadikan rencah dalam masakan di dapur. Tapiii ... "dusta" la andai saya kata masakan kami tanpa MSG langsunggg. Haa tu apa yang terkandung dalam segala jenis kicap, segala jenis sos tuu yang adakalanya jadi bahan masakan ... hheee. Tu terkecuali la kott kannn ... tu dah memang siap isi kandungannya ngan MSG sebagai bahan perisanya. Sebenarnya bagi saya setiap bahan² alami segar dari ladang telah ada rasa dan perisa aslinya yang memang sedap menjilat jari. Kerapkali apabila makan juadah yang dilimpahi dengan MSG, hilang segala rasa asli bahan² tu. Saya tercari² rasanya yang sebenar. Lagi² kalau sayur²an ... hilang segala rasa  asli cauliflower, brokoli, kobis, etc dek limpahan MSG yang pelbagai jenama dan pelbagai jenis sekarang ni. Sama ada ikan, ayam, daging atau sayur²an, semua tu ada manis aslinya yang tersendiri. Percayalah, jika kita masak dengan yakin diri, kena caranya, dan ditambah pulak dengan limpahan kasih sayang ... itu lebih bermakna dan menjadi perisa paling berkesan. Cukuplah sehari²an tatkala makan di luar dengan limpahan MSG ... so tatkala masak di rumah untuk sekeluarga, elak la semua tuu. 

Hmm, sedap ke masakan saya tanpa MSG ..? Hihiii ntah ... Tapi setakat ini tiada pernah lagi terima sebarang borang aduan *___<

Khamis, 21 Jun 2012

MEMILIKI NASKHAH ITU; "DOKTOR UMUM" Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad



Yearghh saya telah berjaya memilikinya ..! "DOKTOR UMUM"; Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Alang² dapat diskaun aka subsidi (..?) sehingga 40% yang diberi oleh majikan chentahati, adalah lebih baik saya grab naskhah versi hard cover. Hhee 40% tuu untuk mana² bahan bacaan di outlet terpilih. Tambah lagi dengan tempoh sehingga 1 bulan, memang peluang ini tidak wajar dilepaskan gitu saje. Ada beberapa lagi naskhah buku yang saya tertarik dan menarik untuk membelinya, tapi tak sempat nak membelek lanjut. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan terjah lagi.



Isnin, 18 Jun 2012

BIAR SAMPAI S Y O R G A

















Selamat pengantin baru buat staff Unit Pengurusan II (Kewangan & Perolehan); SITI dan pasangannya MOHD. FARID ... Moga luas rezekinya, dalam rahmat Ilahi serta berkekalan jodohnya biar sampai syorga. Aameennn.


Sabtu, 9 Jun 2012

B E I J I N G IN W I N T E R |EDISI FOTO memFOTO saje [1]



Musim dingin @Kota Tok Panda tatkala Chinese New Year. Keluar dari lobby hotel, berasap² wap keluar tatkala bercakap. Pepohon semua sedang 'tidur' mematikan diri; yang ada hanya reranting botak. Di pinggir jalan, ada juge pepohon landskap yang berkelubung dengan kanvas. Aktiviti manusia di sekitar juge kelihatan lembap sembap. Pets peliharaan turut berbaju tebal; dibawa dek tuan²nya jenjalan nak "membuang" la tuu. Comel. 

Di perkarangan luar Hotel Ming Du. Sepi.

Antara yang sempat dirakam dari bas.



















Menyejukbeku diri di Summer Palace. Giler punye sejukkk. Masa ni temperature dropped to -13°c ... hhuuu. Air akan mulai membeku pada suhu 0°c. So jika -13°c ..??? Matahari tegak memancar terik atas kepala pun tak terasa apa apaa apaaa. Air Tasik Kunming membeku. Gegelll. Tambah pulak lagi memang kami bawa glove biasa² saje dari Malaysia; dengan hasrat nak membeli yang lain di Beijing saje dengan harga serendah ¥10. Mafla pun belum beli. Pipi rasa tebal dan keras. Senyum pun keras semacam. Dengan runny nosenya lagikkk. Air hidung meleleh². Pedihhh. Sungguh huhuuhuuu. Bertabahlah saje. Tapi scenery di sini memang masyaAllah; subhanAllah ..!

























