BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label MAKAN² DI MANA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKAN² DI MANA. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2012

LONTONG KLANG DI SHAH ALAM

Melayan selera pada hujung minggu lalu. Menjejaki sekali lagi "Lontong Klang" di Seksyen 7, Shah Alam. Kena berpagi²an untuk dapatkan sepinggan set lengkap lontong special. Berlokasi berhampiran UNISEL; atau lebih tepat selari dengan stesen minyak Shell dan Worlwide Holdings Berhad @7 sebagai landmark mudah.

Inilah bahagian hadapan Restoran Lontong Klang.

Waktu operasi; sila alert dengan waktu yang telah dipaparkan. Tiada urusniaga pada waktu malam eyhhh.

Pemandangan biasa. Konsep layan diri. Sila beratur berderet² di hadapan kaunter.


Haa inilah set lengkap lontong special. Ada nasi impitnya, telur mata, telur rebus, sambal sotong, serunding, bergedil dan pelengkap utama pastinya kuah lodeh. Sedappp ..? Lihat saje pada barisan manusia yang sabar menanti giliran; mungkin di situ sudah ada jawapannya.
Nasi lemak pun ada. Set lengkapnya mengandungi lauk pauk yang memang awesome.


Pakcik ni "lari²" dari kaunter cashier ke bahagian dapur menyiapkan order pelanggan. Peramah sangat²; gaya pakcik² dan saya sangat senang dengannya. Senyum meleret saya dibuatnya. Tapi pakcik memang tak mau fotonya dirakam kottt. Tuu yang lari² wajahnya sampai kamera tak boleh nak fokus. Hheee.

Memang berbaloi bersarapan di Restoran Lontong Klang ini ..!


Selasa, 2 Oktober 2012

SNEK UNTUK PERUT PADA MALAM HARI

Dinner awal. Menjelang tengah malam, perut sudah ada ruang kosong. Lalu tatkala perut menjerit mintak makan ...












Apa ada pada rupa bentuknya. Sedap, lazat, berkhasiat; itu lebih utama. Dilapisi pula dengan Chesedale di atasnya ... lelehhh.




Sabtu, 21 April 2012

meL A M A N K A S I H






Hujung minggu nan indah. Bangun pepagi; berpagi²an mahu bersarapan @Laman Kasih, Pinggiran Rahman Putra. Dalam suasana perdusunan, mentari baru menebarkan sinarnya, ditemani keriauan si kakak tua, beriringan bersama irama jazz.
Seorang reporter.

Laman Kasih; dibina dengan kasih dan sayang oleh pasangan pesara.

Secukup rasa; lemak berkrim berkolesterol.

Berdagang bersama set ikan aye.


Harum kerisik yang sangat menggoda rasa. Pepagi lagi suda memulut; bagaikan hendak mengerah keringat di perladangan sahaje lagaknya ;)

Setiap suapan, gigitan dan kunyahan penuh penghayatan. Syukur nikmat Ilahi.


Makan sahaje; tak perlu kata apa apaa apaaa lagi.>,<
 


Sabtu, 24 Disember 2011

Secangkir Kopi @L A M A N K A S I H



Hujan masih merenyai. Sejuk, dingin ... Perut tambah melapar merayu berdendang dondangg dendanggg. Haa mahu makan di mana erkk ..? Sempat menjengah FB Periok @BRP, tapi rerasanya dah hampir menutup operasi untuk hari ini. So, D'Manggis kahh ... atau Ibu Mertuaku kahh ..? Lalu seusai bersolat fardhu 'Isyak, terus mempersiap diri seadanya, capai kunci kereta, lock pintu, buka/tutup pagar. Kereta dipandu menghala Sungai Plong. Ayarkk ... D'Manggis full house. Kenderaan melimpah ruah penuh selaman hingga ke seberang jalan. Sama juge sebagaimana di Restoran Steambot dan Sate Subang masa kami lalu tadi. Semua full house melimpah ruah.

Teruskan menghala Ibu Mertuaku. Tiada rezeki nampaknya sebab tidak beroperasi malam ini. Menghala pula ke arah BRP/BBSB ... lalu bersinggahan @Laman Kasih. Order laksa Penang, beserta fish n chips. Sepinggan laksa saya makan sensorang. Percayalahhh ... habis laksa sepinggan, pulun pula fish n chips. Juge licin tiada berbaki. Apa yang anda fikir tentang selera makan saya ..??? Hhee ... Apa pun, usah membazir ..!


Cuma, fish n chipsnya tanpa coleslaw. Kehabisan bahan mentah barangkali ...


Kopinya, hitam ... pekattt ... melekattt.