BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 11 Jun 2010

HARAP DAN HARAPAN


Pagi ini saya ada janji temu dengan tuan doktor di DEMC. Saya ambil cuti tahunan yang masih berbaki 41 hari. Sebelum itu saya bersinggahan di opis terlebih dahulu disebabkan ada beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani dan juga hal ehwal berkaitan kewangan yang perlu disahkan dalam sistem ... huhu ... Sempat gak berleter pepagi buta ..! huhu ... dengan sesungguh hati saya amat tidak suka situasi sebegini ..! Hampir 1 jam juga saya ambil masa untuk selesaikan itu semua ... itu pun saya senyap² sahaja di dalam bilik menyudahkan dokumen yang memang telah sedia ada diletakkan atas meja ... hikhik ... andai saya kecoh² menguar-uarkan kehadiran saya pagi ini (chewahhh ... glemer benar la tuu) pasti berderetan yang mahu menemui saya ... wakakka ... Apa pun, boss sempat menyapa bertanya perkhabaran ... hahaha ... gabra semacam saya dibuatnya ..! Boss baru mungkin ... tu yang saya jadi serba tak kena. Hampir jam 10:00 pagi saya bersegera beredar ... huhu ... dengan kepala dan fikiran nan sarat, berserabut ..! Atas kapla batu busar juga saya rasa ada duduk ..! huhuhu

Tiba di DEMC sekitar jam 10:05 pagi ... angka giliran 0505. Tuan doktor sebagaimana lazimnya, tersenyum menyambut saya dan chenta hati saya. Tuan doktor bertanya beberapa perkara, kemudian buat ujian imbasan. Ada sesuatu yang tuan doktor katakan ... yang pasti, ia adalah berkenaan HARAP DAN HARAPAN ... Saya harap, benar-benar berharap, IA akan menjadi nyata ... aminnn ya Rabb al-'Aalamiinnn ... Usai di kamar tuan doktor, saya naik pula ke aras 3 menuju ke lab ... amik darah ... again ..!

Turun ke GF, terus ke kaunter janji temu ... call chenta hati saya hanya untuk pembayaran bil ... hikhik ... sebagaimana sessi² yang lepas, tuan doktor masih lagi tiada mengenakan sebarang charge khidmat pakar ... terima kasih tuan doktor ..!

Sesuatu yang benar² mencemaskan saya berlaku petang ini ... ya Allah, kurnia untukku kekuatan ... pasrah, bersama HARAP DAN HARAPAN nan tiada lekang ...






Isnin, 7 Jun 2010

Saya Tidak Akan Berhenti Berharap


Selagi ada hayat ... selagi ada usaha ... selagi ada kudrat ... selagi ada doa ... selagi itulah saya bermohon dan bergantung harap hanya pada-Nya ... Yarghh, saya tidak akan berhenti berharap ..!

Hari ini sayu dan sendu SANGAT SANGAT SANGAT menyapa rasa saya ... tetiba sahaja! Aduhaii ... mungkin ada perkhabaran nan duka bakal menyusul ... Tapi, sebagai hamba-Nya, saya tidak akan berhenti berharap ..! Tunggulah sahaja Jumaat atau Sabtu ini ... perkhabaran nan pasti insyaAllah akan saya perolehi ... Dan dalam tempoh yang ada ini, berdoalah ... berdoalah dan berdoalah ... Di penghujung doa itu, usah lupa titipan harap ...

Macam-macam yang saya fikir ...
yang paling akrab di fikiran ialah : BERHENTI KERJA ..!

ohohohooo ...

Rabu, 2 Jun 2010

TERIMA KASIH ... LAGI DAN LAGI










Saya kemaskini kembali segala rekod bil sepanjang saya mendapatkan rawatan di DEMC dari fail manual ke fail
excel ... bermula dari 15.05.2010 hingga 29.05.2010. Hmm ... jumlahnya ..??? ... saya tak tau nak kata murah atau mahal kosnya ... apa yang pasti, hampir 50% kurang daripada kos yang saya jangka ..! Dan, yang pastinya lebih rendah berbanding sesetengah pusat rawatan / hospital milik kerajaan (andai saya perlu membayarnya) untuk rawatan berkenaan ..! Lebih rendah disebabkan kos ubat-ubatan ..? Tidak mungkin rasanya ... sebab pelbagai ubat-ubatan perlu saya ambil. Hanya yang pasti, tuan doktor tiada mengenakan sebarang bayaran antara tempoh 11 hari saya berulang-alik berjanjitemu di hospital bagi bayaran specialist consultation fees dan juga specialist procedure fees ..! Kos ujian makmal n ubat-ubatan serta item dari bahagian farmasi sahaja diambilkira ...