  













Ada juge yang jenjalan di atas tasik nan membeku. Perghhh.




That's me again. Sorry.


Di tepian jalan, penjaja bersama keledek bakarnya. Beku² sejuk, gigit dan kunyah pula keledek bakar panas² berasap, memang terbaekkk.                 

Rabu, 6 Jun 2012

SANDARKAN HANYA PADA-NYA


















" SALAM K A U T "


Pernah tengok tak dulu punye duluu punye duluuu tatkala ada kenduri kendara, jiran sekampung atau sedara mara yang datang dengan membawa  bersama segala jenis bungkusan garam, gula, beras, ayam hidup sayasendiritakpernahtengok, atau lain² seumpamanya untuk tuan rumah ..? Lazimnya, beras akan berbungkus molek dalam beg kertas, kemudian diikat kemas dengan tali rafia. Ada laa dalam 2, 3 kilo kottt. Tapi tu duluuuuu. Masa beredar, gaya hidup pun dah jauh berbeza. 

Daripada Anas r.a., beliau berkata;
Setelah Nabi s.a.w. menikahi Safiyyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata : “ Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan ”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak) ". [ Hadith Riwayat al-Bukhari ]

Bersempena cuti sekolah yang dah pun masuk minggu kedua ni, ingin saya coretkan satu kemusykilan yang dah sekian lama berlegar² dalam fikiran ni. Cumanya kan, maaf la erkk andai topik ini menyentuh sensitiviti mana² pihak. Sungguh, tulus polos saya tiada berniat nak menjentik atau mencedera rasa sesiapa. Sekadar lontaran persoalan saje.



Pernah dengar "salam kaut" ..? Ini bukan word baru atau rekaan saya sendiri², tapi rentetan ia sering menjadi bahan berlelucon. Jika dulu bahan² keperluan masakan/harian disumbangkan kepada tuan rumah penganjur kenduri kendara, kini tidak lagi. Kalau ada pun, sangat jarang jarangg jaranggg. Huluran tangan untuk bersalam biasanya salam 'berisi'. Berisi apa ..? Hheee. Berisi gumpalan RM; atau juge lipatan sampul kecil. Paling tidak, mungkin RM warna hijau; boleh jadi juge sekurang²nya RM berwarna merah gambar Putra LRT, pesawat MAS dan kapal di lautan. Bagaimana bermula perubahan ini ..? Andaian saya; kita kan suka sesuatu yang MUDAH. Tak kuasa la nak membungku sakan segala garam beras gula kunyit. Nak bungkus satu hal, nak bawa satu hal lagik.

Tapi kan, kann kannn ... sedar tak, ia seolah² diterimapakai sepenuhnya sebagai adat setempat, dengan 'NILAI'an RM standard lalu bertukar jadi 'terbeban' pada segelintir di kalangan jemputan. Lagi² masa tu takde keberuangan; atau di kalangan  fakir miskin. Nak hadir jemputan, terasa malu nak hulur singgit dua; tak hadir pulak, rasa tak patut. Hhuuu. Ada juge yang selesai kenduri kendara, sibuk bertanya pada si tuan rumah; "berapa kau dapat salam kaut ...?" Hhuuu. Mungkin di kalangan si tuan rumah ada yang rasa tak selesa mendengar soalan seumpamanya, kannn ..? Menjemput dan menjamu orang tu sunat; bukan nak 'berniaga' menghimpun RM. Cumanya, tak terjangkau dek akal jika ada yang dah siap berkira²; "aku dah labur dan leburkan sekian² RM, berapa pulak hasil salam kaut yang aku boleh dapat ..?". Atau; "alaaa tak kisah la berabis pun ... nanti sure boleh cover dengan hasil salam kaut ...". 

