BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label KEMBARA 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMBARA 2013. Papar semua catatan

Isnin, 22 September 2014

THROWBACK 2013; Jakarta - Bandung


Hhee. Tatkala hati, kaki dan tangan gelisah resah nak jalanjalannjalannn ... tapi apakan daya. Justeru, belek² dan lihat² saje koleksi gambar baling belakang ini.

- Berada di Jakarta satu malam sahaja. Stay di MaxOne Sabang Hotel. Berhampiran dengan stesen kereta api. 

- Basah hati dan basah mata melihat sendiri warna warni kota Jakarta - Bandung. Anak² kecil, gelandangan; sangat berdikari; tanpa sebarang pengawasan orang dewasa. Bertebaran serata kota menggamit manusia di sekitaran. Sangat meruntun jiwa.

- Dari Jakarta ke Bandung, kami bertiga menaiki Argo Parahyangan. Tempahan tiket dari Malaysia secara online. Hanya Rph 202,000.00 untuk koc kelas pertama; bertiga orang. Seingat saya mengambil masa selama 3 jam perjalanan berkereta api Jakarta - Bandung. 

- Menelusuri landasan, dari jendela Argo Parahyangan saya menyaksikan lagi warna warni senario kota Jakarta. Saya menangis lagi. Sungguh² menangis! 



- Di Bandung kami stay di Ibis Hotel Trans Studio. Juga tempahan secara online dari Malaysia. Agak ketat kawalan keselamatan di hotel ini. Melangkah masuk ke lobi, perlu lalui gerbang scanner dulu. Hhuu.

- Kunjungan ke Tangkuban Perahu, Kawah Putih, Batu Cinta, jamu selera di Kampung Daun (tunggu nasik masak hampir 1jam ... hahaa masak secara tradisi guna dapur kayu rupanya!) dan satu lagi lokasi menjamu selera di Saung Gawir berlokasi di perladangan stroberi dengan alunan ayat² suci sayup kedengaran dari perlembahan pesantren berhampiran.

- Pisang goreng berkeju bersama sos karamel dari dapur Ibis Hotel adalah terbaekkk!!! Nyums!

- Perjalanan kembali ke Malaysia tertunda lebih 8 jam (!) di Husein Sastranegara International Airport. Huhuu. Pengalaman baharu ... bersolat dalam musolla berkongsi jemaah lelaki dan wanita dalam ruang yang sama. Menanti waktu Asar untuk solat jamak ta'khir, saya pilih ruang di tepi dinding di bahagian paling belakang lantaran saya lihat ruang amat terhad dan sempit. Saya jangkakan jemaah lelaki pastinya akan bersolat pada saff hadapan. Tapi tapii tapiii ... jangkaan saya tersasar. Sedang saya bersolat, berdiri kemudiannya jemaah lelaki di sebelah kanan saya. Sebaris, dalam saff yang sama! Mujur saje tak bertemu bahu. Hhuuu.





Rabu, 1 Januari 2014

işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! [ 5 ]


Tatkala salju berguguran
Yeahaaa 


 Pergunungan di persekitaran Bursa diseliputi dek salji.

Heavy snow pada hari kedua dan ketiga berada di Kapadokya.

Di satu sudut Dinler Hotel, Kapadokya.





işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! [ 4 ]


Authentic Türk Cuisine ... wallaaa 



Set appertizer; w a j i b ada sup, roti / pita / pide dan daun daunn daunnn a.k.a salad.




Harus coba ... fresh jus delima dan juge yogurt asli + madu ditaburi dengan kas-kas. 
Sedap dan berkhasiat ..!


Uranos Sarikaya di Kapadokya. Diiringi dengan alunan muzik tradisional secara live, pelayan yang ramah tamah dan kelakar; memang terbaekkk! Ulat dalam batu pun boleh hidup Orang dok dalam batu pun boleh hidup dengan makan nasik dan ikanG! Hihii restoran ni giler special bukan saje dengan menu yang dihidangkan, tapi jugak lokasinya dalam bukit batu (underground). Bermula dengan hidangan pembuka selera sup dan kekawannya, disusuli pulak dengan sepinggan besar spegeti. Abis spegeti, barulah keluar main course. Nasik dan ikan grilled. Ikan tu ikan sungai. Memang sedappp. Perut yang sedia full dengan spegeti , mulut masih jugak mengunyap. Dessert pulak buah²an dan puding beras.


Gigih saya bertanya pada che Google translation apakah gerangannya 
BALIK BALIK BALIK
'bodos balik'
'balik cilik'
'balik evi'
'kosem balik'
'sur balik'
hheee

Ohh ada tersepit gambar aiskrim di situ. Hihii tak cukup makan sekali di Pamukkale dalam gigil² sejuk, di Attaturk Airport layan lagi sebelum penerbangan balik ke tanah air. Sedappp. Lupakan saje segala trick si penjual aiskrim itu. Hihii. Itulah istimewanya si penjaja Turkish aiskrim. Satu daripada signature Türkiye 
dengan kemahiran mereka yang sangat tricky. Hhee.


