BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 8 November 2012

KEMBARA M E L B O U R N E |KEMBALI KERJA BERSAMA MEMORI TERINDAH








" Gold rain in foreign land, stone rain in my land ... better my own land "
^.....^









Hari ni dah hari Khamis. Dah empat hari bekerja setelah kembali pada Jumaat lalu dari kembara Melbourne yang sangat awesome ..! Catatan lanjut kembara kali ini, tunggu esok punye esokk punye esokkk la eyhh.

Hari Isnin tu saya masuk opis dengan debaran semacam. Hhuu hampir dua minggu tak masuk opis. Dan selama itu jugalah tugas² di Bahagian Kewangan hampir terhenti dan diberhentikan. Bermakna dan bermaksud; saya cuti, maka staff yang lain juge boleh la goyang kaki sikit. Hheee. Harap mereka happy dengan souvenir yang saya beri. 12 orang staff di department saya menerima tea towel dan rantai kunci (kanggaroo atau koala); manakala staff yang lain terima rantai kunci saje. Bukan menganaktirikan staff di department lelain tuu, tapi maktakmampunakkk untuk berikan kesemua sekali serupa dan sama sebagaimana yang 12 orang staff di department saya terima. Itu pun saya bagi sorok² je tea towel tuu. Hheee. Untuk boss, saya berikan cap Aussie. Cantik. Sembang² dengan boss, bercerita tentang pengalaman. Saya katakan padanya; "boss juge harus gi ke sana ..!"

Boss kata, muka saya dah macam muka omputeh. Muka orang dok kat negara sejuk. Hidung tinggi. Haa ntah di mana tingginya bukan berhidung tinggi sombong eyhh. Tapi, tetap sengih. Sengih meleret. Nak kembang ke, atau nak kuncup dengar kata² boss itu ..? Masa ke Beijing tempohari, muka saya dah memang iras sungguh jadi cam muka amoi. Kali ni ke Melbourne, jadi iras omputeh pulak eyhh ..??? Heee. Teringat zaman kanak² dulu, saya digelar anak cina bagan. Marah sungguh rasanya mendengarnya. Hhuu. Ada juge yang menggelar anak mat saleh celup. Pernah juge rakan sekerja yang bertanya adakah saya berdarah campuran salasilah omputeh. Saya tak pasti jawapan untuk soalan itu. Saya orang Melayu. Jika bertemu bertentang mata, rasanya lebih terserlah wajah Melayu itu. Jika ada darah campuran pun, sumber daripada keluarga menyatakan ada bersalasilah Cina belah ayah, dan bersalasilah Arab belah mak. Haa tu diaaaaa ... statement ala² artis takk ..????? Hhuu.







0 ulasan: