BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 23 Disember 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 3 [ Part III ]



Mejuah-juah ..!

Dari Sipiso-Piso, sedar² dah sampai di Berastagi
sekitar 4:30 petang. Check-in di Green Garden Hotel yang berlokasi di pinggir jalan utama. Bagi saya biasa² saje hotel ni ... apa pun, yang penting selesa! Bersegera solat jama' ta'khir beserta qasar, then mulakan program mengukur jalan terus ke 'pusat bandar' n Pasar Buah Berastagi. Mulanya DAR tanya sama ada nak berehat saje di hotel memandangkan kami berdua dah ketiduran dalam perjalanan singkat tadi n kots nak sambung tidur ... tapi memandangkan cuaca petang itu sangat baik dan cerah, kami putuskan untuk teruskan agenda selanjutnya. Bab jalan jalann jalannn mana reti rasa letih ... hheee.

Haa, inilah 'landmark' Berastagi.
Gigih saya meng'google' apakah yang dimaksudkan dengan HATINYA PKK itu. Ini yang saya dapat ~
Teratur, Indah dan Nyaman (HATINYA)
Pemberdayaan dan Kesejahteraan Keluarga ( PKK )


Pemandangan sekitar Berastagi.

Yokk kita ke pasar buah ..! Macam macamm macammm buah²an dan sayur²an ada ... masih segar² belaka. Geram je rasanya tengok buah avocado kulitnya hijau pekat berkilat, besar dan segar.

Jengah sampai ke bahagian sayur²an dan bunga²an saje. Part pasar haiwan dah malas nak dijengah.


Selesai membeli dan membelah buah
²an penuh sekotak, terus pula ke Puncak Gundaling. Dari Puncak Gundaling ini jelas kelihatan Gunung Sinabung, satu daripada puncak gunung berapi yang berlokasi di Dataran Tinggi Karo, Kabupaten Karo yang terakhir meletus pada Ogos/September 2010. Satu lagi gunung berapi yang jelas kelihatan puncaknya ialah Gunung Sibayak. Kami tiba di Puncak Gundaling tatkala menjelang matahari terbenam. Langit berkilau keemasan dilimpahi remang cahaya matahari. Nak shoot gambar berlatarkan Sinabung pun agak mencabar ketika ini untuk dapatkan sudut serta pencahayaan terbaik.

Hari ke-3 berada di SUMUT, baru hari ini mendengar laungan azan Maghrib terus menerus bersambung² dari arah penempatan di kaki Puncak Gundaling memecah hening senja segenap pelosok Berastagi. Hening, syahdu ... Allahuakbar ..!


Sejurus azan selesai berkumandang, kami terus kembali ke hotel untuk khidmat diri serta solat sebelum keluar semula. Malam ini menjamu selera di Restoran H. Ramli NST
. Sebuah 'gerai' berdekorasi ringkas seadanya dengan dinding dalaman merona hijau serindit. Ketika itu penuh dengan para pelanggan. Hahaa ... sepanjang kembara S U M U T ini saya n c h e n t a h a t i tak lepaskan peluang order jus buah²an sesaje. Kali ini order jus apokat gula merah pula. Perghhh ... Apa pun, nama² jus/air yang tersenarai dalam menu cukup unik. Ada jus padi, jus mandi, tomjer, wojer, martabe, beti dan paling istimewa; jus B E R U K ..! hihiihiii. Mereka kan cukup kaya dengan singkatan perkataan atau akronim dalam bahasa Indonesia. Berteka-teki dengan c h e n t a h a t i saya ... antaranya jus P A D I ... barangkali beras kot dijadikan jus ... hheee. Sempat la juge saya menemuramah si pengambil order identiti sebenar jus² tu semua. Senget² bibir dan mulut saya menahan ketawa bimbang mengganggu para pelanggan lain. Makanan pula hidangan kali ini by order ... takde lagi dahh hidangan lauk-pauk bersusun penuh semeja. Kami order ikan bakar, cumi berlada, kangkung goreng n sup ayam. Saya sangkakan sup ayam semangkuk saje, rerupanya diberinya 2 mangkuk sup ayam. Adehhh ... dah tau dah konpem tak boleh perabis punyeee. Sup ayam tu ayamnya dah digoreng terlebih dahulu dan kemudian dipotong² sebelum dimasukkan ke dalam sup. So agak oily jadinya. Masa tu juge hujan lebat selebat lebatnya membasahi bumi Berastagi. Memang sedap la hirup sup panas² dlm cuaca begitu.
Dari segi harga, hhuuu paling mahal dalam tempoh 3 hari berada di S U M U T ini. Redha je lahhh ... memula katanya IDR 180k; tapi lepas tu boleh pulak katanya silap kira ... lalu total up = IDR 200k.