Penjaja buah berangan. Saiz buah berangan ni besar². Menariknya, alat penimbang yang sooo klasik!




Ahad, 29 Disember 2013

işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! [ 3 ]



Begitu suci
Begitu setia
Cinta seekor camar putih
Mungkinkah kita
Juga begitu
Terus bercinta
Tanpa akhirnya


Pelayaran di lautan Marmara menuju Bursa.
Menghirup kopi panas berasap dan slice berry cheezy cake sambil menikmati dingin bayu menghadap Golden Horn Sea.


A bucket of




Isnin, 23 Disember 2013

işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! [ 2 ]



W a j a h Wajah W a j a h

06 - 15 Disember 2013 di bumi TÜRKİYE.







Perjalanan ...
KUALA LUMPUR - ISTANBUL - BURSA - PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA - ANKARA - BOLU - ISTANBUL - KUALA LUMPUR























Pengembaraan tatkala salju meluruh.























Bab makannn ... memang heaven ..! Hhee.


Senyum ... sengih ... ketawa. Gambaran c e r i t a  h a t i  ...




















































Terima kasih ya A L L A H.






Sabtu, 21 Disember 2013

işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! [ 1 ]


işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! 
işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! 
işte geldim, TÜRKİYE'deyim ..! 

Hihiii mood terover meriah dengan kegembiraan.
Syukur ya Rabbi, dengan izin serta 'inayah-Mu sampai rezekiku untuk mengembara di tanah al-Fateh ini. Sekian lama terperuk dalam wishbucket,  Disember 2013 ia menjadi realiti.

Satu ayat untuk menggambarkan perasaan ini ...
" pengembaraan yang cukup indah antara yang terindah ..! "

Penerbangan terus menerus selama 11 jam dari KLIA ke Attaturk International Airport bersama inflite entertainment. Layan e-learning, interactive al-Quran 30 juzuk. Tenang rasa di hati.






Sabtu, 7 Disember 2013

KEMBARA DI BULAN DISEMBER








Tatkala ini, saya sedang bersiaran secara langsung dari KLIA.

Penerbangan jam 130am ditunda kepada 210am.
Dan terkini; 330am pulak ..!

Seperti biasa; senyum dan sabar sabaran sahaje.

... yang utama; mohon selamat dan sejahtera 11 jam penerbangan menuju Constantinople.


s e n y u m  lah!



Jumaat, 1 November 2013

MENJEJAKI PENGHUJUNG SELATAN TANAH BESAR ASIA


MOOD : TERASA RAJIN NAK berBLOGging





Ni percutian ke selatan punye cerita. Dah lama dahh. 30 April - 01 Mei 2013. Dah sekian lama juge chentahati ajak menjejakinya. The Southernmost Tip of Mainland Asia. Tanjung Piai!

Terletak di daerah Pontian, Tanjung Piai ini diiktiraf sebagai Taman Negara Johor yang terkenal dengan flora fauna hutan paya bakaunya. Tiba di sini, jamu selera makan tengah hari dulu di Tanjung Piai Resort. Sotong celup tepungnya ... wallaaa! Bukan cekodok sotong yee ... ni memang bebetul makan sotong bercelup tepung. Sotong bersaiz kecik², tapi memang sedappp. Tambah pulak dengan hembusan angin; berselang dengan hirupan jus semangka duduk mengadap arah Temasik. Terbaekkk ..!


Bagaimana asal usul salasilah Tanjung Piai ye ..? Oohh Piai ni rerupanya adalah nama sejenis keluarga paku pakis. Jika berkunjung ke Tanjung Piai National Park, kita boleh lihat dua pelepah daun Paku Piai Raya (acrostichum aureum) diukir menjadi mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai ni banyak tumbuh kat sini.

Sekitar 3 jam juge kami dok meneroka Tanjung Piai National Park. Duduk di pelantar mengadap Selat Melaka, memang mengasyikkan. Cuma yang cacat lagi mencacatkan, ada pasangan remaja yang dok bersunyi²an di pelantar tu. Lelagi bukan hujung minggu dan tak ramai pengunjung. Huhuu.

Kami tak bermalam di Tanjung Piai. Pulai Springs Resort JB menjadi pilihan destinasi beradu. Nak berselesa²an tidur di malam hari kenkononnya. Hhee.



Destinasi esoknya; JPO! 
Happy giler mendapat sling bag tajaan si chentahati.









Ahad, 27 Januari 2013

BER'EKSPRESS RAKYAT' DAN BER'SINARAN SELATAN'

Sekian lama tiada ber'blogging', hari ini bersiaran terus menerus dari koc M4 Sinaran Selatan. Perjalanan asal 15:40 pm, tapi dek kerana kegelinciran tren di Skudai semalam, maka perjalanan hari ini 'rescheduled'. Pengalaman pertama berkeretapi. Sungguhlah teruja.