BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label DALAM HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DALAM HATI. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

Saya Ada DIA

Surah ke-55 dalam al-Quran al-karim; diulang ulangg ulanggg ayat yang sama sebanyak 31 kali. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Terima kasih ya Rahmaan. Terima kasih ya Rahiim. Tiada terhitung, tiada terkira, tiada terbilang segala nikmat dan rahmat anugerah-Nya untuk saya selama ini; hingga ketika dan detik ini.
Syukur ...
. Saya ada suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab, hensem, melimpah ruah dengan kasih sayang. Segala²nya.
. Saya ada keluarga yang bahagia, prihatin.
. Saya ada keluarga mertua dan ipar duai yang baik.
. Saya ada pekerjaan dan kerjaya yang baik; gaji yang bagus.
. Saya ada big boss dan boss yang baik. Sangat baik hati.
. Saya ada kawan² yang baik.
. Saya ada kesihatan yang bagus; fizikal yang sempurna.
. Saya ada kenderaan yang bagus dan selesa.
. Saya ada jiran² yang menyenangkan hati dan perasaan.
. Saya ada itu ... blablaablaaa
. Saya ada ini ... blablaablaaa
Semuanya adalah rezeki. Semuanya adalah nikmat. Semuanya adalah rahmat Ilahi.
Hanya,
Saya belum punya nan 'satu' itu. Rezeki nan 'satu' itu. Saya yakin, pasti ada hikmahnya. Saya tiada putus berharap untuk nan 'satu' itu. Allahumma aameen.
. s e n y u m .

Selasa, 14 Mei 2013

Memori Itu Adalah Sangat S W E E T ...





 
Cerita permusafiran ...
 
- I -
Saya demam. Menggigil². Giler punye menggigil. Ubat pulak tak bawak langsung. Cuba bertahan; tapi angin dingin dan basah membuat badan tambah sengsara. Lantas  si dia menawarkan sweaternya untuk saya. Melapisi sweater yang telah sedia saya pakai. Saya menolaknya. Abis tuu, kalau dedua saya pakai ... si dia nak pakai apa ..? Biarkan saje si dia dalam kesejukan yang mencengkam ..???
 
Si dia bertegas. "Abis tu karang kalau tambah demam ..???!"
 
Saya mengalah. Lalu sweater hitam itu disarung ke tubuh. Terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
- II - 
Ramadhan menghampiri pertengahan purnama. Manusia berasak². Tolak menolak. Beribu² lemon.  Jemaah umrah dari seluruh dunia terutama dari pelusuk Tanah Arab sendiri semakin bertambah  berbondong² ramainya. Melalui media semasa, diperkhabarkan jumlah jemaah umrah tahun tersebut meningkat berbanding tahun² terdahulu. Tiba hari Khamis dan Jumaat, sudah hampir menyamai jumlah jemaah pada musim haji.
 
Suatu ketika. Tercatatlah memori itu. Manusia berasak². Menghampiri kawasan Hajarul Aswad. Rempuhan ribuan manusia. Saya cuba menyongsang keluar dari arus tersebut. Tapi apalah sangat daya dan upaya saya. Terkedek² cuba membolos diri di celah² manusia sasa untuk keluar. Si dia pantas memeluk saya. Erat. Melindungi. Lalu sehabis kudrat dengan lafaz takbir melangkah menyelamatkan saya keluar daripada rempuhan itu. Allahu akbar!!! Saya masih ingat laungan itu. Sedar² saje, saya dan si dia telah berada di luar lingkungan tersebut. Ada air jernih yang mengalir dari bibir mata. Syukur ya Allah. Juge, terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
Mengapa saya catatkan peristiwa² itu di sini ..?
 
Kerana; ia adalah sangat sesuatu.
 
Kerana; itu adalah antara memori yang sangat S W E E T. Dan tatkala saya mengingatinya, air mata berjuraian lagi. Rasa cinta yang meresap jauh jauhh jauhhh dalam sanubari. Terima kasih ya Rahmaan, terima kasih ya Rahiim atas anugerah-Mu ini. Sungguh ku bermohon, agar ku senantiasa di kalangan hamba²-Mu yang bersyukur.
 