Apa² pun; N I A T ... yang memberi, niatkan bersedekah ... yang menerima, itu rezeki. Cuma, bagi yang tiada keupayaan untuk 'menghulur' tu, dah dijemput ... datang la saje. Lagi pula takde pun dalam kad undangan tu sebarang 'harga' makan minum yang perlu dibayar kasar tak ayat niii ..? Teringat, pernah suatu masa dulu di kampung saya, pada kad jemputan siap bertulis lebih kurang gini bunyinya; "Diharapkan pihak tuan/puan hadir dan tidak memberi/menghulur sebarang pemberian kepada kami ..." Kurang lebih gitu la ayat yang tertera yang rasanya cukup jelas maksudnya. Bukan si tuan rumah berlagak sombong ke apa, tapi dia dah berniat nak menjamu para jemputan tanpa menerima sebarang pemberian. 

... yang memberi, yang menerima; semuanya bermula dengan N I A T.
Wa Allahu a'lam.

 

Jumaat, 1 Jun 2012

PILIH M E M I L I H

Apa preferences anda untuk memilih kediaman ..? Pada harganya kahh ukurbajubadansendiri ... pada lokasinya kahh ... pada status tanahnya kahh (sama ada free hold atau lease hold) ... pada struktur bentuknya kahh ... atau pada luas dan besarnya kahhh ..??? Pilih-memilih; memang adakalanya rasa sedikit celaru. Ada yang ok lokasi, harganya pula tak terjangkau dek pelukan tangan. Ada yang rekastrukturnya ok, pemajunya pun ada nama dengan reputasi yang baik, tapi komunitinya kita rasa cam 'kenot go' ... hheee. Sesiapa pun pastinya teruja jika dah jumpa rumah yang memenuhi kriteria impian, kan ...  apatah lagi jika ia rumah pertama. Tapi, memenuhi kriteria dari aspek tertentu saje masih belum memadai. Inilah antara asas pertimbangan saya (walau tidaklah sempurna serba serbi, tapi saya terima untuk consideration) ...

1. Reputasi Pemaju
Harapan setinggi Everest, melangkau gumpalan awan ... harap projek PKNS untuk Bayu Alam pilihan saya ini serba serbi tip top.

2. Harga
Nilai dan telitilah keupayaan kewangan sendiri. Komitmen kewangan bulanan ... segala expenditure - makan pakai, sumbangan untuk mak ayah, kenderaan, libur diri, perbelanjaan luar jangka blablaablaaa (dan jangan lupa, simpanan sejumlah wang setiap bulan juge perlu dikiramasuk sebagai 'perbelanjaan' yang perlu diperuntukkan siap²). Sila semak eligibility for housing loan. Satu lagi, perkiraan deposit jangan lupa. Beruntunglah jika ada simpanan yang mencukupi. Dalam hal ni, terima kasih daun keladi keladii keladiii kepada c h e n t a h a t i saya yang telah menyumbang 55.9% daripada deposit yang perlu saya lunaskan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh surat tawaran. Haaa harta sepencarian gituuu.

3. Lokasi
Rumah pilihan saya yang masih dalam proses jual beli ni, jika diukur jarak dengan tempat kerja ... memanglah jauhhh ... 64 km sehala tua kat atas hiway la saya. Wahhh duit petrol lagi ... tol lagi (LATAR dan GCE). Tapiii ... saya dan c h e n t a h a t i menjangkakan rumah itu nanti buat masa ini sebagai rumah hinggapan hujung minggu. Sementara sampai tempoh persaraan, boleh juge diatur sewa sebagai inap desa; selain di situlah nanti ajak abang² kakak², cucu² owhhh saya suda bergelar nenek dan sedara mara beraktiviti mempererat silaturrahim. Apatah lagi dekat dengan jeti nelayan Pasir Penambang. Hasil laut segar bugar. Bolehlah selalu berBBQ panjangnyeee angan² hhuuu.

Dari aspek prasarana, semuanya serba lengkap. Apatah lagi memang dalam kawasan pusat pentadbiran daerah Kuala Selangor. Masjid Sultan Ibrahim pun berhampiran lokasinya dekat, tapi jika culas menjejak kaki ke masjid apalah maknanyee dekat.

