BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 21 September 2014

KERJA; Pencari Pekerja VS Pencari Kerja


" Saya Yang Menurut Perintah " 

Hhuu. Ditugaskan dan bertugas sebagai 'pencari pekerja' bukanlah sesuatu yang menggembirakan saya. Lagi² jika perlu bertugas dari satu destinasi ke satu destinasi; dua minggu berturut²!  Kali ini saya 'diperintah' untuk temu dan duga calon di Pusat Temu Duga SPA Putrajaya - SPA Kota Bharu - SPA Kuantan - SPA Putrajaya (lagik!) - SPA Ipoh bersama² Dato' A, Ketua Panel dari SPA sendiri.

Sebagai panel temu dan duga, hanya ingin saya berpesan kepada anda wahai pencari kerja sekalian;

1. Sila tiba awal ke Pusat Temu Duga selewat²nya ½ jam sebelum waktu temu duga yang telah ditetapkan dalam surat panggilan. Sayugia diperingatkan setibanya di Pusat Temu Duga, anda perlu mendaftar diri terlebih dahulu dan ambil nombor giliran. Sekarang sistem giliran berdigital telah diguna pakai.  

2. Tengok slip angka giliran yang diterima dari kaunter pendaftaran dengan teliti dan sila kenal pasti di manakah bilik temu duga anda! Mengapa ..? Apa signifikannya ..? Sayugia diperingatkan, lazimnya sesi temu duga berjalan serentak untuk pelbagai jawatan pada waktu dan tarikh yang sama dengan bilik temu duga dan panel yang berbeza. Usah tersilap masuk bilik; atau juga tak perasan angka giliran anda telah 'dipanggil' oleh sistem nombor digital!



Tips temu duga, anda boleh rujuk dari pelbagai sumber. Saya malas nak ulang siar hheee.

Ohh, satu lagi ... Usah sesekali anda tiba lewat apatah lagi dengan sengaja! Ini antara alasan yang diberi oleh calon yang saya dengar sendiri secara live (!) :

" Maaflah tuan, saya gi hantar anak ke nursery dulu "

" Saya fikir panel temu duga boleh tunggu saya "

" Opis saya dekat jerr ... dan saya mengaku memang saya sengaja keluar lewat dari opis tadi "

" Ini kali ke-7 saya hadiri temu duga. Setiap kali temu duga, saya perlu menunggu lama untuk giliran saya tiba. Jadi kali ini saya sengaja datang lewat. Sedangkan seseorang pekerja diberi amaran untuk 3 kali lewat sebelum tindakan tatatertib diambil, tak kan lah tuan tak boleh terima dan maafkan saya ..."

Hahaa. Seronok, kan dengar alasan² dan jawapan² begitu ..??!






Ber t a b a h lah.




Sabtu, 9 Ogos 2014

LEBARAN INI; SYAWAL 1435H



Syukur; masih dipanjangkan usia. Bertemu Syawal ini ♥!

Caption untuk gambo di bawah ;)

Indahnya sungguh di hari raya . Ramainya orang bersuka ria . Adikku manis cantik bergaya . Bolehkah abang ikut bersama . Usahlah abang membuang waktu . Mari menuju ke rumah bonda . Sanak saudara sedang menunggu . Di hari mulia bertemu mesra . Katamu itu abang mengerti . Kusanjung budi puteri ibunda . Pada yang tua kita hormati . Barulah hidup saling bahagia . Miskin dan kaya sama sahaja . Hulurkan tangan berjabat mesra . Saling bermaaf kita bersama . Lupakan saja sengketa lama .











Sabtu, 15 Mac 2014

MATTA FAIR 2014; AKU MAI !


Kesampaian di sini tanpa ada apa apaa apaaa target. Mood pun tak begitu bagus.

#Du'auntukMH370

Seseorang sedang berada di situ >_<