Saya kurang pasti bagaimana penentuan bayaran bagi khidmat pakar, tapi bagi saya secara peribadi agak 'kurang percaya' dengan jumlah yang tertera ... dengan khidmat prosedur setiap hari yang mengambil masa antara 15 hingga 30 minit, ruang masa pula diberi kemudahan untuk saya masuk terlebih dahulu (walaupun still juga perlu ambil nombor seperti pesakit/pelanggan lain) n adakalanya tuan doktor terpaksa ikut senggang waktu saya seusai dari waktu pejabat. Apa pun, syukur atas segala rezeki, kemudahan laluan sepanjang saya menjalani rawatan ini ... ini juga satu daripada REZEKI daripada-Nya ..! Terima kasih buat ketua jabatan saya, dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang tempoh rehat saya ini ... dan terima kasih tiada terhingga buat tuan doktor ..! He's the best doctor i've ever seen ... Terima kasih, terima kasih, terima kasih ...

Selasa, 1 Jun 2010

DAY 4



Saya tidak pasti sama ada soalan ini signifikan atau tidak ...

" tuan doktor, ngape saya tidak terasa sakit ..??? "

" usai major operation Julai 2009 dulu tu pun gini "


" adakah saraf sakit saya suda tidak berfungsi ..??? "


:roll:
hahaha

Rasa-rasanya, relevan n signifikan tak saya lontarkan soalan ini pada tuan doktor saya ..??? huhuhu

Ironisnya, tatkala fizikal ini tiada mengesan sebarang kesakitan, saya mudah 'lupa diri'! Sehari selepas discharged n beberapa jam sebelum saya masuk ke bilik operasi buat kali kedua dalam tempoh 3 hari (29.05.2010 - Sabtu), pepagi lagi seusai bersarapan dengan roti canai banjir n teh tarik, saya sempat lagi bergotong-royong (gara-gara chenta hati saya komplen dah sekian lama kami tidak spend buat aktiviti bersama) mencuci n menyental porch bersama-sama chenta hati saya! Begitulah yang berlaku usai operasi khas dilakukan pada saya ...

27.05.2010 (Khamis) sebaik sahaja saya sedar daripada kesan bius, apa yang saya rasa ... biasa-biasa sahaja! Bagaikan tiada apa yang berlaku ... n tiada sebarang rasa luar biasa! Dalam rasa mengantuk dek biusan yang masih bersisa, saya dengar suara tuan doktor melaporkan sesuatu pada chenta hati saya ... n sebaik sahaja saya sedar sepenuhnya, tuan doktor kembali memperjelaskan 'dapatan' beliau pada saya pula ... apapun, alhamdulillah ... Seingat saya, ketika itu sekitar jam 8:30 malam ... huhh ... lama juga rupanya saya berada di dalam bilik operasi ... sedari jam 6:15 petang. Tuan doktor kata, agak lama berada di dalam bilik operasi untuk memastikan saya telah benar-benar 'tidur' dek biusan ...

Dari kamar pemulihan, sekitar jam 9:30 malam dengan ber'wheel chair' kemudiannya saya dibawa ke kamar 303 ... single standard room berlokasi menghadap Starbucks Coffee di Plaza Masalam. Sekitar jam 4:00 pagi dengan masih beruniform indigo bilik operasi, saya sudah terjaga ... melunaskan kewajipan fardhu 'Isyak yang belum disempurnakan. Saya kejutkan chenta hati saya ... memintanya tidur di katil mengambil alih tempat saya ... hikhik ... 5:15 pagi tatkala saya sedang bersantai-santaian di kerusi tamu, terdengar alunan azan ... hmm, saya lihat waktu yang tertera pada skrin hp saya ... hmm, saya tersilap waktu ke ..??? Berkali-kali memastikan waktu sebenar ... saya berkonklusi sendirian ... laungan azan sebentar tadi adalah dari Masjid Negeri - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai azan pertama - sebelum subuh ... menyeru umat Islam bersegera bangun daripada tidur n bersedia untuk solat Subuh sebagaimana lazimnya azan sebelum subuh di Tanah Suci. 5:30 pagi - jururawat mengetuk pintu kamar ... "hmm, awalnya bangunnn ... (?)" ... sapaan pertama cik jururawat ... periksa tekanan darah n amik suhu di telinga ... bacaan semuanya normal. Alhamdulillah ...

28.05.2010 Jumaat = public holiday di katil DEMC ... huhu ...
8:00 pagi - sarapan time! huhu ... dua keping roti rendah kolesterol, madu n butter ... chenta hati saya pula hilang ntah ke mana ... sure g layan mamak kayu nasi kandar tuh! haha ... 8:15 pagi chenta hati saya muncul dengan surat khabar di tangan ... 8:30 pagi sebagaimana dijangka, tuan doktor tiba menjengah ke kamar. Sekali lagi tuan doktor memperjelas apa yang diperolehi semalam ... tuan doktor lantas juga memeriksa abdomen saya ... menekan-nekan kiri dan kanan abdomen saya lantas bertanya :

" Sakit takk ..? "

Saya jawab :
" Tak sakit langsung doktorr ... "

hikhik, sepatutnya saya terus bertanya ... ngape saya tak rasa sakit tuan doktor ..? Apa dah jadik pada saraf-saraf saya tuan doktor ..???

" Saya terjaga tatkala sedang dioperasi semalam doktorr ... "

" Ooo ... iye kerrr ..? "

huhu ... memang benar saya terjaga tatkala operasi khas sedang dijalankan pada hari sebelumnya ... keterjagaan dek terasa ada sesuatu sedang "menyula" dalaman abdomen saya ... huhu ... saya nampak tuan doktor, saya dengar kecoh-kecoh suara tuan doktor ... saya cuba bersuara, tapi kemudiannya kelopak mata saya kembali terpejam dan ... sehinggalah sedar-sedar, dah pun berada di kamar unit pemulihan ... huhu

Satu saje yang saya tak suka ... drip pada tangan kiri saya! Rimas ..! Rimas ya amat sebab pergerakan tangan saya jadi terbatas ... huhuhu ... n tak kurang gak disebabkan mula terasa sakit sebab saya dok usik-usik ... haa, yang ni berfungsi pula saraf sakit saya ..!

Sekitar jam 12:00 tengah hari, terima bil n saya boleh discharged sudaaa ... hureyyy ..! 6:46 petang tatkala sedang menjamu selera di Restoran Dek Nor di hadapan Sanggar Chenta kami, C902 saya melantunkan irama Ribaibarunya ... tuan doktor! Ada perkhabaran 'gembira'! Saya perlu ke DEMC jam 2:00 petang esok n masuk ke bilik operasi lagik ..! Haha ... ada ke orang yang gembira tatkala diminta hadir ke hospital lagi ... lagi dan lagi ..???

29.05.2010 : dengan pakaian yang basah lencun dek kerja-kerja mencuci n menyental porch, saya masih lagi berlengah-lengah bersiap ... sengaja nak selesaikan fardhu Zohor di rumah sebelum bergerak ke DEMC ... 1:14 tengah hari, C902 berlagu Ribaibarunya ... huhu ... panggilan dari DEMC ... bila kami nak sampai ke DEMC ..??? huhuhu

Haha ... tiba di Seksyen 9 berlari saya memanjat tangga n ngam2 jam 2:00 petang baru saya muncul di aras 2 DEMC ... tuan doktor dengan uniform operasinya berwarna maroon siap sedia berdiri di kaunter ... huhu ... sorryyy tuan doktor ..! Lantas saya segera diberi uniform indigo n dibawa ke makmal sebelum masuk ke kamar operasi (again!) ... dup dap dup dap

Kisah lanjut ... bernokhtah di sini ...