Satu lagi, lokasinya dekat dengan my hometown ..! Sebagaimana biasa, boleh juge berfungsi sebagai hentian rehat & rawat untuk sedara mara. Bolehlah bersinggah solat, merehat diri sambil minum kopi O.

Almera 1 Bayu Alam

4. Rekastruktur Rumah
Perkara utama; ia single storey ..! Yeayyy! Dalam entry ini ini ada saya nyatakan mengapa kami tak mahu rumah bertingkat². Binaan rumah ini sederhana besar bagi saya. Tapi living hall sangat kecil sebab space yang ada "diambil" untuk porch. Tak mengapa, susun dan atur molek² perabotnya nanti, insyaAllah no hal punye! Minimalis saje; atau tanpa perabot langsung ..! Sila duduk bersila atau bersimpuh yee ... hheee. Salah satu yang saya suka, pintu² biliknya tersorok dari ruangan living/dining hall. Saya pernah lihat rumah model menurut perspektif Islam, semolek²nya pintu bilik terlindung daripada pandangan tetamu. Jika ada anak dara mahupun mak dara, tiadalah ralat nak lalu lalang keluar masuk bilik. Satu lagi, bilik air untuk tamu diasingkan antara bilik mandi ( dalam floor plan dinyatakan sebagai 'Bilik Wudhu' ) dengan tandas. Sebelah menyebelah saje, tapi ia berasingan. Perkara kecil, tapi besar bagi saya ... untuk keselesaan bersama juge, kannn especially tatkala nature calling memanggil² haaa barulah tau penting tidaknya pertimbangan 'kecil' gitu. Hheee. Ruang dapur comel saje! Tak mengapa juge ... sebab tatkala tengok ID unit rumah contoh, idea untuknya suda ada.  Dapur @Sanggar No.35 sekarang luas dan jenuh nak mengendalinya. So dapat dapur yang kecik lepas ni saya suda tidak mengisah. Lazimnya, dah dapat yang besar nak yang kecik, dah dapat yang kecik nak yang besar nkoo memang tak pernah puas!  Hhuuu. Bahagian luar pula, tanah kosong bahagian depan, kiri dan kanan memang luas. Green fingers cehhh cam saya memang 'syorga'lah dengan keluasan gitu. Saya jangka, rasa lapang dan bebas menyedut udara dengan persekitaran gitu.

5. Komuniti dan Persekitaran

Rasul s.a.w bersabda :
مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ
Ertinya : Antara sumber kebahagian dan kesejahteraan seseorang Muslim adalah mendapat rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.  
[ Riwayat Ahmad, At-Tabrani dan Ibn Hibban; Ibn Hibban, Albani menilainya sebagai soheh ]

Saya jumpa juge 'quote' ini ... tapi tak jumpa pulak sumber riwayatnya ...
"  ... pilihlah jiranmu sebelum memilih kediamanmu ".

Bagaimanakah caranya nak memilih jiran yang baik erkkk ..? Apa asas pertimbangannya ..? Setakat lihat rupa paras, cantik comel segak bergaya ..? Hheee. Teringat dulu, masa nak beli Sanggar No.35,  kami tanya pada salesperson siapakah gerangan pembeli rumah sebelah menyebelah. Dapat tau jenis bangsanya pun cukup memadai. Huhhh susah la nak tercapai integrasi nasional jika semua orang berfikiran cam kami, kannn ..? Hhuu. Bukan racist,  tapi kita gunapakai pada kebiasaan " 'uruf dan adat "nya saje erkk.  Saya tidak pasti siapa bakal jiran sebelah kiri kami nanti di Sanggar No.13. Jiran belakang saje yang kami suda berkenal²an. Seorang pakcik. Baik orangnya. Dan untuk mendapat jiran yang baik, diri sendiri kenalah jadi jiran yang baik terlebih dulu. Selebihnya, mampu pasrah dan berserah sajelah. Doa yang bai saje.

Lagi ..? Ini saje yang saya ingat untuk dijadikan catatan buat masa ini. Lain², nanti² laa.