 
 

Jumaat, 9 Mac 2012

K A S I H S A Y A N G nan MELIMPAH RUAH

Tiada yang lebih menyayat hati sobsobbsobbb dalam persahabatan tatkala ia dikhianati. Persahabatan merangkap persaudaraan. Yaa ... sangat sangatt sangattt melukai, menggurisi, menghancuri. Itulah yang saya rasa. Tatkala ia terbongkar, hancur luluh berderai rasanya. Hampir suku malam hati yang berdarah dengan sekalian pancaindera berduka sama, mata saya bengkak sembap. Menahan kesakitan dengan raungan, kaki meja menjadi tempat berpaut. Hhuuu.

Syukur.
Allah itu Maha Kaya; Maha Pengasih.
Ketika saya tersungkur tiada berdaya, ada c h e n t a h a t i yang sangat memahami, tempat meluah rasa; juge, keluarga yang sentiasa memberi sokongan. C h e n t a h a t i sentiasa di sisi; menghulur tangan untuk memimpin, menadah bahu untuk saya melepaskan lelah dan tangisan. Juga, big boss yang sangat sangatt sangattt memahami. Bantuan Allah itu sesungguhnya tiada terduga bentuknya; tiada disangka bagaimana datangnya. Melalui big boss, saya diperkenalkan dengan seseorang. Dan seseorang itulah dengan setulus hati menghulur bantuan.

Syukur. Tatkala persahabatan dan persaudaraan dikhianati, rahmat-Nya terus menaungi. Masih ramai di sekitaran yang sudi membantu; menghulur kasih sayang; melimpah ruah. Alhamdulillah.



Selasa, 19 April 2011

Pain Pain Go Away ...


Pain pain go away!
Please do not come back another day.

Pain pain go away!
Bring me back to another day.

Pain pain go away!
Leave me alone and do not stay.



Jumaat, 15 April 2011

T e k a d B i a r M u k t a m a d


11 April 2011 ( Isnin ) lalu 'beliau' telah hubungi saya ... tatkala itu saya sedang berada di bumi JB menghadiri satu mesyuarat. 'Beliau' yang saya maksudkan adalah merupakan salah seorang daripada boss, boss, boss saya ... ekekkee ... berapa ramai punya boss daa ... Saya sangka ada tugasan yang belum saya bereskan hingga beliau menelefon saya ... Namun tatkala saya bertanya apa hajat sebenar, beliau teragak² untuk memberi respon ... Cuma beliau bertanya sama ada saya akan hadir ke mesyuarat atau tidak pada keesokan harinya memandangkan saya masih berada di JB ketika itu. Saya hanya katakan "Ya". Perbualan telefon ditamatkan segera dengan meninggalkan persoalan serta kepelikan di fikiran saya. Bagaikan ada 'telepathy' dan menyedari kemusykilan saya, kiriman sms menyusul dalam kekotak mesej ... Mesej daripada beliau ..!

Wahh, rerupanya beliau 'tertarik' dengan salah satu posting pada dinding FB saya. Dan, tiada saya sangka beliau serius ingin mengetahui lanjut berkenaannya. Ayyamakkk ... susah mau cakap nihhh ... Menjelang petang dan seusai mesyuarat baru saya jawab mesej itu. Respon beliau, "Tidak mengapa mulakan daripada yang kecil; kerana daripada yang kecil itulah permulaan kepada sesuatu yang besar. Kita bincang lanjut esok lepas mesyuarat ..."

Sebagaimana yang dijanjikan, usai mesyuarat rasmi, disusuli pula dengan mesyuarat tidak rasmi dengan 'beliau'. Ringkas cerita, selepas diskusi +-1 jam inilah resolusinya;

1. Semakin tinggi jawatan, maka semakin tinggi tanggungjawab; dan semakin besarrr (besar punye!) risiko yang akan ditempuh;
2. Ketinggian serta kebesaran jawatan seharusnya mengundang cuak; cuak andai tidak dapat melaksana tanggungjawab dengan sempurna. Itulah pemimpin sebenar bagi saya!
3. Gadaian prinsip ..??!
4. Merangka pelan
5. Apa yang penting ... kerjasama!

Esok hari Sabtu 16 April 2011 ... saya akan mulakan misi K A M I meninjau lokasi ... go, go, go I N A ..!

Khamis, 23 Disember 2010

Biasa² Saje ...


Waaa ... sekian lamanya saya tidak update ini blog. Sibuk berFB jerkk ... ekekkeke.

