1. Reputasi Pemaju
Harapan setinggi Everest, melangkau gumpalan awan ... harap projek PKNS untuk Bayu Alam pilihan saya ini serba serbi tip top.
2. Harga
Nilai dan telitilah keupayaan kewangan sendiri. Komitmen kewangan bulanan ... segala expenditure - makan pakai, sumbangan untuk mak ayah, kenderaan, libur diri, perbelanjaan luar jangka blablaablaaa (dan jangan lupa, simpanan sejumlah wang setiap bulan juge perlu dikiramasuk sebagai 'perbelanjaan' yang perlu diperuntukkan siap . Sila semak eligibility for housing loan. Satu lagi, perkiraan deposit jangan lupa. Beruntunglah jika ada simpanan yang mencukupi. Dalam hal ni, terima kasih daun keladi keladii keladiii kepada c h e n t a h a t i saya yang telah menyumbang 55.9% daripada deposit yang perlu saya lunaskan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh surat tawaran. Haaa harta sepencarian gituuu.
3. Lokasi
Rumah pilihan saya yang masih dalam proses jual beli ni, jika diukur jarak dengan tempat kerja ... memanglah jauhhh ... 64 km sehala tua kat atas hiway la saya. Wahhh duit petrol lagi ... tol lagi (LATAR dan GCE). Tapiii ... saya dan c h e n t a h a t i menjangkakan rumah itu nanti buat masa ini sebagai rumah hinggapan hujung minggu. Sementara sampai tempoh persaraan, boleh juge diatur sewa sebagai inap desa; selain di situlah nanti ajak abang kakak , cucu owhhh saya suda bergelar nenek dan sedara mara beraktiviti mempererat silaturrahim. Apatah lagi dekat dengan jeti nelayan Pasir Penambang. Hasil laut segar bugar. Bolehlah selalu berBBQ panjangnyeee angan. hhuuu
Dari aspek prasarana, semuanya serba lengkap. Apatah lagi memang dalam kawasan pusat pentadbiran daerah Kuala Selangor. Masjid Sultan Ibrahim pun berhampiran lokasinya dekat, tapi jika culas menjejak kaki ke masjid apalah maknanyee dekat.
Satu lagi, lokasinya dekat dengan my hometown ..! Sebagaimana biasa, boleh juge berfungsi sebagai hentian rehat & rawat untuk sedara mara. Bolehlah bersinggah solat, merehat diri sambil minum kopi O.
Perkara utama; ia single storey ..! Yeayyy! Dalam entry ini ini ada saya nyatakan mengapa kami tak mahu rumah bertingkat . Binaan rumah ini sederhana besar bagi saya. Tapi living hall sangat kecil sebab space yang ada "diambil" untuk porch. Tak mengapa, susun dan atur molek . Jika ada anak dara mahupun mak dara, tiadalah ralat nak lalu lalang keluar masuk bilik. Satu lagi, bilik air untuk tamu diasingkan antara bilik mandi ( dalam floor plan dinyatakan sebagai 'Bilik Wudhu' ) dengan tandas. Sebelah menyebelah saje, tapi ia berasingan. Perkara kecil, tapi besar bagi saya ... untuk keselesaan bersama juge, kannn especially tatkala nature calling memanggil Ruang dapur comel saje! Tak mengapa juge ... sebab tatkala tengok ID unit rumah contoh, idea untuknya suda ada. Dapur @Sanggar No.35 sekarang luas dan jenuh nak mengendalinya. So dapat dapur yang kecik lepas ni saya suda tidak mengisah. Lazimnya, dah dapat yang besar nak yang kecik, dah dapat yang kecik nak yang besar nkoo memang tak pernah puas! Hhuuu. Bahagian luar pula, tanah kosong bahagian depan, kiri dan kanan memang luas. Green fingers cehhh cam saya memang 'syorga'lah dengan keluasan gitu. Saya jangka, rasa lapang dan bebas menyedut udara dengan persekitaran gitu.
5. Komuniti dan Persekitaran
Rasul s.a.w bersabda :
مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ
Ertinya
: Antara sumber kebahagian dan kesejahteraan seseorang Muslim adalah
mendapat rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.
[ Riwayat Ahmad, At-Tabrani dan Ibn Hibban; Ibn Hibban, Albani
menilainya sebagai soheh ]
Saya jumpa juge 'quote' ini ... tapi tak jumpa pulak sumber riwayatnya ...
" ... pilihlah jiranmu sebelum memilih kediamanmu ".
Bagaimanakah caranya nak memilih jiran yang baik erkkk ..? Apa asas pertimbangannya ..? Setakat lihat rupa paras, cantik comel segak bergaya ..? Hheee. Teringat dulu, masa nak beli Sanggar No.35, kami tanya pada salesperson siapakah gerangan pembeli rumah sebelah menyebelah. Dapat tau jenis bangsanya pun cukup memadai. Huhhh susah la nak tercapai integrasi nasional jika semua orang berfikiran cam kami, kannn ..? Hhuu. Bukan racist, tapi kita gunapakai pada kebiasaan " 'uruf dan adat "nya saje erkk. Saya tidak pasti siapa bakal jiran sebelah kiri kami nanti di Sanggar No.13. Jiran belakang saje yang kami suda berkenal diri sendiri kenalah jadi jiran yang baik terlebih dulu. Selebihnya, mampu pasrah dan berserah sajelah. Doa yang bai saje.
Lagi ..? Ini saje yang saya ingat untuk dijadikan catatan buat masa ini. Lain, nanti laa.
0 ulasan:
Catat Ulasan