BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 17 Oktober 2012

BAHAGIA ITU ADA PADA DIRI SENDIRI

Ada orang; tidak kaya, tapi dianugerahi nikmat kesihatan berpanjangan. Ada orang; pangkatnya biasa² saje, tapi setiap bulan serba serbi  berkucupan berkecukupan. Malah, lengkap tiada pernah skip memberi serta menyumbang untuk kedua² ibu bapa. Ada orang; hidup sendiri², atau juge ... hanya ada suami, hanya ada isteri ... tapi, tetap melimpah ruah dengan senyuman dan kasih sayang. B A H A G I A ..!

* Mohonizinpinjamgambareyhhwahaipemunyeasal *

Catatan ini penuh beremosi; melimpah dengan empati sebenarnya. Menelusuri, merasai, memahami keperitan serta kesakitan insan² yang sedang melalui pengembaraan sebuah kehidupan dengan berlatarkan plot cerita yang hampir menyamai apa yang telah dan sedang saya lalui. R E Z E K I setiap antara kita mungkin berlainan. Tapi, bagaimana penerimaan serta bagaimana kita menanggapi R E Z E K I itulah antara kunci B A H A G I A .

( Iaitu ) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. [ Ar-Ra’d : 28 ]

Raja' hanya kepada-Nya; ar-Rahmaan; ar-Rahiim; al-Musawwir; al-Razzaq; al-Fattaah; al-'Aliim.

Usah berhenti berharap.




0 ulasan: