BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 3 Mac 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |HARI 1 YANG SEJUKKK

Ohh my ..! Baru nak sambung cerita kembara >.<


| 25/10/2012 K H A M I S

Selesai urusan check-in pada jam menghampiri 4:45 pagi. Masuk ke bilik bernombor 303. Ketika ini telah pun masuk fardhu Subuh.


Mini Card yang ada di lobby hotel sangat bagus untuk traveller. Kad diskaun. Ambil la saje mana yang berkenan di hati. 

Inilah Room 303 --->



Sangat selesa ..! Sangat bersih ..! Sangat puas hati ..!

Selesai khidmat diri, bersiap untuk menerjah lokasi pertama. Masa untuk berQueen Victoria Market ..! Hari yang cukup indah, dengan suhu yang sangattt sejukkk. Hhaa dekat saje QVM ini dari Nova Stargate Hotel. Sekitar 100 meter saje. 5 minit berjalan kaki dah sampai dahh.  Hari ni QVM mula operasi pada jam 6:00 pagi. Tapi waktu kami tiba sekitar pada jam 8:00 pagi, kebanyakan para peniaga baru nak menyusun atur barang dagangan. Hari ni tidak bercadang untuk beli apa² di sini. Hanya membuat tinjauan serta lintas hormat. Hhiii.




Bersarapan cappuccino panas dalam suhu sekitaran yang sejukkk dan kek pisang with berry. Memang mabeles dengan harga yang mabeles juge. AUD17. Nangesss *-* 

Selesai sarapan, tapak bertapak menapak menuju ke Flagstaff Garden. Dekat jerr ... Sekitar 7-10 minit jalan kaki dari QVM.




Ada 'seseekor' terselit di celahan dahan pohon. Kelihatan jinak, dok membekukan diri di situ tak berganjak. Identiti sebenar tiadalah dapat dikenalpasti apakah ia. Hasil googlean kemudiannya, barulah kami ketahuan. It is a possum ..! Dan menurut maklumat di internet, possum adalah juge antara haiwan yang mempunyai poket pada perutnya untuk si baby berlindung menyedia diri sebelum berdikari di dunia luar ..! 

Jomm kita close up ..!

Perjalanan dan pen'tapakkakian'an seterusnya adalah menuju ke Flinders Street Station dan Federation Square.



Waktu menyusur jalan menuju ke Flinders Street Station, angin bertiup kencang. Allahu rabbiii sejukkk. Dan ada sesuatu berterbangan memenuhi ruang udara sekitaran. Rasa²nya itu adalah debunga dari pepohon maple yang ada di sepanjang tepian jalan. Sesak nafas rasanya apabila debunga yang berterbangan itu memasuki rongga yang terbuka. Hhuuu memang terasa ia memasuki hidung dan ada yang sampai ke tekak. Saya pula ketika itu tiada membawa scarf atau mafla.





 State Victoria Library

Pengalaman menaiki Si Merah; City Circle Tram memang menerujakan. Berkeliling CBD secara percuma dan akan bersinggahan di lokasi² tarikan utama seperti State Victoria Library, Docklands, Federation Square, Melbourne Aquarium dan Princess Theatre.




Penutup setengah hari pertama, kembali semula ke Nova Hotel untuk khidmat diri. Bersinggahan di QVM beli apa² yang patut untuk hidangan makan tengah hari >_<

Berkira². Hhee. Telur organik saiz sederhana ½ dozen AUD4.20. Roti organik AUD7. Selainnya adalah buah²an segar. Epal, stroberi dan avocado. Avocado dimakan bersama susu segar yang disediakan oleh pihak hotel. Yums!

Hidangan tengah hari untuk hari pertama --->

 
---> Tidur di tengah hari mengembalikan tenaga untuk sesi petang pula.