Selesai makan, hot spring time ..! Yearghh ...
Bab berendam ni memang hajat c h e n t a h a t i ... so marilah kita layan sama samaa samaaa. Hujan masih melebat sepanjang perjalanan. Dari jalan utama kemudiannya kenderaan memasuki jalan yang lebih kecil. Hujan pula tiada tanda² akan reda. Perjalanan saya kira mula menempuhi kawasan perdesaan. Dengan hujan melebat, persekitaran pula gelap gelita menjadikan hati jadi tidak ketahuan ... Serasa bagaikan sedang menempuh kisah benar sebuah cereka seram; thriller, nitemare, horror ..! Teringat saya filem "I Know What U Did Last Summer" ... hihiihiii. Perjalanan ke kolam air panas DAR berhenti seketika untuk membayar entrance fee. Petugasnya berpayung serta berbaju hujan. Tu baru yang pertama; kat depan ada satu lagi entrance fee ... juga perlu dibayar dalam perjalanan ( dah covered semua dalam fees pada DAR ). Dan tak silap saya tatkala masuk ke pintu gerbang kawasan air panas pun kena bayar lagi. Adehhh ... berapa punya banyak kena bayar daa ... Apa pun, lega sangat sangatt sangattt dah selamat sampai ke Kolam Air Panas Gunung Sibayak berlokasi berhampiran Kota Kecil Kabanjahe. Air yang dialirkan terus ke kolam tu adalah aliran mata air panas dari Gunung Sibayak. Kami tak sertai terjun ke kolam awam bersama pengunjung lain, tapi lebih selesa memilih kolam dalam bilik privasi. Kosnya IDR 150k tanpa had tempoh masa berendam. So berendam dan berkubanglah sepuas puass puasssnya apatah lagi dalam suhu dingin dek hujan yang masih belum berhenti serta dingin tanah tinggi sebegitu.
Bau belerang agak menyengat. Dan malam ini sesungguh lena sekembalinya ke kamar di Green Garden Hotel. Esok paginya sambung mengembara lagi.




2011; Lengkaplah Sudah Kembara ke Negeri² Selat

Ohh, baru saya perasan ... 2011 ini lengkaplah kembara saya n c h e n t a h a t i ke Negeri² Selat. Tidak dirancang pun sebenarnya. Tatkala belek belekk belekkk koleksi foto yang ada, baru perasan. Walaupun bukanlah pertama kali saya menjejak kaki ke Negeri² Selat berkenaan, tapi adalah moment yang indah kerana ia adalah kembara bersama si c h e n t a h a t i saya. Apakah yang lebih indah selain berkongsi moment serta berada di sisi insan yang terchenta, kannn ... hhee.

Januari/Februari 2011 @Temasik


April 2011 @andai roboh kota Melaka


Disember 2011 @Penang!

Selasa, 20 Disember 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 3 [ Part II ]



Catatan tertunda dan bertunda tundaa tundaaa lagi; hari ke-3 @S U M U T 13 September 2011. Selesai makan siang di Simarjarunjung, perjalanan diteruskan sekitar jam 12:45 tengah hari (WIB). Cantiknyaaa view sepanjang perjalanan ... subhanAllah. 15 minit perjalanan, tetiba Kijang Innova berhenti di pinggir satu selekoh yang agak lapang. Hmm, ape hal pulak nii ..? Wahhh terima kasih ... rerupanya DAR nak bagi peluang saya klik klikk klikkk rakamkan keindahan Danau Toba dari tanah tinggi Banjaran Sumatera sepuas puass puasssnya ..! Lantaran itulah kenderaan diberhentikan di tepian jalan; port yang bersesuaian. Tak lama lepas tu, satu van pelancong mat salleh turut berhenti menyertai kami.
Jalan yang sempit, berliku², jurang dan curam menanti adakalanya pada bahagian kiri, adakalanya pada bahagian kanan perjalanan. Hilang rasa gayat, lerai dan hilang entah ke mana segala "kesakitan" yang ditanggung 3 hari sebelum kembara ini dimulakan. Syukur ya Rabbiii ...

