BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 31 Julai 2012

DEJAVU DI KINABALU; SAYA JATUH CHENTA SEKALI LAGI


Jatuh chenta sekali lagi ..?! Jangan cari pasal ..! Biar jalan²  cari makan ... tu takpe. Hmm, di sana sini saya terbaca pelbagai komentar berkenaan siri yang berkenaan. Jujur, saya hanya mengikuti siri tersebut pada episod awal saje. Ada la dlm seminggu kottt. Selepas tu terus tawar hati. Banyak yang tak kena, banyak yang tak wajar. Bukan begitu 'cara'nya. Wajar la jika ada yang menanggapi ia sebagai siri bersampah sarap. Hhuuu. Pertengahan episod demi episod, ada la juge terrrrtengok beberapa scene. Tiada la bersungguh, sekadar sambil berdiri atau lepaKING santai pada petang hari. Dan sepanjang Ramadhan ini, tak jangka pula belum habis rupanya siri tersebut. So ada la ngadap juge sesambil ulang alik keluar masuk dapur ke ruang makan menyediakan juadah berbuka. 

Rentetan siri ini, meh la kita renungi maksud hadith ini. Sekadar sebagai renungan Ramadhan;
" Orang mukmin satu dengan yang lainnya bersaudara; tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya dan meminang (mengganggu) pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan. " 
[ Riwayat Ahmad dan Muslim ]

Sungguhpun demikian, saya tertarik dengan perwatakan lelaki itu; Bazli ツ Ada sesuatu dan sangatlah sesuatu di situ yang membuatkan saya jatuh chenta sekali lagi awas!!!bukanpadaBazlitauuu ...!, malah berkali kalii kaliii pada c h e n t a h a t i saya. My c h e n t a h a t i a.k.a my mr. cool. Kira cam 'refreshment' gitu. Menyedari diri agar menghargai kasih sayang beliau; dan tidaklah sekali² bisa dikhianati.


Spring in My Heart





Ahad, 29 Julai 2012

TELUR IKAN TEM P I S A N G BAKAR SAMBAL BERTAHUN


Bab menu, bab makan, serahkan saje pada yang arif ... hhee. Seminggu sudah bersama Ramadhan, nampak gayanya selera saya lebih kepada menu² tradisional, menu² kedesaan. Bertambah tambahh tambahhh nasi jika lauknya adalah ikan bakar, kari kepala ikan, beserta ulam²an pembuka selera. Seminggu puasa ni, saya mengaku dengan sejujur²nya bahawa saya tak masak lauk pauk kecuali untuk sahur sahaje. Lauk pauk segala untuk ifthar semua beliii. Hhuuu. Balik ke rumah, masak nasi, tambah ulam²an, tambah sambal belacan/air asam. Kemudian hidang atas meja molek², ala² perasaan lagi perasan bagai masakan sendiri. Hheee.

Dek kerana itu juga, mulai 03 Ramadhan saya rekodkan semua perbelanjaan juadah yang dibeli. Menu + RM. Motif ..? Untuk dijadikan renungan serta menyedari diri untuk perbelanjaan dan pilihan menu pada hari² berikutnya.

Ini menu paling istimewa ...















Sangat sedappppp. Telur ikan tem'pisang'; sebab dibakar dalam daun pisang, bukannya dalam bakul ;)
















Harum daun pisang; memang sungguh menyelerakan.

Ini pula adalah sambal tahun. Mengapa dinamakan sambal tahun ..? Ntahhh. 

Mungkin sebab boleh tahan bertahun² kottt. Agak cair kuahnya, tapi rasanya memang mabeles! Tambah pula dengan harum lengkuas dan pedas² hujung lidah dek cili api. Ni kira cam menu eksotik atau rare laa ... sambal tahun kulit lembu! Hhee. Bukan mudah nak memproses kulit lembu tu sampai boleh dimakan sedemikian rupa. Setahu saya, kulit lembu akan dijemur hingga bebetul kering yang adakalanya menjangkau 6 bulan. Dah bebetul kering, kulit perlu dikikis pula. Hheee cam nak buat kompang tu. Proses berikutnya, tiada la saya ketahuan. Tapi, seriously ... memang sedappp setelah dimasak sambal tahun!

Jom menjala roti jala. Istimewanya roti jala ni, dengan harga RM 3.00 dapat lengkap set 6 gulung roti jala bersama kekawannya kuah kari dan serawa durian. Pilih saje nak celup dan suai padan dengan yang mana kena dengan selera.

















RM RM RM














Rabu, 25 Julai 2012

DUIT RAYE



Syukur; alhamdulillah. 
Duit raye aka duit poket tambahan aka pelengkap untuk cuti cutii cutiii pada Oktober/November nanti.  
Bonus raye 2012 untuk kakitangan awam.


Spring in my heart.

Wahhh.