Apa cerita baru ..???
Hmm, biasa² saje ...
yang luar biasa ..???

huhuu ... sibuk dengan tarikh penutupan akaun yang semakin hampir! Giler sungguh mengadap skrin monitor n sistem lebih 8 jam sehari utk clearkan berjuta² lemon ganjaran kakitangan kontrak dalam masa kurang dua minggu ..! Gilosss ..! Apa pun, syukur team kewangan amat² komited ... alhamdulillah!

lagi,
yang luar biasa ..???

Jumaat lepas saya dan chenta hati saya g berdating nonton midnite Hantu Kak Limah Balik Rumah di Mid Valley. Amik seat couple lagik! Tayangan 12:30 am dan yang luar daripada kebiasaannya juge, sampai umah almost jam 4:00 am ... Apa tidaknya, sempat bermamak lagik tuu ... ekekkeke

Khamis, 18 Februari 2010

Cerita Saya Hari Ini


Anda pernah rasa tersentak ..? Anda pernah rasa tersentap ..? Tidak kiralah apa jua tafsiran anda tentang SENTAK dan SENTAP ini ... kiranya sentak dan sentap ini adik-beradik kembar la kott ... Barangsiapa menghadapinya, tahulah betapa bisanya ia ... Cuma, cerita saya hari ini, memang ada kaitan dengannya oleh kerana saya telah tersentak dan tersentap jiwa ... Huhuhu ... dek gerangan perbuatan siapakah itu ..? Tidak mengapa, saya masih bisa berdiri untuk jadi seorang yang positif oleh kerana saya ada DIA ... walau mata saya masih bersisa kesan-kesan sembap, saya rasa saya telah peroleh satu semangat baru untuk terus bisa bekerja dan bekerja setulus dan seikhlas jiwa. InsyaAllah ... Saya perlu menyimpang dari laluan arus yang akan dan hampir memusnah serta menghuru-harakan kerja saya dan kekawan saya ... Ingat, kebahagiaan dan kejayaan saya dan kekawan saya bukan terletak di tangan ' dia ' ... usah dek kerana seorang manusia, rosak sebuah organisasi! Walau saya perlu buat pusingan ' U ' atau ' O ' , saya mesti teruskannya ... go ahead ...

Anda dan saya ( anda + saya = KITA ) selalu memikirkan tentang hak-hak kita yang tidak ditunaikan atau diabaikan oleh orang lain ..? Tapi, pernahkah saya dan anda bertanya n bertafakkur seketika tentang hak-hak Yang Maha Pencipta, hak sesama manusia, hak organisasi kita yang seringkali terabai ... sengaja atau tidak ... yang nyata atau tersembunyi ..???

Saya fikirlah sendirik ..!
( bukan anda, bukan awak, bukan engkau, bukan kamu, bukan lu ... )

Rabu, 17 Februari 2010

Ne Me Quitte Pas

Izinkan saya melayan rasa kali ini ... wakakka ... Sesekali melayan rasa ... huhu ... kira ok la, kan ..? Asal lagu ini dikatakan daripada bahasa French ... " Ne Me Quitte Pas " ( "Don't Leave Me" ) ... Memacam versi bahasa lagu nih sebenarnya ... apa pun, kemudiannya diterjemah dalam versi bahasa Inggeris sebagai " If You Go Away ".




If You Go Away / Ne Me Quitte Pas

If you go away
On this summer day
Then you might as well
Take the sun away
All the birds that flew
In the summer sky
When our love was new
And our hearts were high
And the day was young
And the nights were long
And the moon stood still
For the night bird's song

If you go away
If you go away
If you go away...

But if you stay
I'll make you a day
Like no day has been
Or will be again
We'll sail on the sun
We'll ride on the rain
And talk to the trees
And worship the wind

But if you go
I'll understand
Leave me just enough love
To fill up my hand

If you go away
If you go away
If you go away...

If you go away
As I know you will
You must tell the world
To stop turning
'til you return again
If you ever do
For what good is love
Without loving you?
Can I tell you now
As you turn to go
I'll be dying slowly
'til the next hello

If you go away
If you go away
If you go away...

But if you stay
I'll make you a night
Like no night has been
Or will be again
I'll sail on your smile
I'll ride on your touch
I'll talk to your eyes
That I love so much

But if you go
I won't cry
Though the good is gone
From the word goodbye

If you go away
If you go away
If you go away...

If you go away
As I know you must
There is nothing left
In this world to trust
Just an empty room
Full of empty space
Like the empty look
I see on your face
And I'd been the shadow
Of your shadow
If you might have kept me
By your side

If you go away
If you go away
If you go away...

If you go away
If you go away...



Versi yang telah saya download :