Kondisi jalan yang rosak teruk berlarutan entah berapa puluh atau berapa ratus kilometer. Hihiii ... tapi mata masih lagi segar menyaksikan view di kiri dan kanan jalan; melihat ladang limau, ladang sayur²an dan "ladang" bertembok tinggi pusat penternakan "haiwan itu" yang diperkhabarkan oleh DAR milik seorang anak bekas pemimpin utama negara berkenaan. Sesekali kenderaan meminggir memberi laluan kepada anak² sekolah. Takjub sekejap melihat kanak² beruniform sekolah memenuhi bas hingga ke bumbung. Pemandangan yang cukup asing bagi kita rakyat Malaysia, kan ..?

1:30 tengah hari kenderaan memasuki satu lorong kecil menuju ke sebuah istana lama yang juga disebut Istana Bolon milik kerajaan Raja Batak Simalungun di Permatang Purba. Persekitaran surammm, sunyiii, sepiii ... Pada pondok tempat Raja Batak beristirehat sedang duduk melepak beberapa orang pemuda tempatan. Lega sikit rasanyaaa. Tidaklah kami bertiga saje di situ. Tapi mereka selamba saje tidak hiraukan kehadiran kami. Maka DAR dengan sukacitanya melantik diri sendiri sebagai jurucakap menerangkan itu ini begitu begini. Memasuki ruang dalaman istana, hohoohooo ... manyak suram ooo. Satu perkataan yang lebih tepat - H O R R O R ..! hhee ... rasanya bagaikan hilang selera saya nak klik klikk klikkk. Seriously, i dun like it ..!

Pada satu tiang utama, bersusun digantung tanduk kerbau. Satu raja naik takhta = 1 tanduk kerbau. Sementara itu, bahagian dalaman selain ditempatkan sebuah bilik raja, terdapat juga ruangan panjang yang menurut DAR menempatkan para gundik bersama tungku masak kepunyaan masing². Pada bahagian atas tungku ada para² tempat meletak kayu api. Para gundik tidak dibenarkan keluar istana ini. Jadi segala keperluan akan disediakan oleh para petugas istana.

Lihat foto di bawah n fokuskan mata pada tingkap di hujung sana. Tingkap tu posisinya tidak tegak 90 darjah, tetapi agak senget. Apa gunanya ..? Hhuu ... di situlah gundik raja akan berpaut tangan pada "tiang" kiri kanan tingkap, berdiri sambil menyandarkan sedikit badan ... untuk melahirkan bayi.

Pada bahagian luar istana pula antaranya terdapat binaan menempatkan lesung² kayu. Untuk apa ..??? hhee ... lesung² itu menurut DAR ( andai info ini kurang tepat, maaf ye ) adalah tempat para wanita menumbuk ( tumbuk apa ..? padi kottt. Lupa pulak nak tanya ) dan kehebatan seseorang wanita menumbuk adalah kriteria untuk dipilih sebagai gundik raja. So, terfikir pulak saya ... yang tak rela jadi gundik tu tak payah la tunjuk terror menumbuk ... Boleh gituu ..? hhee
Terowong di hujung sudut kanan tu adalah pintu lama access memasuki kawasan istana.

Dari Istana Bolon, dah tak jauh menuju Sipiso-Piso. 2:20 petang kami bersinggahan di lokasi air yang terjun berjatuhan dari dataran tinggi yang dianggarkan 800 meter dari aras laut. Sipiso-Piso ini terletak di Kecamatan Merek, Kabupaten Karo di sebelah utara Danau Toba. Di sinilah juga point akhir kami dapat menyaksikan Danau Toba. Hhuu ...

Indah alam ciptaan Ilahi. Bersyukurlah kerana pancaindera ini bisa menyaksikan serta menikmatinya ...


Hampir 1 jam bersantaian di sini, perjalanan diteruskan menuju Berastagi; destinasi utama penyudah untuk hari ke-3. Masa tu awan kelabu dah berkepul² di langit Sipiso-Piso. Perjalanan seterusnya yang hanya berbaki mungkin sekitar 40 minit perjalanan ... Z Z Z z z z; lena akhirnya seorang + seorang pengembara; saya dan c h e n t a h a t i sesama lena. Hheee ... nampaknya baki perjalanan kali ini m a t a sudah tiada mampu bekerjasama lagi.