BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 9 Disember 2012

W A T I K A H



Hhiii watikah apakah itu ..?
Pertabalan kahh ..???

Alhamdulillah wa syukuriLlah. Pada 22 November 2012 Khamis lalu bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, saya dan lapan orang rakan yang lain telah menerima watikah kenaikan pangkat daripada Dato' KSU.

Penerimaan watikah ini juga adalah bersekali dengan penempatan baharu untuk saya berkuatkuasa 26 November 2012. Syukur syukurr syukurrr ya Allah ..! Saya akan ditempatkan dan akan mula bertugas di tempat baharu. Terima kasih juge buat big boss saya ..! "Mintak 1, dapat 3 ..!" Tatkala saya menerima watikah daripada KSU, senyuman paling mulus tulus saya turut layangkan buat beliau big boss saya yang berdiri mengiringi KSU. Dengan santun saya rungkaikan ucapan terima kasih.

Maka pada 26 November 2012 Isnin itu saya melapor diri di Bangi. Sekadar lapor diri dahulu. Saya mohon untuk penangguhan selama dua minggu untuk menyelesaikan tugas² akhir. Hhuuu jika dikira, tugas di Bahagian Kewangan itu tiada kan berakhir ... sentiasa ada dan bertambah dari semasa ke semasa. Boss saya suda mula kekalutan. Hheee.






0 ulasan: