BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 30 April 2011

Selamat Hari Lahir My Beloved Hubby




Selamat Hari Lahir Sayang ..!
Moga dimurahkan rezeki, di dalam lindungan serta rahmat-Nya senantiasa, bersama kasih sayang nan melimpah ruah.

Hari ini hari ulang tahun kelahiran c h e n t a h a t i saya. Sangat² sadis ... semalam saya terlupa nak beli hadiah ataupun kad ucapan. Tapi tidak mengapalah, tiada kad pun tidak mengapa, kan ..? Kita bagi ucapan secara live sahajalah yee ... terus dari bibir saya melantun ke gegendang telinganya ... hhee.

Bagaimana pula dengan hadiah ..? Jom jomm jommm kita g shopping ... hari ini besdey boy dapat 3 helai baju kemeja baru dan saya belanja makan di restoran Thai.

Semoga besdey boy bahagia dan gembira ... senantiasa; hingga hujung nyawa dan bersama hingga ke syurga ... ameennn. I LOVE U!

Isnin, 25 April 2011

Junior Masterchef Australia Finale




Congrats Izzy ..! U're great!
Jack ... u're great too ..!


Hari ini saya masuk opis half day sahaja. Mengapa ... huhuu ... saya masih belum sihat sepenuhnya daripada demam selesema ... saya selesema chekgu! +___+

Haa, apa pula kesinambungan greetings di atas ..?! Saya gigih memasak hari ini ok ... untuk siapa ..? Pastinya untuk chenta hati saya ... hidangan untuk makan malam ini. Jom kita lihat di dapur apa menu saya ...

Pastinya wajib ada ikan, ikann, ikannn ... t e n g g i r i m a s a k t a u c u b e r c i l i a p i + sotong goreng kunyet ... Dua menu sahaja ..? Ada lagikkk ... t e m p e g o r e n g tepung rangup ... sodapp mabeles kerana dimasak dengan penuh kasih sayang! Alhamdulillah rezeki untuk hari ini.

Jumaat, 22 April 2011

Mencari Salmon



Ini bukan encik salmon, tapi encik tenggiri. Tiada encik salmon, encik tenggiri pun tenggiri laa ... belasah sahaje!

Saya seorang penggemar ikan ...
penggemar t e g a r ! Boleh kawan ngan kucing nihh ... meowww ... hihii ... sampai mak cik Gombak kat PKNS tu pun tau ... asik ikan goreng, ikan gorengg, ikan gorenggg ... tiada jemu² ..!

Sejak semalam tetiba saya teringin nak makan salmon ... grilled s a l m o n ! Warghh ... bestnyee ... tambah pula dengan perahan lemon ... wallaaa. Tak pe, esok kita cari salmon erkk barang sekeping dua ...

Selasa, 19 April 2011

Pain Pain Go Away ...


Pain pain go away!
Please do not come back another day.

Pain pain go away!
Bring me back to another day.

Pain pain go away!
Leave me alone and do not stay.



Jumaat, 15 April 2011

T e k a d B i a r M u k t a m a d


11 April 2011 ( Isnin ) lalu 'beliau' telah hubungi saya ... tatkala itu saya sedang berada di bumi JB menghadiri satu mesyuarat. 'Beliau' yang saya maksudkan adalah merupakan salah seorang daripada boss, boss, boss saya ... ekekkee ... berapa ramai punya boss daa ... Saya sangka ada tugasan yang belum saya bereskan hingga beliau menelefon saya ... Namun tatkala saya bertanya apa hajat sebenar, beliau teragak² untuk memberi respon ... Cuma beliau bertanya sama ada saya akan hadir ke mesyuarat atau tidak pada keesokan harinya memandangkan saya masih berada di JB ketika itu. Saya hanya katakan "Ya". Perbualan telefon ditamatkan segera dengan meninggalkan persoalan serta kepelikan di fikiran saya. Bagaikan ada 'telepathy' dan menyedari kemusykilan saya, kiriman sms menyusul dalam kekotak mesej ... Mesej daripada beliau ..!

Wahh, rerupanya beliau 'tertarik' dengan salah satu posting pada dinding FB saya. Dan, tiada saya sangka beliau serius ingin mengetahui lanjut berkenaannya. Ayyamakkk ... susah mau cakap nihhh ... Menjelang petang dan seusai mesyuarat baru saya jawab mesej itu. Respon beliau, "Tidak mengapa mulakan daripada yang kecil; kerana daripada yang kecil itulah permulaan kepada sesuatu yang besar. Kita bincang lanjut esok lepas mesyuarat ..."

Sebagaimana yang dijanjikan, usai mesyuarat rasmi, disusuli pula dengan mesyuarat tidak rasmi dengan 'beliau'. Ringkas cerita, selepas diskusi +-1 jam inilah resolusinya;

1. Semakin tinggi jawatan, maka semakin tinggi tanggungjawab; dan semakin besarrr (besar punye!) risiko yang akan ditempuh;
2. Ketinggian serta kebesaran jawatan seharusnya mengundang cuak; cuak andai tidak dapat melaksana tanggungjawab dengan sempurna. Itulah pemimpin sebenar bagi saya!
3. Gadaian prinsip ..??!
4. Merangka pelan
5. Apa yang penting ... kerjasama!

Esok hari Sabtu 16 April 2011 ... saya akan mulakan misi K A M I meninjau lokasi ... go, go, go I N A ..!

Sabtu, 9 April 2011

Di Laman Penuh Bunga, Di Hati Penuh Chenta



Masih lagi dengan hati nan berbunga bungaa bungaaa ... ekkekee ... Di laman penuh bunga, di hati penuh chenta ... saya sukeee *____*


Gembira hati tiada terkira ... pohon nan dibaja, dibelai, dimanja, dijaga, dannnnn ... diugut²,
(kikkikii) kini berbunga bungaa bungaaa, berjambak jambakk jambakkk banyaknya. Pada perkiraan saya, tidak kurang 13 jambak semuanya ... ada yang telah mekar, ada yang akan mekar, dan ada yang baru terbit kudup² bunga.

Sukanyeee sayeee ... wangiiiii.
SubhanAllahh ..!


Mari kita lihat, cuci cucii cuciii mata apa yang ada di laman ...